Anda di halaman 1dari 13

1

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)


SULTAN ISMAIL PETRA INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
KM12, Jalan Kuala Krai, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
Tel: 609 – 712 9386, 712 9387 Faks: 609 – 712 9444
DK 214 (D)-JPT/BPP (D) 1000-701/406 (12) www.Kias.edu.my

MPU 2313
PENGAJIAN ISLAM 2

TAJUK : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK

LUQMAN HAKIM BIN HARITH 20110977

MUHAMMAD ZAKWAN BIN CHE RAMLI 21111060

NAMA PENSYARAH : SITI ZALEHA BT MOHD DAUD

TARIKH DAFTAR : 3/1/2022


2

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

ISI KANDUNGAN 2

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 DEFINISI PEMERINTAHAN 3

3.0 PENSYARIATAN PEMERINTAHAN 4

4.0 KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN AL-WIZARAH 5

4.1 Zaman Rasulullah s.a.w


5
4.2 Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin 6
4.3 Zaman pemerintahan Bani Umaiyah 6
4.4 Zaman pemerintahan ‘Abbasiyah
7-8
4.5 Pemerintahan di Mesir
9
4.6 Pemerintahan di Andalus
10

5.0 CIRI-CIRI PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN 11

6.0 KESIMPULAN 12
3

1. PENDAHULUAN
Sebagaimana yang kita ketahui manusia merupakan makhluk Allah paling indah dan
sempurna. Namun demikian tidak bermakna manusia tidak mempunyai kelemahan yang
sengaja dijadikan oleh Allah Taala untuk menguji sejauh mana keimanan manusia tersebut
Manusia tidak dapat hidup tanpa berinteraksi dengan manusia lain dan tidak dapat
menyempurnakan keperluan hidupnya tanpa bantuan orang lain.

Demikian halnya dengan pentadbiran negara yang memerlukan seorang ketua negara
dan dibantu kementeriannya supaya dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan
sempurna terhadap rakyat. Pada zaman Rasulullah s.a.w sendiri telah wujud institusi
kementerian ( wizarah) walaupun secara tidak rasmi, sebagai contoh Saidina Abu Bakar telah
dilantik sebagai penguasa Madinah , Mas’ab bin Jabal sebagai penguasa Yaman dan Ali bin
Abi Thalib sebagai Hakim. Kedua-dua jawatan masing-masing mempunyai persamaan
jawatan Perdana Menteri dan Menteri Undang-Undang zaman sekarang.

2. DEFINISI PEMERINTAHAN
Perkataan wazir (Pemerintah) dari segi bahasa diambil daripada perkataan wizr bererti
bebanan atau tanggungjawab kerana wazir memikul bebanan dan tanggungjawab
pemerintah. Wazir juga berasal daripada perkataan ‘azr’ iaitu belakang kerana
pemerintah mendapat kekuatan dari menteri seperti tubuh badan mendapat kekuatan
dari belakang.

Menurut Imam Al-Mawardi, Wizarah itu terbahagi kepada dua, iaitu Wizarah tafwidh
dan Wizarah tanfiz Dalam bahasa arab, Tafwidh bererti menyerahkan. Wizarah
tafwidh ialah satu jawatan tinggi dalam Negara Islam, di mana imam atau khalifah
boleh menyerahkan tugas-tugasnya kepada penjawatnya. Maka wazir dalam wizarah
tafwidh ini syarat dan tugasnya sama seperti imam atau khalifah, kecuali dalam
beberapa perkara. Dia juga boleh
berijtihad dan memutuskan urusan dalam pentadbiran negara, termasuk dalam hal-hal
jihad. [Al-AhkamAs-Sultaniyyah:36]

Tanfiz pula bermaksud perlaksanaan. Wizarah tanfiz adalah jawatan dalam Negara
Islam, di mana imam mewakilkan kepadanya untuk melaksanakan urusan-urusan
yang telah ditetapkan oleh imam. Wazir ini tidak boleh membuat ijtihad sendiri dalam
urusannya. Dia cuma perantara antara pemimpin teringgi dengan rakyat jelata.
4

3. PENSYARIATAN

3.1 Surah Thoha ayat 29


Ayatnya yang bermaksud : "Dan Jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku .
3.2 Surah Al-Qiyaamah ayat 11 hingga 12
Ayatnya yang bermaksud : Tak usahlah bertanya demikian! tidak ada lagi tempat
perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan Segala
perkara.
3.3 Surah furqan ayat 35
Ertinya : Dan Sesungguhnya Kami telah berikan Kitab Taurat kepada Nabi Musa, dan
Kami lantik saudaranya Nabi Harun, sebagai menteri bersamanya.
5

4.0 KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN AL-WIZARAH

Al-wizarah boleh disamakan dengan institusi kementerian dan merupakan satu


institusi yang telah wujud dalam sistem pentadbiran Islam. Sejarah secara rasminya mengakui
bahawa sistem wazirah dan jawatan menteri ( wazir ) telah bermula pada zaman Abasiyyah
Namun demikian pada zaman pemerintahan Rasulullah s.aw telah wujud pembahagian tugas
dengan melantik pengurus zakat, penjaga cop mohor dan lain-lain walaupun belum terdapat
jabataan atau kementerian secara rasmi.
4.1 Zaman Rasulullah s.a.w

Pada awal permulaan Islam, Rasulullah s.a.w telah dibantu oleh para sahabat dalam
bidang pentadbiran. Baginda juga sentiasa meminta pandangan sahabat terutamanya
Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq. Setengah pendapat mengatakan sebahagian besar umat
Islam telah menggelarkan Sayyidina Abu Bakar sebagai menteri atau wazir kepada
rasulullah, walaubagaimanapun andaian tersebut belum dapat dibuktikan oleh fakta sejarah.

Rasulullah s.a.w pernah melantik gabenor di peringkat wilayah pemerintahan Islam


sebagai wakil ketua negara dan mengetuai urusan pentadbiran Islam.Di samping itu juga
Rasulullah s.a.w telah melantik amil-amil untuk membantu gabenor dalam urusan mengutip
zakat.

Berdasarkan kenyataan di atas jelaslah bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w telah
berlaku pembahagian kuasa di antara sahabat-sahabat baginda sendiri. Walaubagaimanapun
institusi wazirah belum ditubuhkan secara rasmi pada zaman Rasulullah s.a.w.Malah
pembahagian kuasa hanya berlaku secara tidak formal sahaja.
6

1 4.2 Zaman Khulafa’ Al- Rasyidin

Terdapat ahli-ahli sejarah mengatakan institusi kementerian (al-wizarah) di dalam sistem


pemerintahan Islam hanya baru bermula pada zaman Sayyidina Abu Bakar. Beliau telah
melantik Sayyidina Umar bin Al-Khattab sebagai pembantunya(menteri). Sayyidina Umar
Al-Khatab telah berperanan sebagai pemberi zakat kepada mereka yang berhak menerimanya
. Di samping bertugas menjadi qadi dalam menyelesai setiap persoalan dengan arahan
khalifah.

Pada zaman pemerintahan Saiyyidina Umar bin Al-Khatab, Sayyidina Ali dan
Uthman telah dilantik menjadi menteri. Sayyidina Ali talh bertugas menulis surat-surat serta
mengurus hal ehwal orang tawanan perang. Sayyidina Uthman pula, sering diminta
pandangannya dalam soal-soal yang berkaitan dengan kabilah. Al-dawawin (dewan-dewan)
telah ditubuhkan bagi membantu beliau menguruskan soal negara. Antara dewan yang
ditubuhkan ialah dewan al-Jund iaitu satu jabatan yang menguruskan hal-hal ketenteraan (13-
23H/634-644M) termasuk membayar gaji dan elaun kepada tentera dan orang dibawah
tanggungan mereka. Jabatan cukai turut diperkenalkan berfungsi sebagai perbendaharaan
negara yang bertanggungjawab terhadap pengurusan harta negara.

4.3 Zaman pemerintahan Bani Umaiyah


Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah, khalifah bertanggungjawab secara langsung
dalam semua perkara yang berhubung dengan pentadbiran negara tanpa menyerahkan
kuasanya kepada orang lain. Pemerintahan mula bertukar kepada bentuk pemerintahan diraja
secara warisan dan mementingkan keturunan Arab sahaja.

Pada zaman ini, tidak terdapat mana-mana individu yang memegang jawatan wazir
kecuali Zayyah Ibnu Abih yang digelar oleh orang ramai sebagai menteri pada zaman
pemerintahan Mua’wiyah ibnu Abi Sufyan. Namun demikian kerajaan bani Umaiyah turut
menubuhkan dewan-dewan bagi memudahkan urusan negara.
7

4. 4 Zaman pemerintahan ‘Abbasiyah


Institusi kementerian di dalam sistem pemerintahan Islam telah menjadi teratur dan sempurna
pada zaman pemerintahan ‘Abbasiyah dan diakui oleh sejarah sendiri. Institusi kementerian
ini bermula pada pemerintahan Abu Abbas al-Saffah apabila terdapat jawatan perdana
menteri dan beberapa jawatan menteri secara rasmi.

Orang yang pertama memegang jawatan wazir secara rasmi ialah Abu Salamah al-
Khalla, salah seorang tokoh revolusi Abbasiyah di Kufah.Jawatan ini dikenali nama wazir ali
–Muhammad (menteri keluarga Muhammad). Di dalam pemerintahan kerajaan ‘Abasiyyah
terdapat dua bentuk wizarah atau kementerian iaitu Wizarah Tanfiz yang bererti perlaksanaan
dan Wizarah Tafwid bererti menteri Penyerahan.

Institusi al-wizarah pada pemerintahan ‘Abasiyyah merupakan jentera kerajaan yang


paling utama dan bertanggungjawab dalam semua urusan pentadbiran. Institusi al-wizarah
diketuai oleh seorang wazir al-wuzara’ (perdana menteri) dan dibantu oleh beberapa orang
wazir. Jawatan wazir al-wuzara merupakan jawatan yang paling tinggi dalam pentadbiran
negara. Dengan penubuhan jabatan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tugas
khalifah. Malah khalifah dapat memberi penumpuan terhadap perkara yang lebih penting
dalam pentadbiran negara. Selain institusi al-wazirah, terdapat juga jabatan-jabatan
kemenerian lain ditubuhkan pada zaman ini antaranya ialah :
i- Jabatan al- Hajib
Merupakan jabatan yang kedua penting dalam pentadbiran kerajaan ‘Abasiyyah. Jabatan ini
berperanan sebagai setiausaha dan pegawai protokol kepada khalifah. Tugas utama al-hajib
menggantikan khalifah untuk menyelesaikan masalah rakyat. Jawatan al-hajib ini penting dan
banyak membantu serta memudahkan khalifah dalam urusan pentadbiran terutamanya
masalah berkaitan rakyat. Jawatan ini sebenarnya telah wujud pada zaman bani Umayyah
semasa pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan.
8

Penubuhan al-Dawawin
Dalam zaman pemerintahan Khalifah al-Mahdi, kuasa yang luas telah diberikan
kepada 'wazir' sehingga meliputi “Dawawin” (jabatan-jabatan). Al- dawawin ditubuhkan
bertujuan membantu khalifah dan perdana menteri menjalankan pentadbiran dengan
berkesan. Penubuhan dewan pada zaman ini telah diperkembangkan iaitu Dewan al-Jund
(ketenteraan), al-kharaj (percukaian), al- Rasail (surat-menyurat), al-Khatam (cop mohor),
al- Barid (pejabat pos), al-Azimmah (audit), al-Nazr fi al-Mazalim (biro pengaduan), al-
Nafaqat (perbelanjaan negara), al-Sawafi (tanah rancangan), al-Diya’ (estet negara), al- Sirr
(rahsia negara), al-‘Ard (tentera) dan Dewan al-Tawqi’ (permohonan awam).

Penubuhan dewan-dewan ini telah membuktikan kewujudan kementerian (wazirah) dan


berlakunya perluasan negara Islam . Di samping dapat menjaga kebajikan rakyat dan orang
yang dilantik dalam mengendalikan urusan pentabiran negara. Di samping menunjukkan
keperihatinan ketua negara dalam pembangunan negara. Negara yang besar dan luas mustahil
dapat ditadbir oleh ketua negara secara berseorangan tanpa dibantu oleh menteri-menterinya.

Di masa pemerintahan khalifah al-Ma'mun, baginda memberikan kuasa penuh kepada


wazir al-Fadl Ibn Sahl dalam soal-soal politik. Baginda menyerahkan kuasanya dalam urusan
memimpin peperangan dan juga menguasai pentadbiran. Baginda memberikan gelaran baru
kepada wazirnya iaitu “orang yang mempunyai dua kekuasaan.
9

4.5 Pemerintahan di Mesir


Jawatan wazir di Mesir tidak pernah wujud pada masa pemerintahan Khulafah al-
Rasyidin dan zaman Daulah Umaiyah hanya beberapa orang pegawai yang dilantik untuk
megendalikan pemerintahan di wilayah itu.
Menurut sejarah, Ahmad ibn Tulun semasa mengusai Mesir telah melantik Ahmad ibn
Muhammad al-Wasiti menjadi setiausahanya tugasnya sama sebagai seorang wazir. Jawatan
wazir ini berkekalan sehingga Mu'iz Dinillah al-Fatimi menduduki Mesir. Mu'iz
menghapuskannya kerana Abu al-Fadhal adalah Ahli Sunnah sementara beliau seorang
Syiah.
Semasa Daulah Fatimiyah 1, kementerian yang wujud ialah kementerian yang tidak
berkuasa panuh (Wizarrah Tanfidz). Ya'kub ibn Killis adalah wazir yang pertama dan
sesudahnya jawatan ini dihapuskan. Ia diganti dengan jawatan “al-Wisathah” (perantaraan
dan pertengahan). Sitem al-Wasathaha berterusan sehingga al- Hakim Biamrillah menjadi
ketua negara, kemudian sistem bertukar semula kepada al-Wizarah. Pada masa pemerintahan
Khalifah al-Muntasar Billah, kementerian ini menjadi Wazir Tafwidh (berkuasa penuh).
Kementerian pada masa Mamalik, Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah
halaman 208 menyatakan 'bangsa Turki menguasai Wilayah Mesir. Mereka menganggap
jawatan wazir itu tidak berguna kerana dapat menjatuhkan prestasi ketua negara. Oleh itu,
mereka menetapkan semua dasar yang akan dilaksanakan oleh menteriharuslah terlebih
dahulu dipersetujui oleh ketua negara. Ketua angkatan perang dinamakan “Naib”. Istilah
wazir (Menteri) di kalangan Mamalik, digunakan untuk petugas memungut cukai.
10

4.6 Pemerintahan di Andalus.


Kerajaan pemerintahan Daulah Umaiyah di Andalusia (Sepanyol) ini sama dengan
Daulah Umaiyyah di Syria. Mereka melantik tenaga ahli dan diberi tugas sesuai dengan
keahliannya. Di antara tenaga-tenaga ahli itu dilantik seorang yang menjadi penghubung di
antara mereka dengan ketua negara. Oleh sebab itu, kedudukannya lebih tinggi daripada
kedudukan menteri-menteri yang lain. Istilah yang digunakan bagi tenaga penghubung itu
dinamakan “Perdana Menteri”. Menurut istilah mereka, Perdana Menteri itu disebut “Hajib”
dan beberapa waktu sesudah itu, istilah “Hajib” diganti dengan “Wazir”.
Jawatan tersebut pada masa itu merupakan warisan turun-temurun yang dipegang oleh
satu keturunan. Gaji menteri-menteri pada masa itu tidak ditentukan. Gaji menteri diperolehi
daripada kekayaan negara, hadiah, pendapatan bermusim dan pendapatan daripada perayaan
hari- hari kebesaran.
11

5.0 Ciri-ciri Pemerintahan dan Pentadbiran Islam


i- Pemerintah mentauhidkan Allah
ii- Menjadikan Al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan
iii- Mewujudkan perlembagaan yang meletakkan ketaatan kepada Allah dan Rasul
iv- Konsep Khalifah yang memegang Amanah
v- Wujud system syura
vi- Mengutamakan keadilan, persamaan dan kebebasan
vii- Memlihara akhlak

viii-Berusaha mencapai keredhaan Allah dan kejayaan (dunia dan akhirat)

Konsep Khilafah, Imamah dan Imarah


Siasah Syariyyah yang bermaksud ilmu ketatanegaraan, ilmu kenegaraan dan ilmu
pengetahuan berkaitan dengan kegiatan manusia untuk peroleh kuasa
Siasah – perintah melakukan pembaikan dan mendidik – pemerintah memimpin rakyat ke
arah kebaikan
Segi praktikalnya siasah syariyyah iaitu sistem dan peraturan yang diwujudkan bagi
memelihara dan mendaulatkan negara dan pemerintahan serta melaksanakan syariat Allah.

Khilafah
Asal perkataan Khalafa – Pengganti kepada orange terdahulu menggantikan orang lain
Imamah
Diertikan sebagai pemimpin atau ketua pemerintah seperti sultan, raja, perdana Menteri
Imarah
Berkait rapat dengan khilafah dan imamah yang bererti pemerintah atau pemimpin umum
berkaitan dengan hidup di dunia untuk kesejahteraan akhirat seperti raja, perdana Menteri,
Khalifah
12

6.0 KESIMPULAN

Kebanyakan ahli falsafah politik Islam seperti al-Farabi, Ibnu Khaldun telah
mewajibkan pembentukan institusi kementerian bagi meringankan beban tugas ketua negara
yang tak mungkin dapat dilaksanakan secara bersendirian. Kepentingan institusi al-wizarah
ini dapat dilihat dengan penubuhannya pada awal permulaan Islam sehingga sekarang
samaada secara rasmi atau sebaliknya.

Secara umumnya jawatan menteri yang terdapat pada masa sekarang adalah bertitik
tolak dari zaman permulaan Islam, cuma sistem dan cara perlaksanaannya yang berbeza.
Jawatan wazir al-wuzara’ pada zaman ‘Abasiyyah menyamai jawatan perdana menteri
sekarang .Begitu juga dengan penguasa-penguasa yang dilantik pada setiap wilayah negara
Islam menyamai jawatan menteri besar sekarang.
13

RUJUKAN
Dr. Ismail Bakar, Dr Abd Rauh Yaacob, Anuar Zainal Abidin& Izziah Suryani Mat
Resad. 2006. Sejarah dan Tamadun Islam . Bangi: UKM

Mohd.Rumaizuddin Ghazali.2004.Sains politik Islam. Pahang: PTS Publications&Distributor

Mustafa Haji Daud. 1991. Tamadun Islam . Kuala Lumpur:Utusab Publications &
Distributor.

http://agamaberitaharian .blogspot.com/2009/04/mengaplikasi konsep menteri dalam


alquran.Abdurrahman Haqqi.

http://076115tamadun/kelahiran-tamadun Islam.html

Anda mungkin juga menyukai