Anda di halaman 1dari 20

Sains

Modul 2:Mesin
Tahun 4

Sekolah:__________________________
Nama murid:_____________________________________

Kelas :______________________________________

Modul ini dihasilkan bagi membantu murid belajar secara kendiri di rumah semasa tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikuatkuasakan di Negeri
Sabah bermula 12 OKtober 2020. Diharapkan agar semua murid masih berpeluang belajar
walaupun berada di rumah masing-masing. Sebarang pandangan untuk penambahbaikan
modul ini daripada murid, ibu bapa dan rakan guru atau orang perseorangan amat dialu-
alukan.

Pasukan pembina modul:

Walter Linggahan Sogudil

Guru Cemerlang (Sains) SK Sunsuron Tambunan

Stephanie Jauseh

Guru Cemerlang (Sains) SK Tiong Widu Tambunan

Nota kepada guru


Kepada rakan-rakan guru,
Jika anda menggunakan modul ini, sukacita diingatkan bahawa modul ini dilengkapkan
oleh murid mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Oleh itu, diharapkan
agar arahan dan bimbingan yang jelas dapat diberikan kepada murid untuk mengelakkan
“misconceptions” semasa semua aktiviti dijalankan. Terima kasih.

Nota kepada ibu bapa/penjaga


Kepada semua ibu bapa/penjaga,
Sepanjang murid melengkapkan aktiviti dalam modul ini, adalah diharapkan agar
pengawasan dan bimbingan dapat diberikan.Sila rujuk buku teks Sains Tahun 4 di muka
surat 170-181 atau membaca bahagian Kuasai isi pelajaran di modul ini untuk mendapat
gambaran tentang tajuk ini bagi membantu murid di rumah jika perlu . Terima kasih.
©WLS&SJ

Apa yang akan dipelajari?


Apakah yang kamu bayangkan jika mendengar perkataan mesin? Mesti kamu teringat mesin basuh

atau mesin rumput. Dalam kehidupan seharian, mesin banyak membantu mempermudahkan kerja

manusia. Dalam tajuk ini, kamu akan mempelajari tentang mesin ringkas, mesin kompleks dan

kepentingan penciptaan mesin lestari. Kamu juga akan mempelajari lebih mendalam tentang satu

jenis mesin ringkas iaitu tuas.

Objektif pembelajaran

1. Menyatakan 7 jenis mesin ringkas dengan tepat

2. Menyatakan kegunaan 7 jenis mesin ringkas dengan tepat

3. Mengenal pasti kedudukan fulkrum, daya dan beban pada tuas dengan tepat

4. Memghubung kait jarak beban dari fulkrum dengan daya yang diperlukan pada mesin

ringkas tuas

5. Menyatakan maksud mesin ringkas dan mesin kompleks dengan tepat

6. Menyelesaikan masalah berdasarkan situasi dengan menggunakan dua atau lebih mesin

ringkas dengan tepat

Kriteria kejayaan

1. Menyenaraikan 7 jenis mesin ringkas dan kegunaanya dengan tepat

2. Melabel mesin ringkas yang terdapat pada mesin kompleks dengan tepat

3. Melabel kedudukan fulkrum,daya dan beban pada tuas dengan tepat

4. Mengenal pasti daya yang digunakan sedikit atau banyak dengan memerhati jarak fulkrum

daripada beban semasa menyiasat tentang tuas

5. Menyatakan secara lisan dengan maksud mesin ringkas dan mesin kompleks

6. Menyenaraikan mesin ringkas terlibat untuk menyelesaikan masalah berdasarkan situasi

yang diberi

Cadangan tempoh masa melengkapkan modul ini

5 hari

1
©WLS&SJ

Bagaimana menggunakan modul ini

Untuk memastikan objektif pembelajaran yang disenaraikan dapat dicapai dan anda dapat

melakukan kriteria kejayaan yang ditetapkan, kamu perlu mengikuti semua langkah-

langkah berikut:

1. Baca bahan pembelajaran yang diberikan ini dengan cermat.

2. Mengikut semua arahan, aktiviti dan latihan yang diberikan dengan bersungguh-

sungguh.

3. Menjawab semua ujian dan latihan yang diberikan dengan jujur.

Ikon dalam modul ini

Apa yang akan Bahagian mengandungi objektif pembelajaran dan

dipelajari? kriteria kejayaan yang ditetapkan berdasarkan

modul ini.

Pengetahuan sedia Bahagian ini menguji pengetahuan sedia ada

ada tentang tajuk yang akan kamu pelajari.

Pengenalan Bahagian ini memberi kamu pengenalan terlebih

dahulu tentang isi pelajaran yang akan diberikan.

Kuasai isi Bahagian ini membincangkan dan menerangkan

pelajaran kepada kamu secara mendalam tentang isi

pelajaran yang mesti dikuasai.

Aktiviti tambahan Aktiviti tambahan untuk memastikan kamu dapat

menguasai isi pelajaran dengan lebih baik.

Apa yang sudah Bahagian ini menyediakan aktiviti atau soalan

dipelajari? supaya kamu mengenal pasti isi pelajaran yang

sepatutnya telah dikuasai.

Aplikasi Memastikan kamu boleh menggunakan isi pelajaran

yang dikuasai dalam kehidupan sebenar.

Adakah saya sudah Soalan dijawab dibandingkan dengan pencapaian

menguasai? kamu dalam bahagian pengetahuan sedia ada.

2
©WLS&SJ

Hari 1

Pengetahuan sedia ada

Arahan: bulatkan jawapan kamu. Setiap soalan yang dijawab dengan tepat akan

memberikan kamu 1 markah. Mungkin kamu rasa soalan ini sukar dijawab kerana belum

dipelajari. Tidak apa, kamu jawab saja. Yakin BOLEH.

1. Apakah maksud mesin ringkas?


A Alat yang menggunakan mesin untuk membantu manusia
B Alat yang membantu manusia melakukan kerja yang ringkas sahaja
C Alat yang membolehkan kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat
D Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin ringkas

2. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Satu permukaan rata yang disendengkan dengan satu bahagian yang
hujungnya diletakkan pada ketinggian yang berbeza
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Tuas
C Satah condong
D Takal

3. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Alat berbentuk silinder beralur yang dapat dimasukkan ke dalam sesuatu
ruang dengan memutarkannya
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Tuas
C Satah condong
D Takal

3
©WLS&SJ

4. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Terdiri daripada sebatang rod yang diletakkan di atas fulkrum
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Tuas
C Satah condong
D Takal

5. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Alat yan terdiri daripada satu roda beralur yang membolehkan tali
melaluinya
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Tuas
C Satah condong
D Takal

6. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Alat yang terdiri daripada roda yang dipasang pada sebatang rod yang
dianamakan gandar
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Roda dan gandar
C Baji
D Gear

7. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Alat yang runcing pada hujungnya
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Roda dan gandar
C Baji
D Gear

4
©WLS&SJ

8. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Alat yang terdiri daripada bahagian roda bergigi
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Roda dan gandar
C Baji
D Gear

9. Apakah maksud mesin kompleks?


A Alat yang menggunakan mesin untuk membantu manusia
B Alat yang membantu manusia melakukan kerja yang ringkas sahaja
C Alat yang membolehkan kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat
D Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin ringkas

10. Gunting merupakan salah satu contoh mesin komplekas. Apakah mesin ringkas
yang terdapat pada gunting?
A Satah condong, baji, tuas
B Baji, skru
C Skru, satah condong
D Takal, tuas, satah condong

5
©WLS&SJ

11. Rajah menujukkan satu aktiviti yang dilakukan

Kenal pasti jenis mesin ringkas yang ditunjukkan pada gambar di atas
A Tuas
B Baji
C Skru
D Satah condong

12. Rajah menujukkan satu aktiviti yang dilakukan

C A

Kenal pasti kedudukan fulkrum, daya dan beban berdasarkan gambar di atas
A A-fulkrum, B-Daya, C-Beban
B A-Beban, B-Daya, C-Fulkrum
C A-Beban, B-Fulkrum, C-Daya
D A-Daya, B-Fulkrum, C-Beban

Markah /12

6
©WLS&SJ

Pelajaran 1 Mesin ringkas dan mesin kompleks dalam kehidupan seharian

Dalam kehidupan seharian, terdapat banyak contoh mesin ringkas dan mesin kompleks

yang kita gunakan. Dalam bahagian ini, gunakan pengalaman kamu setiap hari untuk

menjawab soalan berikutnya. Tidak apa kalau kamu belum yakin dengan jawapan mana yang

tepat, kita baru memulakan PEMBELAJARAN.

Hari ke-2

Pengenalan

Kenali fungsi saya

Arahan: Berikut merupakan fungsi setiap mesin ringkas. Cikgu gunakan contoh yang biasa

kita nampak dalam kehidupan setiap hari untuk memberikan kamu panduan. Tandakan (/)

pada ruangan berkenaan.

Fungsi mesin ringkas Mesin ringkas

Skru Takal Tuas Baji Gear Roda Satah

dan condong

gandar

Memudahkan kita bergerak dan

menggerakkan beban dari satu aras ke

aras yang tinggi. Contohnya tangga di

rumah kamu

Digunakan untuk menyatukan atau

mengetatkan dua bahagian objek.

Contohnya antara penutup botol dan botol

mineral water yang selalu kita minum

7
©WLS&SJ

Skru Takal Tuas Baji Gear Roda Satah

dan condong

gandar

Untuk mengangkat atau mengumpil

sesuatu beban objek. Contohnya ialah

penyapu

Digunakan untuk mengangkat atau

menurunkan beban. Contohnya ketika kita

menaikkan bendera pada tiang bendera

Digunakan untuk mengerakkan atau

memutarkan objek. Contohnya pada

tombol pintu rumah

Digunakan untuk memotong serta

memegang dan memberhentikan objek.

Contohnya kapak digunakan untuk

memotong kayu.

Berfungsi untuk mengubah arah dan

kelajuan pergerakan bahagian-bahagian

lain dalam satu mesin yang lebih kompleks.

Contohnya ialah salah satu bahagian yang

mengerakkan jarum jam

8
©WLS&SJ

Hari ke-3

Kuasai isi pelajaran

Bahan bacaan untuk tajuk ini

Kamu juga digalakkan merujuk buku teks muka surat 170-181

1. Mesin ringkas ialah alat yang membolehkan kita melakukan kerja dengan lebih

mudah dan cepat.

2. Berikut merupakan beberapa mesin ringkas berserta ciri, fungsi dan contoh:

Mesin Ciri Fungsi Contoh


ringkas
Satah • Satu permukaan • Memudahkan • Tangga
condong rata kita bergerak • Jalan raya
disendengkan • Memudahkan menaiki
• Satu bahagian untuk bukit
yang hujungnya mengerakkan
diletakkan pada beban dari aras
ketinggian rendah ke aras
berbeza lebih tinggi
Skru • Alat berbentuk • Menyatukan dan • Mentol dan
silinder beralur mengetatkan 2 perumahnya
• Dapat bahagian objek • Botol dan
dimasukkan ke penutup
dalam sesuatu botol
ruang dengan
memutarkannya
Tuas • Terdiri daripada • Mengangkat dan • Ketika
sebatang rod mengumpil cabut paku
yang diletakkan sesuatu beban guna tukul
di atas fulkrum objek • Penyapu
lantai
• Mop lantai
Takal • Sebuah roda • Untuk • Takal pada
beralur yang mengangkat atau tiang
membolehkan tali menurunkan bendera
melaluinya beban • Takal pada
bidai
Roda dan • Ada roda yang • Mengerakkan • Pili air
gandar dipasang pada atau • Sepana
sebatang rod untuk buka

9
©WLS&SJ

dinamakan memutarkan nut roda


gandar objek kereta
• Tombol
pintu
Baji • Alat yang runcing • Memotong serta • Pisau
pada hujungnya memegang dan • Cangkul
memberhentikan • Paku
sesuatu objek • Penyendal
pintu

Gear • Alat yang terdiri • Mengubah arah • Jam tangan


daripada pergerakan analog
bahagian roda objek
yang bergigi • Mengubah
kelajuan
pergerakan
objek

3. Tuas merupakan salah satu mesin ringkas yang akan kita tumpukan. Rajah di

bawah merupakan satu contoh tuas. Tuas mempunyai 3 bahagian iaitu

fulkrum,daya dan beban. Situasi ini berlaku ketika membuka penutup cat

menggunakan pemutar skru

Daya
Beban

Fulkrum

4. Apabila kita menggunakan tuas, kedudukan fulkrum daripada beban

mempengaruhi daya yang digunakan untuk mengangkat sesuatu objek.

10
©WLS&SJ

5. Semakin dekat jarak beban dari fulkrum, semakin sedikit daya yang diperlukan

untuk mengangkat beban. Rajah di bawah menerangkan pernyataan ini.

A B

6. Dalam rajah di atas, sedikit daya diperlukan untuk mengangkat beban pada

gambar A kerana jarak beban dan fulkrum lebih dekat. Manakala lebih banyak

daya diperlukan untuk mengangkat beban di gambar B kerana jarak beban dan

fulkrum lebih jauh.

7. Mesin ringkas membantu menyelesaikan masalah. Contohnya, jika ingin megecat

dinding rumah, kita menggunakan berus cat. Berus cat ini adalah daripada mesin

ringkas jenis tuas.

8. Mesin kompleks ialah alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu

mesin ringkas.

9. Berikut merupakan contoh mesin kompleks berserta gabungan mesin ringkas

yang menbentuknya:

Mesin kompleks Gabungan mesin ringkas


Pisau Baji, tuas
Gunting Baji, skru
Gerudi tangan Roda dan gandar, skru, baji

10. Mesin kompleks yang baik mestilah bersifat lestari.

11. Mesin lestari ialah mesin yang tahan lama, tidak mudah rosak, memjimatkan kos,

mesra alam, mudah dan selamat digunakan.

12. Contohnya, basikal ialah mesin lestari kerana basikal mudah digunakan dan tidak

mencemarkan alam sekitar kerana tanpa penggunaan bahan api fosil.

11
©WLS&SJ

Aktiviti tambahan

Arahan: kenal pasti isitilah yang dihuraikan dalam setiap ayat berikut dengan menyusun

semula huruf dalam kurungan yang diberikan.

1.____________________ (mneis kasring) alat yang membolehkan kita melakukan

kerja dengan lebih mudah dan cepat

2.____________________ (sinme lekskomp) alat yang terdiri daripada gabungan

lebih daripada satu mesin ringkas

3.____________________ (sinme tariles) mesin yang tahan lama, tidak mudah

rosak, memjimatkan kos, mesra alam, mudah dan

selamat digunakan

4.____________________ (tahsa ongcond) Satu permukaan rata yang


disendengkan dengan satu bahagian hujungnya
diletakkan pada ketinggian berbeza
5.____________________ (rusk) Alat yang berbentuk silinder beralur yang dapat
dimasukkan ke dalam sesuatu ruang
6.____________________ (kalta) Alat terdiri daripada satu roda beralur yang
membolehkan tali melaluinya
7.____________________ (daro nad dargan) Terdiri daripada roda yang dipasang
pada sebatang rod yang dinamakan gandar
8.____________________ (astu) Untuk mengangkat dan mengumpil sesuatu beban
objek
9.____________________ (grge) Berfungsi untuk mengubah arah dan kelajuan
pergerakan bahagian-bahagian lain dalam satu mesin
yang lebih kompleks
10.____________________ (jiba) Digunakan memotong serta menggerakkan,
memegang dan memberhentikan objek

12
©WLS&SJ

Apa yang sudah dipelajari


Arahan: jawab soalan berikut

1. Jika kamu mahu menaikkan bendera ketika perhimpunan pagi di sekolah. Apakah satu

mesin ringkas yang sesuai digunakan?

__________________________________________________________

2. Kamu mahu memotong batang kayu untuk digunakan sebagai kayu api. Namakan satu mesin

ringkas yang sesuai digunakan agar kayu dapat dipotong dengan mudah.

__________________________________________________________

3. Senaraikan tiga mesin ringkas yang terdapat pada kereta sorong

i.___________________________

ii.__________________________

iii._________________________

4. Apakah dua mesin ringkas yang bergabung dalam mesin kompleks cangkul?

i.___________________________

ii.__________________________

5. Memotong rumput menggunakan mesin rumput lebih lestari berbanding memotong

rumput menggunakan parang. Berikan sebab mengapa mesin rumput lebih lestari?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

6. Lengkapkan ayat berikut berdasarkan gambar di bawah

Semakin____________ jarak beban dari fulkrum, semakin____________daya yang

diperlukan untuk mengangkat beban

13
©WLS&SJ

Hari ke-4

Aplikasi
Arahan: Pilih 2 mesin kompleks di rumah kamu. Lakarkan mesin kompleks tersebut dan label mesin

ringkas yang terlibat. Kemudian, nyatakan apakah masalah yang telah diselesaikan dengan adanya

mesin tersebut (Apakah kegunaan mesin itu?). Tidak perlu risau jika KURANG yakin melakar.

LAKAR mengikut kemampuan kamu. YAKIN BOLEH.

Mesin kompleks 1:

Mesin kompleks 2:

14
©WLS&SJ

Hari ke-5

Adakah saya sudah menguasai?

Arahan: bulatkan jawapan kamu. Setiap soalan yang dijawab dengan tepat akan

memberikan kamu 1 markah.

1. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Alat yang terdiri daripada roda yang dipasang pada sebatang rod yang
dianamakan gandar
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Roda dan gandar
C Baji
D Gear

2. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Alat yang runcing pada hujungnya
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Roda dan gandar
C Baji
D Gear

3. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Alat yang terdiri daripada bahagian roda bergigi
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Roda dan gandar
C Baji
D Gear

15
©WLS&SJ

4. Apakah maksud mesin kompleks?


A Alat yang menggunakan mesin untuk membantu manusia
B Alat yang membantu manusia melakukan kerja yang ringkas sahaja
C Alat yang membolehkan kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat
D Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin ringkas

5. Gunting merupakan salah satu contoh mesin komplekas. Apakah mesin ringkas
yang terdapat pada gunting?
A Satah condong, baji, tuas
B Baji, skru
C Skru, satah condong
D Takal, tuas, satah condong

6. Rajah menujukkan satu aktiviti yang dilakukan

Kenal pasti jenis mesin ringkas yang ditunjukkan pada gambar di atas
A Tuas
B Baji
C Skru
D Satah condong

16
©WLS&SJ

7. Rajah menujukkan satu aktiviti yang dilakukan

C A

Kenal pasti kedudukan fulkrum, daya dan beban berdasarkan gambar di atas
A A-fulkrum, B-Daya, C-Beban
B A-Beban, B-Daya, C-Fulkrum
C A-Beban, B-Fulkrum, C-Daya
D A-Daya, B-Fulkrum, C-Beban

8. Apakah maksud mesin ringkas?


A Alat yang menggunakan mesin untuk membantu manusia
B Alat yang membantu manusia melakukan kerja yang ringkas sahaja
C Alat yang membolehkan kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat
D Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin ringkas

9. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Satu permukaan rata yang disendengkan dengan satu bahagian yang
hujungnya diletakkan pada ketinggian yang berbeza
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Tuas
C Satah condong
D Takal

17
©WLS&SJ

10. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Alat berbentuk silinder beralur yang dapat dimasukkan ke dalam sesuatu
ruang dengan memutarkannya
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Tuas
C Satah condong
D Takal

11. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Terdiri daripada sebatang rod yang diletakkan di atas fulkrum
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Tuas
C Satah condong
D Takal

12. Jawab soalan berdasarkan kenyataan di bawah


Alat yan terdiri daripada satu roda beralur yang membolehkan tali
melaluinya
Apakah mesin ringkas yang dimaksudkan dalam pernytaan di atas?
A Skru
B Tuas
C Satah condong
D Takal

Markah /12

Markah pengetahuan sedia ada Markah adakah saya sudah menguasai?

18

Anda mungkin juga menyukai