Anda di halaman 1dari 5

Babak 1: dalam talian

AFIZAH: Hasnani, saya bercadang untuk pergi bercuti tenangkan fikiran, awak ada cadangan tempat
bercuti tak?

HASNANI: ada, saya ada melihat iklan pakej percutian di Sabah dalam internet, di sana banyak tempat
menarik dan banyak aktiviti yang dapat dilakukan seperti mendaki bukit dewa, bersnorkel dan lain2.
sekarang ada promosi.

AFIZAH: berapa harga pergi bercuti di sabah dan untuk berapa hari?

HASNANI: RM 5000 untuk 4hari 3 malam, sekarang ada promosi 20%.

AFIZAH: wah, saya sudah lama mahu ke Sabah bercuti, bolehkan awak menemani saya pergi bercuti.

HASNANI: sudah tentu boleh, hujung minggu ni kita pergi ke Sabah bercuti.
Babak 2: di lapangan terbang

NISA: AFIZAH, HASNANI, selamat datang. Selamat datang awak berdua ke sabah bercuti.

AFIZAH: terima kasih awak datang jemput kami.

NISA: sama-sama, jom saya hantar kamu berdua check in hotel dan berehat terlebih dahulu.

AFIZAH: baiklah, kami juga berasa amat letih ni.

NISA: apakah nama Hotel yang telah kamu booking?

AFIZAH: Murni Hotel, berapa minit untuk kesana?

NISA: owh, hanya 30minit sudah sampai. Jom saya hantar kamu ke sana.
Babak 3: di dalam kereta

NISA: apakah aktiviti pertama yang kamu akan lakukan esok?

AFIZAH: awal pagi esok kami akan mendaki bukit dewa untuk melihat permandangan yang indah dan
tenang.

NISA: wah, permandangan disana tenang, udara juga segar, amat sesuai untuk awak tenangkan
fikiran.

AFIZAH: ya betul dan pada keesokan hari kami akan ke pantai untuk bersnorkel, dengar kata pantai di
Sabah sangat cantik.

NISA: betul tu, pantai disini sungguh cantik dan bersih.

AFIZAH: wah saya sudah tidak sabar.


Babak 3: di bukit dewa

HASNANI: tak sangka sampai juga kita di puncak bukit dewa.

AFIZAH: ya, udara sangat segar dan permandangan juga sangat indah.

HASNANI: afizah, mari kita bergambar nak tak?

AFIZAH: boleh, malam nanti awak bercadang nak buat apa?

HASNANI: saya bercadang untuk berehat kerana esok kita akan pergi pantai bersnokel.

AFIZAH: baiklah, saya juga bercadang untuk berehat kerana saya berasa amat letih sekarang.
Babak 4: di pantai ….

AFIZAH: cantik sungguh pantai di Sabah, betullah khabar angin tu, sebab itu ramai pelancong asing
yang bercuti disini.

HASNANI: ya, persekitaran di pantai ini juga sangat bersih dan terjaga.

AFIZAH: Hana, jom kita bersnorkel lihat batu karang,

HASNANI: baiklah, saya juga mahu mengambil gambar batu karang dan ikan2 tu.

AFIZAH: pada hari esok kita nak kemana?

HASNANI: esok kita pergi membeli cendera mata dan pergi jalan-jalan makan makanan sabah.

AFIZAH: wah saya sudah tidak sabar untuk pergi jalan2 cuba makanan2 di sini.

HASNANI: iya, saya juga teruja untuk pergi berjalan2 esok.

Anda mungkin juga menyukai