Anda di halaman 1dari 3

FADHILAT DAN KHASIAT - DOA BISMILLAH 5

THURSDAY, JULY 21, 2016 CAPTAIN

ِ ‫السالَ ُم َع َل ْي ُك ْم َو َر ْح َم ُة‬
‫هللا َو َب َر َكا ُت ُه‬ َّ

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim


2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas
samii’un ‘alim

Artinya sebagai berikut:

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


2. Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3. Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4. Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu
pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Bismillah 5 adalah Doa Segala Penawar Penyakit Batin dan Zahir. Sebagai
pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat baik dijadikan
sebagai amalan seharian. 

Kelebihan dan Khasiat ‘Bismillah 5':

1. Menghalang jin dan syaitan.


2. Terpelihara dari bahaya dan musuh.
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang.
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
.
Cara dan Kaedah Merawat:

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.

2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.

3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang
berkenaan.

4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau
sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa
anggota tersebut adalah angota yang sakit.

6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di
tempat tersebut.
7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan
ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.

*Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini
sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Amalan Bismillah 5

Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau
minum ubat.

Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap


kali lepas solat.

Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam
makanan dan minuman.

Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika
dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.

Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita
bergantung harap.‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-
baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’

Anda mungkin juga menyukai