Anda di halaman 1dari 5

Bahagian A

Tatabahasa
[ 10 markah ]

Arahan: Bahagian ini mempunyai 10 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan iaitu A, B, C dan D. Bulatkan jawapan yang paling tepat bagi setiap soalan.

1. Kami ke Johor Bahru dengan menaiki kereta yang ______________ oleh ayah.
A. dibawa
B. dipandu
C. dikayuh
D. dituntun

2. Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

Puan Syamimi meletakkan pasu bunga di ______________ ruang tamu.


A sisi
B hujung
C sudut
D bawah

3. Kaki Aliah terluka ______________ terpijak kaca botol.


A kerana
B untuk
C bahawa
D supaya

4. Tukang jahit itu membeli beberapa _______________ benang untuk menjahit baju
kurung.
A bekas
B buku
C gelung
D gulung

5. “Titah tuanku akan segera ______________ laksanakan”, sembah hulubalang itu.


A aku
B saya
C patik
D hamba

6. Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Akhirnya, pokok yang tua itu _________________ dalam kejadian rebut semalam.
A. mati
B. tumbang
C. patah
D. jatuh

Soalan 7 hingga 10.


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sebuah pertunjukan sarkas telah berlangsung selama seminggu di Dataran Penggaram.


Pasukan sarkas itu dari China. Ramai orang datang menyaksikan pertunjukan tersebut. Saya
dan keluarga juga tidak melepaskan peluang untuk melihat pertunjukan itu.
Pelbagai acara menarik dipersembahkan. Antaranya termasuklah menunggang
motosikal di dalam bola besar, melompat menerusi gelung api dan permainan haiwan.
Haiwan-haiwan seperti gajah, harimau, beruang telah digunakan dalam pertunjukan itu.
Acara yang paling memukau saya ialah aksi tiga orang ahli sarkas melakukan akrobatik
di udara. Mereka melepaskan tangan dan menyambut tangan seorang lagi rakannya.
Sungguhpun acara itu membahayakan nyawa tetapi mereka berani menanggung risiko untuk
menghiburkan para pengunjung.
Gelagat dan telatah pelawak pula dapat mencuit hati para penonton terutamanya
golongan kanak-kanak. Pelawak-pelawak ini juga menunjukkan kemahiran mereka berjalan
dengan kaki kayu panjang.

7. Apakah pertunjukan yang diadakan di Dataran Penggaram?

A Silap mata
B Lumba lari
C Lawak jenaka
D Sarkas
8. Pertunjukan sarkas itu berlangsung selama ......

A setahun.
B seminggu.
C sebulan.
D sehari.

9. Acara yang memukau penulis ialah ...

A melompat menerusi gelung api


B ahli sarkas melakukan akrobatik di udara
C menunggang motosikal
D telatah pelawak

10. Pernyataan berikut adalah tidak benar, kecuali ...

A gajah melakukan aksi bergayut di udara.


B pasukan sarkas itu berasal dari China.
C salah seorang ahli sarkas itu pernah jatuh daripada tali.
D pertunjukan sarkas dilanjutkan selama seminggu kerana mendapat sambutan.

Bahagian B
(20 markah)

A. Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan .


1.Aisyah melukis pada se__________ kertas
lukisan . das

2. Hanya ada se________ kedai runcit sahaja


di kampung itu. keping
3. Hassan menternak beberapa
________lembu. deret
4. Pak Jali memiliki se_______ banglo di
Port Dickson. ekor
5. Satu ____________ tembakan telah
terkena pada kaki perompak itu. buah

B. Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.


botol buah helai papan bungkus keping biji orang

Encik Syafiq mengambil Arif dari sekolah dengan menaiki kereta . Pada petang itu , Arif
mengikut bapanya Encik Syafiq ke hospital. Mereka terus ke laluan farmasi pandu lalu.
Terdapat dua ___________(1) kereta sedang menunggu di hadapan mereka. Pemandu yang
melalui kaunter itu menyerahkan se_____________(2) kertas kepada se___________(3)
pegawai farmasi.
Apabila tiba giliran mereka , Encik Syafiq menyerahkan se__________(4) slip
ubatnya. Pegawai itu berpesan supaya se__________(5) ubat yang mengandungi 14
____________(6) itu perlu dihabiskan dalam tempoh seminggu . Beliau juga memberikan
se___________(7) ubat cecair yang perlu diminum tiga kali sehari. Semua ubat itu
diserahkan kepada Encik Syafiq . Selepas mengucapkan terima kasih, Encik Syafiq memandu
keluar dari kaunter farmasi pandu lalu itu.

C. Tandakan (/) di dalam petak yang disediakan bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-
ayat di bawah.

Anda mungkin juga menyukai