Anda di halaman 1dari 4

Nama : _______________________________ Kelas : ___________

TAJUK : PENJODOH BILANGAN

Arahan : Bulatkan jawapan yang betul.

1. Mak Leha memetik se_______ pucuk ubi dan beberapa ______ cili padi di kebunnya.

A ikat … ulas B cekak…biji C jemput…butir D rumpun…genggam

2. Pengakap muda itu mencari beberapa _______ kayu untuk mendirikan khemah.
A buah B ketul C batang D kaki

3. Pak Aji melepaskan beberapa ______ tembakan untuk menghalau monyet-monyet itu.
A butir B biji C das D gugus

4. Jika dilihat dari jauh, ekor arnab kelihatan seperti ______ kapas.
A seketul B segumpul C selonggok D sehelai

5. Aini membelek beberapa _______ majalah lama milik ayahnya.


A keping B biji C lembar D naskhah

6. Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur akan membina lima ______ rumah pangsa untuk
penempatan setinggan.
A blok B bidang C kumpulan D gugus

7. Shahri membubuh se_______ kayu api dan beberapa ______ daun kering untuk
menghidupkan unggun api.
A batang…pokok B keping…gugus C puntung…helai D rumpun…longgok

8. Puan Ros membeli lima ______ apam balik dari gerai itu.
A buah B biji C keping D ulas

9. Ayah menjual beberapa ______ kelapa muda kepada pemuda itu.


A buah B tangkai C sikat D tandan

10. Pihak polis telah menjumpai dua _______ beg yang mengandungi duit palsu semasa
menyerbu rumah pengedar dadah itu.
A keping B buah C helai D potong

11. ______ apabila renjer PERHILITAN sedang menjalankan gerakan pemindahan gajah liar di
Taman Negara.
A Sepasukan B Segerombolan C Sekawan D Segugus

12. Pekerja itu dimarahi ketuanya kerana membuang _______ rokok yang masih bernyala ke
dalam bakul sampah.
A sebidang B seruas C sepuntung D segelung

13. Saya hanya makan ______ durian untuk merasainya.


A seketul B seulas C sehiris D sebiji

14. Pemburu itu melepaskan ______ tembakan ke arah burung itu.


A selaras B sekepal C sedas D sebutir

15. Ayah menghadiahkan _______ bunga kepada emak sempena Hari Ibu.
A sekotak B sejambak C sebungkus D sekeping

16. Abang menggunakan ______ tali untuk mengikat buah rambutan itu.
A seutas B sebentuk C sepotong D selingkar
17. Kakak membeli _______ majalah di kedai yang baru dibuka itu.
A setimbun B senaskhah C sebuah D sehelai

18. Berpuluh-puluh ______ kelapa digunakan untuk kenduri perkahwinan kakak.


A buah B tandan C biji D longgok

19. Beberapa ______ jalan raya terpaksa ditutup sebagai akibat hujan lebat semalam.
A batang B baris C kaki D jalur

20. Beberapa orang yang menyertai aktiviti gotong-royong membawa _______ penggali.
A sebuah B sebilah C sebatang D sekerat

21. Di atas para-para rumah nenek saya terdapat ______ pisang abu.
A setandan B selaras C sebatang D sepucuk

22. _______ jala yang ayah selalu gunakan itu telah koyak.
A Seikat B Seutas C Sejambak D Serawan

23. Nenek menampal gebarnya yang koyak itu dengan se ______ kain perca.
A kaki B kajang C lembar D cebis

24. Dalam sehari,Nenek Piah dapat menyemat 100 atap rumbia.


A kerat B tandan C kajang D helai

25. Ibu telah menumpangkan 50 nasi lemak dan 30 karipap di warung Pak Ali.
A bungkus…buah B bungkus…ketul C berkas…butir D buah…ulas

26. Mak Teh memetik _______ pucuk ubi dan tujuh terung di kebunnya.
A sehelai…butir B seikat…butir C sepohon…buah D secekak…biji

27. Mak Nab telah menanam lima ______ pokok cempedak di atas ______ tanahnya.
A batang…sekeping B rumpun…sebidang C ulas…serelung D batang…sekaki

28. Penyair itu sedang mendeklamasikan se sajak bertemakan kemanusiaan.


A tompok B untai C rumpun D ruas

29. Kakak masih menyimpan se kancing baju yang berwarna keemas-emasan yang
dihadiahkan oleh ibunya.
A genggam B gemal C rawan D keping

30. Pak Musa memilih beberapa _______ jagung untuk dijadikan benih.
A kerat B buah C biji D tongkol

31. Setiap sekolah dibekalkan dua ______ jurnal bahasa dari Jabatan Pelajaran Negeri.
A kelompok B jambak C untai D naskhah

32. Tangan kanan petani itu memegah kuku kambing sementara tangan kirinya memegang
se_______ anak benih padi.
A bungkus B gugus C genggam D gemal

33. Panglima itu makan se sirih sebelum pergi berjuang menentang musuh.
A gulung B cebis C ikat D kapur

34. Abang menghadiahkan kain pelekat kepada ayah.


A secebis B sekeping C sehelai D selembar

35. Mazlina sempat makan kek itu sebelum pergi ke sekolah.


A seketul B sekeping C secebis D sepotong
Assalamualaikum anak-anak semua..makluman untuk kelas malam ni.

Subjek : Bahasa Melayu


Tarikh : 3 Februari 2021
Masa : 8.15pm – 9.30pm
Tajuk : Penjodoh Bilangan (5.1.1)
Link GoogleMeet : https://meet.google.com/lookup/gooagvzq6k?authuser=2&hs=179

*hanya id DELIMA sahaja yang boleh menyertai kelas . Mohon kerjasama murid @ penjaga untuk
cuba log masuk lebih awal supaya boleh dibantu jika terdapat sebarang masalah.
*pastikan semua murid bersedia pada waktu yang ditetapkan
*sediakan alat tulis, buku tulis, dan buku teks
*pastikan semua murid menghidupkan mikrofon dan kamera masing-masing (kecuali jika diarahkan
tutup oleh guru)

Kelas kita santai2 sahaja ye semua.. nak makan masa cikgu ngajar pun boleh..asalkan x bising
mengunyah :-P
1) Saya menghadiahkan ayah satu pen yang mahal sempena hari jadinya.

Ayah menghadiahi ibu sebentuk cincin permata sempena hari jadinya.

2) Ayah menggunakan kapak untuk menebang pokok yang hamper tumbang itu.

Datuk menghulurkan selaras senapang kepada ayah saudara saya.

Anda mungkin juga menyukai