Anda di halaman 1dari 5

1. Beberapa ___________ mangkuk dan gelas terbiar di atas singki tanpa dibasuh.

A. buah
B. biji
C. bekas
D. butir

2. Se ___________ paus yang bergelimpangan ditemui mati di pantai.


A. ekor
B. kawan
C. kandang
D. kumpulan

3. Beberapa ___________ rumah di kampung itu rosak dilanda ribut kencang.


A. buah
B. pintu
C. deret
D. kumpulan

4. Pekebun itu membawa ___________ sabit semasa hendak ke kebun di belakang rumahnya.
A. selaras
B. sebatang
C. sebilah
D. sebuah
5. Puan Zaini menampal ___________ gambar dalam ___________ album yang cantik.
A. sehelai … sebuah
B. sekeping… ssebuah
C. sekeping… sebiji
D. sehelai… senaskhah

6. Mak Cik Kiah menjunjung ___________ kayu api diatas kepalanya sambil mengelek ___________ tikar mengkuang.
A. sebatang… sehampar
B. sebatang… sehelai
C. seberkas… segulung
D. seberkas… sebidang

7. Gadis ayu itu berjalan lenggang-lenggok sambil memegang ___________ payung.


A. sebatang
B. selaras
C. sebuah
D. sekaki

8. Alia membakar ___________ ubat nyamuk di dalam kamarnya kerana tidak tahan dengan gigitan nyamuk.
A. segelung
B. segulung
C. selingkar
D. sepapan
9. Beberapa ___________ pasir di tepi padang itu akan digunakan untuk membuat kawasan mendarat bagi acara lompat jauh.
A. butir
B. kepal
C. genggam
D. timbunan

10. Puan Aliza membeli ___________ pisang di gerai buah -buahan itu untuk dibuat pisang goreng.
A. sebiji
B. sesisir
C. setandan
D. semayang

11. Harga lima ___________ petai hanya RM5.00 sahaja.


A. papan
B. keping
C. gugus
D. biji

12. Muaz dan Luqman sedang memancing di ___________sungai menggunakan ___________ joran.
A. sebuah… sebatang
B. sebuah… sebuah
C. sebatang… sebatang
D. sebatang… sebentuk
13. Pihak polis menemui ___________kain pada dawai pagar sewaktu operasi mencari gadis yang hilang itu.
A. secarik
B. secebis
C. sehelai
D. sepasang

14. Puan Suzana membeli ___________ boneka untuk anak perempuannya semasa lawatan ke Kemboja.
A. buah
B. biji
C. ekor
D. orang

15. Beberapa ___________ tembakan meriam telah dilepaskan ke udara selepas upacara pertabalan Sultan Kedah.
A. das
B. butir
C. laras
D. pucuk

16. Pilih ayat yang betul.


A. Adik Atifa yang berusia lapan bulan itu makan seulas durian.
B. Adik Atifa yang berusia lapan bulan itu makan sebiji durian.
C. Adik Atifa yang berusia lapan bulan itu makan sebakul durian.
D. Adik Atifa yang berusia lapan bulan itu makan selonggok durian.
17. Aina mengambil se ___________ baja lalu ditaburkan di atas batas pokok kacang.
A. sebutir
B. segenggam
C. seguni
D. sebuah

18. Terdapat beberapa ___________ meriam lama di atas puncak Kota Melawati.
A. das
B. pucuk
C. laras
D. batang

19. Suasana menjadi bingit apabila sekumpulan penduduk membakar beberapa _______ mercun sempena Tahun Baru Cina.
A. das
B. laras
C. papan
D. keeping

20. Arissa mengisi pulut ke dalam beberapa ___________ buluh untuk dibuat lemang
A. ruas
B. batang
C. rumpun
D. biji

Anda mungkin juga menyukai