Anda di halaman 1dari 6

Kata Ganda

1.Harun mengawet ________ yang ditangkapnya pagi tadi untuk dijadikan hiasan.
A.rama-rama
B.jentik-jentik
C.pijat-pijat
D.tupai-tupai

2. _______ pada roda basikal Ahmad bengkok selepas basikalnya terjuram ke dalam
longkang.
A. Aci-aci
B. Jari-jari
C. Siku-siku
D. Kisi-kisi

3. Cikgu Ranjit menyuruh kami mengukur ________ bulatan dengan menggunakan pembaris.
A. jejari
B. bebola
C. sesiku
D. kekisi

4. Adik memberi makan beberapa ekor ___________ di tepi kolam ikan.
A. tetupai
B. kekuda
C. lelabi
D. jejentik

5. Semua bekas yang menakung air hendaklah dibuang untuk mengelakkan ___________.
A. jejentuk
B. bebiri
C. lelabi
D. lelumba

6. Saya nampak asap ________ keluar dari tingkap bangunan yang terbakar itu lalu saya pun
menelefon pihak bomba.
A. berkepul-kepul
B. berpintal-pintal
C. bergumpul-gumpul
D. berbalam-balam

7. Warga kota ______ ke Stadium Merdeka untuk menyaksikan persembahan artis popular
dari Indonesia.
A. berasak-asak
B. berduyun-duyun
C. bertalu-talu
D. bersesak-sesak

8. Segala nasihat nenek masih _________ di telinganya.
A. berdesing-desing
B. berdengung-dengung
C. terdengar-dengar
D. terngiang-ngiang

9. Ada _______ yang mengatakan bahawa Encik Songkali akan berpindah ke Sabah.
A. keluh-kesah
B. desas-desus
C. dakwa-dakwi
D. dolak-dalik

10. Seluar Zaini ___________ kerana terkena kawat berduri.
A. cobak-cabik
B. comot-momot
C. corat-coret
D. calar-balar

Soalan 11 berdasrkan gambar di bawah.


11. Saya memekik meminta tolong apabila ternampak seorang kanak-kanak di dalam air.
A. terkapai-kapai
B. terlonjak-lonjak
C. tergapai-gapai
D. tercapai-capai


12. Rambutnya ________ kerana baru bangun tidur.
A. kering-kontang
B. kusut-masai
C. serbah-serbih
D. rompang-ramping

13. Saya berjalan _________ ketika berada di atas kapal pesiaran yang sedang belayar itu.
A. berdolak-dalik
B. berkumat-kamit
C. berselang-seli
D. berulang-alik

14. Bot tambang itu ________ dari Kampung Pulau Sayak ke Tanjung Dawai.
A. bolak-balik
B. mundar-mandir
C. lalu-lalang
D. kelam-kabut

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.


15. Rahimi memakai baju _________ ketika mengikuti aktiviti perkhemahan pengakap di
sekolahnya.
A. serbah- serbih
B. compang-camping
C. gilap-gemilap
D. celorong-celoreng

16. Pen itu tidak boleh digunakan lagi kerana ________ matanya telah rosak.
A. kekura
B. bebola
C. pepuyu
D. tetangga
17. Tindakan perusuh membakar kenderaan dan memecahkan peremis perniagaan
menimbulkan ________ di bandar itu.

A. jerit-pekik
B. lintang-pukang
C. huru-hara
D. kucar-kacir

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.



18. Api lilin di dalam bilik itu __________ ditiup angin.
A. lemah-gemalai
B. berselang-seli
C. berliang-liuk
D. berulang-alih

19. Ayah Ramzi telah menanam pokok jambu dan koko ________ di kebunnya.
A. berselang-seli
B. berderai-derai
C. berputar-putar
D. berlonggok-longgok

20. Sementara menunggu pintu pagar dibuka , penonton ________ di luar stadium.
A. bolak-balik
B. kacau-bilau
C. mundar-mandir
D. lintang-pukang






21. Wajah pasangan kembar itu _________ wajah nenek mereka.
A. sipi-sipi
B. sama-sama
C. dekat-dekat
D. iras-iras

22.Pelajar di dalam kelas itu ________ belaka.
A.celik-celik
B.jujur-jujur
C.pandai-pandai
D.tidur-tidur

Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah


23.Kakak menyapu ______ yang bertaburan di halaman rumahnya.
A. deduri
B. dedaun
C. dedadu
D. dedahan

24. Kita mesti hidup saling menghormati antara jiran ________ kiata.
A. tetaman
B. tetengga
C. tetulang

25. Pasukan hoki sekolah Lai Meng telah berjaya menjadi johan daerah selama tiga tahun
____ .
A. berikut-ikut
B. berturut-turut
C. bertukar-tukar
D. berubah-ubah




26. Sarjit menyusun buku-buku itu _______ supaya dapat memenuhi ruang almari itu.
A. rapat-rapat
B. jarang-jarang
C. dekat-dekat
D. paras-paras

27. Negara itu ________ setelah maharajanya mangakat.
A. segar-bugar
B. cerai-berai
C. kacau-bilau
D. punah-ranah

28. Kanak-kanak itu berlari _________ apabila dikejar oleh seekor anjing .
A. gopoh-gapah
B. huru-hara
C. lintang-pukang
D. kucar-kacir

29. Nenek Ah Chong tidak menyukai minuman yang ________.
A. masak-masak
B. sedap-sedap
C. pedas-pedas
D. panas-panas

30. Suasana ________ di bandar raya Kuala Lumpur membingitkan telinga saya.
A. hingar-bingar
B. terang benderang
C. lalu-lalang
D. kelam-kabut

Anda mungkin juga menyukai