Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN

TAMAN SKUDAI BARU


JBA1084

KERTAS KERJA
INOVASI TANDAS SEKOLAH
TARIKH :
15 OKTOBER 2021 - 15 NOVEMBER 2021
KERTAS KERJA

PROJEK INOVASI TANDAS GURU, DAN TANDAS MURID


SK TAMAN SKUDAI BARU
TAHUN 2021

Pengenalan
Projek ini adalah salah satu aktiviti Jawatankuasa 3K, SK Taman Skudai Baru
bagi tahun 2021. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan pengisian
program dengan mengambil kira penglibatan semua guru di sekolah
ini.Pemberian Sumbangan Perkhidmatan Sosial Program Kelestarian Pendidikan
La 21 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri 2021 ini akan digunakan sebaik mungkin
dalam usaha menambahbaik kemudahan tandas dan menyediakan tandas yang
ceria dan selamat untuk digunakan.
Melalui aktiviti ini, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk
disamping dapat menceriakan lagi semua tandas yang terdapat di SK Taman
Skudai Baru. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah
betapa pentingnya amalan penjagaan kebersihan tandas yang baik. Isu
kebersihan dan keceriaan tandas ini kelihatan seperti perkara biasa tetapi amat
perlu diberi perhatian kerana ia mempunyai implikasi yang besar ke atas
kesihatan, kebersihan persekitaran serta imej sekolah. Tandas yang bersih dan
ceria membawa imej yang baik kepada warga sekolah.
1. NAMA PROGRAM :
Inovasi Tandas Sekolah

2. ANJURAN:
Unit 3K SK Taman Skudai Baru

3. MATLAMAT PROGRAM:
Menceria, menaik taraf dan membersihkan tandas sekolah agar
berada dalam persekitaran yang bersih, ceria dan selesa.
4. OBJEKTIF PROGRAM:
4.1. Menceriakan dan menaik taraf semua tandas di SK Taman
Skudai Baru terutamanya tandas murid dan tandas guru.
4.2. Meningkatkan peratus keceriaan sekolah.
4.3. Mewujudkan suasana ceria, selesa dan cantik terutamanya
keceriaan tandas kepada warga SK Taman Skudai Baru dan
juga para tetamu yang datang ke sekolah.

5. SASARAN:
Guru-guru SK Taman Skudai Baru

6. TARIKH:
15 Oktober – 15 November 2021.

7. SUMBER TENAGA:
Guru-guru dan pekerja SK Taman Skudai Baru.

8. KOS:
RM 5000.00

9. PENILAIAN PROGRAM:
9.1. Setiap guru dapat menyumbangkan tenaga kepada pihak sekolah
bagi keperluan menghias tandas.
9.2. Kawasan sekolah terutamanya tandas menjadi lebih ceria dan lebih
selesa digunakan.

10. PENUTUP:

Adalah menjadi harapan kepada Jawatan Kuasa Kebersihan dan juga


Jawatankuasa Hal Ehwal Murid agar Projek Keceriaan Tandas Sekolah ini dapat
dilaksanakan dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini
dapat memberi manfaat dan impak yang besar kepada seluruh warga sekolah.
Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi ke arah mencapai tandas bertaraf lima
bintang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

____________________________ ____________________________
(MOHAMAD HAFIZI BIN MOHD ZAUWAWI)
SETIAUSAHA PROJEK INOVASI TANDAS,
SK Taman Skudai Baru

Disahkan oleh;

____________________________
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai