Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN PENJODOH BILANGAN

1. Mak Leha memetik se_______ pucuk ubi dan beberapa ______ cili padi di kebunnya.
A ikat … ulas B cekak…biji C jemput…butir D rumpun…genggam

2. Pengakap muda itu mencari beberapa _______ kayu untuk mendirikan khemah.
A buah B ketul C batang D kaki

3. PaK Aji melepaskan beberapa ______ tembakan untuk menghalau monyet-monyet itu.
A butir B biji C das D gugus

4. Jika dilihat dari jauh, ekor arnab kelihatan seperti ______ kapas.
A seketul B segumpul C selonggok D sehelai

5. Aini membelek beberapa _______ majalah lama milik ayahnya.


A keping B biji C lembar D naskhah

6. Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur akan membina lima ______ rumah pangsa untuk
penempatan setinggan.
A blok B bidang C kumpulan D gugus

7. Shahri membubuh se_______ kayu api dan beberapa ______ daun kering untuk menghidupkan
unggun api.
A batang…pokok B keping…gugus C puntung…helai D rumpun…longgok

8. Puan Ros membeli lima ______ apam balik dari gerai itu.
A buah B biji C keping D ulas

9. Ayah menjual beberapa ______ kelapa muda kepada pemuda itu.


A buah B tangkai C sikat D tandan
10. Pihak polis telah menjumpai dua _______ beg yang mengandungi duit palsu semasa meyerbu
rumah pengedar dadah itu.
A keping B buah C helai D potong

Anda mungkin juga menyukai