Risalah Belanjawanku BM
Risalah Belanjawanku BM
2
3
APAKAH
BELANJAWANKU?
Panduan yang menunjukkan perbelanjaan minimum
bulanan atas setiap kategori barangan dan
perkhidmatan untuk pelbagai isi rumah di Malaysia.
Bagaimanakah Menggunakan
BELANJAWANKU?
Pilih kategori isi rumah anda.
BUJANG
(PENGGUNA KENDERAAN AWAM)
PASANGAN BUJANG
WARGA EMAS (PEMILIK KERETA)
SAYA
ADALAH...
PASANGAN BERKAHWIN
(SEORANG ANAK)
6
BUJANG
(PENGGUNA KENDERAAN AWAM)
RM1,870
PASANGAN BUJANG
WARGA EMAS (PEMILIK KERETA)
RM3,090 RM2,490
SETIAP
BULAN SAYA
MEMERLUKAN
SEBANYAK...
RM6,620 RM4,420
PASANGAN BERKAHWIN
(SEORANG ANAK)
RM5,730
7
PENGLIBATAN MAKANAN
SOSIAL
PERBELANJAAN TEMPAT
PILIHAN TINGGAL
SAYA
SELALU
BERBELANJA
PENJAGAAN
BASKET UNTUK...
PENGANGKUTAN
ANAK
PERBELANJAAN KESIHATAN
KHUSUS
Berapakah
Anggaran
Perbelanjaan
Saya?
9
BELANJAWANKU untuk
BUJANG
(PENGGUNA KENDERAAN AWAM)
Anggaran Perbelanjaan/bulan
RM1,870
BELANJAWANKU untuk
BUJANG
(PEMILIK KERETA)
Anggaran Perbelanjaan/bulan
RM2,490
BELANJAWANKU untuk
PASANGAN
BERKAHWIN
(TIADA ANAK)
Anggaran Perbelanjaan/bulan
RM4,420
Makanan Tempat Tinggal Kesihatan Pengangkutan Utiliti
BELANJAWANKU untuk
PASANGAN
BERKAHWIN
(SEORANG ANAK)
Anggaran Perbelanjaan/bulan
RM5,730
Penjagaan
Makanan Tempat Tinggal Kesihatan Pengangkutan Utiliti Anak
BELANJAWANKU untuk
PASANGAN
BERKAHWIN
(DUA ORANG ANAK)
Anggaran Perbelanjaan/bulan
RM6,620
Penjagaan
Makanan Tempat Tinggal Kesihatan Pengangkutan Utiliti Anak
RM1,550 RM870 RM120 RM1,040 RM310 RM1,150
BELANJAWANKU untuk
PASANGAN
WARGA EMAS
Anggaran Perbelanjaan/bulan
RM3,090
MEMAHAMI MERANCANG
Keperluan Anggaran
kewangan saya perbelanjaan saya
Tabiat Peruntukan wang
perbelanjaan saya untuk simpanan dan
Kemampuan kecemasan
perbelanjaan saya
Matlamat kewangan
jangka pendek dan
BAS-
panjang
Menguruskan perbelanjaan
dengan cermat
Membuat keputusan yang bijak
bersesuaian dengan keperluan
Mengukuhkan kedudukan
kewangan saya
16
Ingin Tahu
Lebih Lanjut
Tentang
Belanjawanku?
17
BELANJAWANKU
Belanjawan Rujukan Untuk Rakyat Malaysia
Pengenalan
Belanjawan rujukan ialah anggaran perbelanjaan ke atas kumpulan barangan dan
perkhidmatan yang dianggap perlu untuk mencapai taraf hidup yang baik. Belanjawan
rujukan biasanya dianggarkan untuk keperluan pelbagai kategori individu dan keluarga.
Tidak seperti pengiraan pendapatan garis kemiskinan, belanjawan rujukan tidak menentukan
taraf kemiskinan individu atau keluarga. Selain daripada perbelanjaan keperluan asas,
pengiraan belanjawan rujukan juga merangkumi perbelanjaan yang membolehkan
individu atau keluarga menjalani kehidupan yang bermartabat dan bergiat aktif dalam
masyarakat. Ianya merupakan perbelanjaan minimum yang diperlukan bukan sahaja untuk
kelangsungan hidup, malah menyumbang kepada masyarakat.
Bagi menganggarkan jumlah perbelanjaan ke atas setiap kategori, SWRC telah menjalankan
kaji selidik perbelanjaan isi rumah dan tinjauan harga barangan dan perkhidmatan melalui
katalog, internet, dan di premis perniagaan, dari bulan Julai 2017 sehingga Julai 2018. Purata
harga diambilkira daripada sumber yang berbeza, dan jika terdapat perbezaan harga yang
ketara, titik harga pada paras 25 peratus lebih tinggi daripada harga terendah digunakan.
SWRC juga mengadakan perbincangan kumpulan sasaran bersama ahli akademik, wakil
KWSP, AKPK, EPU, Majlis Perundingan Gaji Negara, BNM, serta NGO, pakar industri, pakar
daripada institusi kewangan, dan individu rujukan daripada isi rumah yang berbeza.
Perbincangan tersebut juga mengambilkira data yang diperolehi daripada Kaji Selidik
Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah, Jabatan Perangkaan Malaysia dan BNM.
Memandangkan terdapat kepelbagaian sumber dan pertambahan perbelanjaan asas
oleh isi rumah, Belanjawanku memberikan rujukan alternatif kepada Pendapatan Garis
Kemiskinan, dan ianya lebih bersesuaian dengan taraf hidup yang diimpikan oleh rakyat
Malaysia.
Untuk mengekalkan taraf hidup yang baik, pasangan berkahwin memerlukan perbelanjaan
minimum sebanyak RM4,420, dengan beranggapan pasangan tersebut menyewa atau
memiliki sebuah rumah. Dengan kehadiran seorang anak, perbelanjaan yang diperlukan
meningkat hampir 30 peratus atau RM1,310 kepada RM5,730. Manakala perbelanjaan yang
diperlukan untuk pasangan yang mempunyai dua orang anak adalah sebanyak RM6,620,
peningkatan RM2,200 atau hampir 50 peratus lebih tinggi daripada pasangan tanpa anak.
Belanjawanku mengambilkira perbelanjaan untuk pusat penjagaan anak, lampin pakai
19
buang, susu dan makanan bayi, yuran tuisyen, dan duit poket. Di samping perbelanjaan
penjagaan anak, perbelanjaan sedia ada yang lain terutamanya makanan, akan meningkat
dengan ketara apabila pasangan mempunyai anak.
Walau bagaimanapun, perbelanjaan minimum yang diperlukan oleh pasangan warga emas
adalah sebanyak RM3,090 atau purata sebanyak RM1,545 untuk seorang, adalah jauh
lebih tinggi daripada andaian RM1,000 sebulan yang digunakan oleh KWSP untuk mengira
simpanan asas bagi setiap pesara. Ini menunjukkan bahawa lebih banyak perhatian dan
tumpuan perlu diberikan agar setiap isi rumah mempunyai simpanan yang cukup untuk
persaraan. Ini adalah benar kerana dengan andaian kurang daripada RM1,000 sebulan,
lebih daripada separuh ahli KWSP yang menghampiri umur pengeluaran tidak mencapai
tahap minimum ini.
20
Salah satu rumusan utama daripada penyelidikan terperinci Belanjawanku adalah selain
daripada perbelanjaan makanan, sebahagian besar perbelanjaan isi rumah di Malaysia
adalah tertumpu kepada pengangkutan peribadi. Bagi individu bujang dan berkahwin (tiada
anak), perbelanjaan bagi sebuah kereta atau motosikal sebenarnya melebihi perbelanjaan
untuk makanan. Ini menunjukkan bahawa peningkatan penggunaan dan penyediaan
pengangkutan awam akan dapat meringankan kos hidup, dan memberi peluang kepada isi
rumah memenuhi aspirasi mereka.
05
5
08
21
KAEDAH KAJI SELIDIK & PENGUMPULAN DATA
Tempoh Kajian : Julai 2017 – Julai 2018
Lokasi Kajian : Lembah Klang
DATA PRIMER
PERBINCANGAN KAJI
Soalan
KAJI
SELIDIK
Kumpulan Sasaran
SELIDIK Individu rujukan dari isi
rumah yang berlainan Harga
Soalan
berstruktur Wakil agensi - KWSP, AKPK,
Dari katalog,
EPU, Majlis Perundingan
internet,
Gaji Negara, BNM, NGO
dan premis
Pakar industri dari institusi perniagaan
kewangan sebenar
Ahli akademik
22
Andaian Asas
BELANJAWANKU
DOKUMEN
Yang Diterbitkan
Data daripada DOSM dan BNM
PUBLISHED Kaji selidik Perbelanjaan dan Pendapatan
(HES & HIS)
Data harga daripada KPDNHEP, LKIM, FAMA,
dan agensi berkaitan
PENGHASILAN BELANJAWANKU
KRITERIA
Harga
Purata harga
Titik harga pada paras 25% lebih tinggi
daripada harga terendah, yang mana
berkenaan
Harga tawaran/diskaun tidak diambil kira
Harga terpakai semasa tempoh kaji selidik
24 KLANG VALLEY • 2019
Pesanan daripada
Naib Canselor UM
Celik kewangan merupakan faktor
penentu untuk kesejahteraan rakyat, yang
menyumbang kepada kestabilan kewangan
negara dan peningkatan mobiliti ekonomi.
Dengan kerjasama aktif bersama KWSP,
Universiti Malaya akan terus mempromosikan
pendidikan kewangan untuk meningkatkan
keupayaan rakyat dalam aspek
pengendalian kewangan.
Glosari
27
AKPK Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
Penjagaan Anak Termasuk pakaian, kasut, pengasuh bayi, lampin, susu dan
makanan bayi, duit poket dan yuran tuisyen (kelas tambahan
atau kelas agama)
Penjagaan Diri Termasuk kebersihan tangan, mulut dan badan, tuala wanita,
peralatan mencukur, penjagaan rambut dan kulit dan
peralatan bilik mandi
Pengangkutan Peribadi Pemilikan kereta 1000cc dan motosikal 110cc serta minyak, tol
dan bayaran tempat letak kereta
Penglibatan Sosial Termasuk sambutan perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina,
Deepavali dan Krismas), menghadiri majlis perkahwinan, doa
selamat, pengebumian, atau majlis/upacara keagamaan lain,
sambutan kelahiran, ulang tahun perkahwinan dan hari jadi