Anda di halaman 1dari 25

Ciri-Ciri Guru Cemerlang

Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan
pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk
membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang
contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten
supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang
dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau
humorous (jenaka) dan tegas.
2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar,
pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan
keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.

Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk
Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan
pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms.
173 – 178): 1. Kecemerlangan Peribadi

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

 Nilai kendiri yang positif


 Berakhlak mulia
 Adil
 Bertimbang rasa
 Amanah
 Bertanggung jawab
 Kreatif
 Inovatif
 Kemas
 Sikap sedia berkongsi
 Bersikap terbuka
 Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan


kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

 Mengamalkan budaya ilmu


 Berkebolehan menyelesaikan masalah
 Membuat keputusan yang rasional serta objektif
 Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing
3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh
warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan
kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru
cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

 Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.


 Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
 Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
 Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi

 Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti
kurikulum dan kokurikulum.
 Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional,
seminar, bengkel.
 Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada
pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

 Adil
 Sabar
 Tegas
 Konsep kendiri positif
 Kesungguhan
 Mesra
 Prihatin
 Kerjasama
 Menepati masa
 Bertanggung jawab
 Berakhlak mulia
 Kecindan (unsur jenaka)
Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas
iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara
kita masa kini.

Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di
United Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita,
terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;
1.  Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam
2. Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya
3. Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar
4. Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik
5. Menggunakan masa dan sumber secara berkesan
6. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar
7. Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari
pelajar di sekolah

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang


berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah
menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
         Bersikap profesional.
         Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
         Kaya ilmu.
         Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
         Bermoral teguh.
         Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
         Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
         Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
         Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
         Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik
unggul pada setiap masa.
         Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
         Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
         Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
         Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,
berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
         Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
         Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
         Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG

• Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah
pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar
serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar
pelbagai kebolehan

• Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan
prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia
ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia
ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

• Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan
berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil
pengajaran di dalam bilik darjah.

• Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang
adakalanya dilekatkan di dinding kelas .

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti
berikut:

• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya. 


• Komitmen yang menyeluruh.
• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan
yang bernas.
• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber
inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua
golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.
1.KECEMERLANGAN PERIBADI

*Mempunyai keyakinan diri


*Berakhlak dan bermoral
*Bersikap adil dan bertimbang rasa
*Beramanah dan bertanggungjawab
*Kreatif dan inovatif
*Sentiasa mengurus diri dengan kemas
*Sedia berkongsi dan berkerjasama
*Bersikap terbuka
*Bersikap positif

2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN

*Mengamalkan budaya ilmu


*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif
*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja
*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat,
dokumentasi
dll.
*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program
tindakan susulan
*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p
*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

*Pengurusan keceriaan bilik darjah.


*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.
*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.
*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk
menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .
*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .
*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.
*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.
*Sentiasa merangsang murid berfikir.
*Merancang pelajaran yang baik.
*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.
*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan
dengan penuh komitmen.
*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .

 ESEI
Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang

1.0  Pendahuluan

Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam
bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi
negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih.
Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik
memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat
rencam dan kompleks.
Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan
memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan
jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran
dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas
sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan
selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu
teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas yang
terpenting ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai,
norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika
perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi  sekolah dan negara mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menyatakan: …suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat  Membangunkan sistem
pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan  mematuhi aspirasi Negara Malaysia. Sesungguhnya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting
untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah,
2004). Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan
aktiviti yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan
dilahirkan melalui sistem pendidikan negara. 3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam
Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat
ketinggian dalam  pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma bermaksud
ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi
kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Adab bermaksud
tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan),
berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral
atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan,
persatuan atau pekerjaan dan lain-lain .  Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di
Malaysia ialah dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada penjawat awam
berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang
bertamadun, bermaruah dan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini
akan mengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar
bertanggung jawab dan amanah, membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun
danmerealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam
berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.
4.0 Tonggak Dua Belas

4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas


Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam
Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin
Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara di Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di
Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur. Tonggak Dua Belas merangkumi dua belas nilai murni
teras dalam Etika Perkhidmatan Awam. 4.2Nilai Murni dalam Tonggak Dua Belas

4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time)

4.2.2Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success o Perseverance)


4.2.3Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)

4.2.4Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of  Simplicity)


4.2.5Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)
4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)
4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)
4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)
4.2.9Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy)
4.2.10Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)
4.2.11Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)
4.2.12Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)

5.0Kepentingan Tonggak Dua Belas Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga; “Tonggak
membawa maksud asas, dasar, panduan dan pokok kepercayaan“
Ini bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri dalaman terpenting untuk
menguat atau mengukuhkan sesuatu bangunan atau binaan. Dalam erti perkhidmatan,
tonggak merupakan kekuatan dalaman yang meliputi nilai dan amalan positif
bagi menggerakkan individu, pasukan atau organisasi untuk mencapai sesuatu hasrat dan
tindakan.

5.1T onggak Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di
Malaysia oleh semua penjawat awam di Malaysia mampu menggerakkan secara dalaman
dan luaran.tindakan individu, pasukan atau organisasi bagi mengwujudkan perkhidmatan
awam yang cekap, berdedikasi, produktif dan berkualiti. Amalan-amalan murni dalam
Tonggak Dua Belas menjadi pendorong dalaman dan benteng pertahanan yang kuat bagi
membina peribadi mulia dan terpuji dan seterusnya berupaya mempengaruhi pembentukan
dan perkembangan sesebuah organisasi.

5.2 Menerusi nilai Menghargai Masa, penjawat awam menyedari kepentingan masa dalam
segala urusan perkhidmatan. Jika cekap mengurus masa maka cekaplah sesuatu
perkhidmatan.Penjawat awam perlu sentiasa menepati masa, berperancangan,
menyegerakan tugas, kreatif, produktif dan berkualiti. Amalan menghargai masa ini juga
dapat membasmi sikap suka membuang masa, kurang perancangan, suka bertangguh,
tidak siap kerja dan memberi hasil yang tidak berkualiti.

5.3 Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya membina tumpuan atau fokus kerja
yang berganda ke tahap kejayaan dan kesempurnaan dalam perkhidmatan. Penerapan nilai
usaha, gigih, sabar, tabah, berdisiplin, berdedikasi bersemangat waja, cekal dan sebagainya
merupakan ramuan terpenting bagi meletakkan pencapaian organisasi ke tahap yang
terbaik. Amalan Ketekunan Membawa Kejayaan akan melenyapkan budaya bertangguh,
cepat bosan, sentiasa ingin bertukar kerja, pasif, membazir dan berpandangan negatif
dalam kalangan penjawat awam.

5.4 Kerja sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusi


nilai Keseronokan Bekerja dalam Tonggak Dua Belas. Amalan positif nilai ini akan melahirkan
penjawat awam yang berdedikasi, ikhlas danbertanggungjawab. Mereka bangga dengan kerja
berpasukan. Mereka menerima kejayaan dan kegagalan secara bersama. Mereka mempunyai
komitmen tinggi, semangat berpasukan, mesra dan mementingkan organisasi daripada
kepentingan peribadi. Budaya seronok di tempat kerja akan mencetuskan idea yang kreatif
dan inovatif dalam kalangan pemimpin organisasi untuk merancang, mengurus dan
melaksanakan iklim yang kondusif di tempat kerja.

5.5 Bersederhana dalam semua perkara merupakan


perbuatan terpuji. Begitulah nilai Kemuliaan Kesederhanaan dalam Tonggak Dua Belas.
Kesederhanaaan dalam penampilan diri, pertuturan, pengurusan rumah tangga, pengurusan
tempat kerja, pergaulan dan sebagainya berupaya menerapkan nilai budi pekerti mulia, jujur,
disenangi, merendah diri dan berhemah tinggi dalam kalangan penjawat awam.
Kesederhanaan dalam segala perkara akan mengelakkan penjawat awam bersikap
sombong, membazir, tidak amanah, cuai dan sebagainya.

5.6 Negara memerlukan penjawat awam yang beradab dan


berbudi pekerti tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi dalam Tonggak Dua Belas menuntut individu
antara lain memiliki keperibadian yang mulia, luhur lagi terpuji dalam menguruskan
perkhidmatan. Keperibadian tinggi terserlah menerusi watak, sikap, perilaku dan gaya.
Penjawat awam yang memiliki Ketinggian Peribadi akan membawa organisasinya kepada
mesra pelanggan, peningkatan motivasi berkerja dan peningkatan mutu kerja.

5.7 Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan disukai ramai.
Nilai Kekuatan Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua Belas menjamin penjawat awam bukan
sahaja memiliki peribadi terpuji malah mengawal sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini
mendorong individu menjalankan kewajipan dengan lebih adil, saksama, waras, wajar dan
bertimbang rasa. Menjadikan nilai ini sebagai amalan dalam perkhidmatan awam akan
mengwujudkan budaya saling menghormati, menerima kritikan membina, amanah dan
berjiwa murni.

5.8 Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti memberi contoh atau teladan yang
terpuji. Teladan yang baik akan mempengaruhi orang yang dipimpin. Begitulah hasrat nilai
Pengaruh Teladan dalam Tonggak Dua Belas. Kejayaan organisasi dipimpin oleh pemimpin
yang mempunyai pengaruh yang hebat. Pemimpin bukan sahaja mencorakkan
organisasinya malah berganding bahu bersama orang yang dipimpin menerusi ilmu,
kemahiran dan pengalaman pemimpin. Aspek ini lebih berkesan jika seseorang pemimpin
dapat memimpin menerusi teladan yang baik. Penjawat awam yang memiliki nilai ini akan
sentiasa menjauhi nilai negatif seperti hasad dengki, adu domba, mencipta alasan, lupa
budaya, pendek akal dan mementingkan emosi.

5.9 Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan


yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah
Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan
penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan
sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah ilmu dan kemahiran bagi
mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai Kewajipan
Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas,
ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja .

5.10 Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia.


Berhemat lawannya boros. Orang yang boros selalu rugi dan susah dalam kehidupan. Inilah
yang disemai melalui nilai Kebijaksanaan Berhemat dalam Tonggak Dua Belas. Nilai ini
membawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa, bahan komunikasi, bekalan utiliti dan
sebagainya. Pengamalan nilai ini merupakan tindakan bijaksana bagi semua penjawat
awam dalam memajukan kerjaya dan matlamat organisasi. Oleh itu nilai tersebut
meyakinkan bahawa sifat boros, bermewah, berbelanja tanpa kawalan, bakhil, kurang peka,
kurang maklumat dan sebagainya merupakan amalan negatif yang menghalang
kecemerlangan kerjaya dan organisasi.

5.11 Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud “ Sabar itu salah satu dari cabang iman “.
Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Menerusi nilai Keutamaan
Kesabaran dalam Tonggak Dua Belas dapat menjamin keupayaan yang tinggi di kalangan
penjawat awam agar sentiasa tabah, bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang,
lapang dada, dan menerima takdir dalam urusan menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini
juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa, mengalah, menyalahkan orang lain,
lemah daya tahan dan berpandangan sempit.

5.12 Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu digilap dan


dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bakat mendorong kepada penciptaan, inovasi dan
penyelesaian masalah. Pekerja yang berbakat menjadi aset penting dalam sesebuah
organisasi. Inilah yang dipentingkan oleh Nilai Peningkatan Bakat dalam Tonggak Dua
Belas. Organisasi yang sentiasa berjaya selalu memberi tumpuan kepada pemikiran baru,
cara baru, watak baru dan kerja berbudaya.
5.13Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasa
puas jika segala usaha yang dicurahkan mendatangkan kejayaan. Apatah lagi usaha itu
diperolehi melalui hasil cipta atau hasil reka sendiri. Oleh itu nilai Nikmat Mencipta dalam
Tonggak Dua Belas memberi ruang kepada penjawat awam berkarya dan berinovasi
mencabar keintelektualan dalam mencetus idea dan kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat
mencipta ini bukan sahaja memberi impak kepada pereka tetapi juga memberi kepuasan
kepada pengguna atau pelanggan. Nilai ini juga akan mengikis sifat cepat berpuas hati,
tidak suka pembaharuan, takut kepada perubahan dan sebagainya.

6.0 Pengamalan Tonggak Dua Belas di Sekolah


Memandangkan tugasan yang di beri kepada penulis untuk memilih lima nilai dalam
Tonggak Dua Belas, maka penulis memilih lima nilai yang dikenalpasti.
Penulis merupakan seorang Pengetua di sekolah menengah luar bandar yang
terletak di kawasan FELDA. Sekolah ini di buka pada 1 Januari 2003. Ketika ini sekolah
mempunyai kelayakan guru seramai 44 orang, 24 bilik kelas dan bilangan murid sekitar 730
orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Penulis memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk penghuraian bagaimana
nilai ini diamalkan di sekolah ini. Nilai–nilai tersebut ialah:-
a. Menghargai Masa
b. Ketekunan Membawa Kejayaan
c. Keseronokan Bekerja
d. Pengaruh Teladan
e. Kewajipan Menjalankan tugas
6.1 Menghargai Masa
6.1.1 Menepati Masa
Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga
dari emas. Guru-guru diterapkan budaya menepati masa melalui pengurusan berikut: -
a. Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi
hingga jam 2.00 petang. Guru dan murid dikehendaki datang awal ke sekolah dan mula diurus
dengan mencatat kehadiran mereka.
b. Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren menandakan waktu pembelajaran
bermula, berakhir atau pertukaran mata pelajaran seperti yang terdapat dalam jadual waktu
persekolahan. Guru mengamalkan budaya menepati masa apabila masuk dan keluar pada
waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
c. Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti lain seperti aktiviti kelas tambahan,
aktiviti kokurikulum dan aktiviti bina insan. Kakitangan sekolah juga mengamalkan aktiviti
menepati masa dalam menyiapkan tugasan untuk sekolah, PPD, JPN, KPM dan organisasi
lain. Guru diterapkan budaya “sense of emergency” dan “sense of urgency”. Sebagai langkah
kawalan senarai semak tugasan yang melibatkan keakuran menepati masa disediakan seperti
Buku Surat Masuk, Buku Surat Kkeluar, Papan Kenyataan Pergerakan Guru dan sebagainya.

d. Sebagai membina watak sekolah, guru–guru dan kakitangan sekolah dinasihati agar
menepati masa semasa menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya yang
dianjurkan oleh mana-mana pihak. Nasihat ini bertujuan agar warga sekolah ini
berketrampilan dalam menepati masa dan membina sifat terpuji sebagai penjawat awam
yang baik.
6.1.2 Merancang Pengurusan Masa
Sesi persekolahan setahun mengambil masa tidak kurang dari 205 hari. Masa yang
diberi amat singkat untuk menguruskan perancangan kerja tahunan. Masa yang diberi harus
diurus dengan baik agar sasaran kerja
tahunan dan sasaran kerja tambahan dapat dicapai. Langkah berikut diambil agar warga
sekolah berjaya mengamalkan budaya merancang pengurusan masa iaitu :

a. Merancang takwim tahunan sekolah pada awal tahun. Takwim tersebut meliputi takwim
kurikulum, takwim kokurikulum, takwim peperiksaan dalaman dan awam, takwim sukan dan
permainan, takwim kewangan dan audit, takwim bimbingan dan kaunseling, takwim program
PIBG dan NGO dan sebagainya.

b. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing untuk mengurus masa dengan bijak melalui
pendekatan “yang utama diutamakan dahulu“, memiliki senarai semak, sentiasa peka
kepada “target date“ dan sebagainya. Sebagai contoh guru mata pelajaran perlu melihat
kapasiti huraian sukatan pelajaran, kebolehan murid, jadual peperiksaan dan masa yang
diperuntukkan untuk menjamin hasil yang cemerlang pada hujung tahun.

6.1.3 Menyegerakan tugas Hari ini banyak tugasan perlu disiapkan segera dan mestilah
berkualiti. Sekolah mengambil langkah berikut agar budaya menyegerakan tugas berjaya
diamalkan di sekolah

6.2.1Menjayakan visi, misi , prinsip dan target sekolah.

a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga sekolah bergerak bersama komuniti bagi
merealisasikan misi dan visi ini dengan tekun dan gigih.

b. Sekolah membina prinsip dan target agar hasrat visi dan misi tercapai. Antaranya seperti
prinsip semua murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target pencapaian 100%,
peningkatan prestasi peperiksaan setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan, kehebatan
karisma dan sebagainya mencetus situasi mencabar dalam kalangan warga sekolah yang
menuntut amalan gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi, sanggup berkorban demi kejayaan
sekolah.

c. Kejelasan dan penghayatan perkara di atas juga menuntut warga sekolah menambah ilmu,
kemahiran dan perubahan sikap. Ketekunan warga sekolah memulakan proses dengan
pengumpulan segala data, menyusun maklumat, membina ilmu dan kebijaksanaan, mengatur
strategi, melaksana program dan melakukan penilaian menjadi proses penting
untuk mencapai visi, misi dan target sekolah.

6.2.2Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatan


dan Kesepunyaan.
a. Ketekunan dan kegigihan melakukan sesuatu kerja boleh membina pasukan kerja.
Kehebatan pencapaian sekolah terserlah jika memilikipasukan kerja yang tekun dan gigih.
Permuafakatan bermakna melakukan kerja secara bersama-sama. Penglibatan bermaksud
semua individu terlibat dan penting. Kesepunyaan bermaksud segala yang berlaku adalah
milik bersama. Semua warga sekolah disemai budaya ini. Warga sekolah begitu tekun dan
bersemangat melaksanakan sebarang aktiviti daripada aktiviti kecil seperti menguruskan
skuad bolasepak, sembahyang Zohor berjemaah di surau sekolah, menubuhkan pasukan
pantun, hari keluarga, sukan tahunan sekolah, mesyuarat agung PIBG hinggalah aktiviti besar
seperti program prestasi untuk PMR dan SPM, Dasar 60:40, PPSMI, pengurusan hal ehwal
murid, program bersama PPD, JPN dan KPM.

6.2.3Mencetuskan semangat “Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan“


a. Guru-guru baru dibimbing bersama guru lama dalam berkongsi segala pengalaman,
kepakaran dan komitmen kerja. Sebagai contoh guru-guru baru dilantik sebagai pembantu
kepada guru lama dalam setiap program atau projek. Mereka bekerjasama untuk mencapai
target sekolah. Secara tidak langsung budaya kerja ketekunan membawa kejayaan berjaya
diterap kepada guru baru.

b. Budaya “in house training” turut diamalkan di sekolah. Melalui pendekatan ini penyebaran
dan perkongsian ilmu berlaku. Guru perlu kaya dengan maklumat baru dan memiliki
pelbagai kemahiran dalam menangani masalah murid. Guru juga perlu memiliki pelbagai
pilihan proses untuk mencapai matlamat. Melalui usaha ini diharap warga sekolah sentiasa
mempertingkatkan ilmu dan kemahiran serta berpeluang menggunakan berbagai–bagai cara
mengatasi masalah. Sebagai contoh guru tidak boleh patah semangat andai usaha untuk
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid belum berjaya. Guru
perlu tekun mencuba berbagai– bagai kaedah dan pendekatan untuk memastikan
matlamat tercapai. Ketekunan dan kegigihan inilah yang menghasilkan mutu kerja
cemerlang selaras dengan hasrat pencapaian hari esok adalah lebih baik daripada hari ini
dan pencapaian hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam.

6.3 Keseronokan Bekerja


Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan
meningkatkan produktiviti pekerja, pihak pengurusan hendaklah menjadikan kerja lebih
menyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja itu. Antara berikut beberapa contoh
aktiviti yang diambil oleh pihak sekolah untuk menerapkan amalan Keseronokan Bekerja.

6.3.1 Mengganggap Kerja Sebagai Ibadah


a. Warga sekolah disemai kesedaran dan kefahaman menganggap kerja sebagai ibadah.
Permulaan kerja mereka dimulakan dengan niat. Niat itu adalah target (Hj Sobirin, 2002).
Nilai diterap melalui perjumpaan guru, mesyuarat, pembengkelan dan majlis–majlis ilmu.
Budaya membaca doa, bacaan Asma Al Husna, bacaan Al Quran, sembahyang hajat,
sembahyang berjemaah, majlis membaca Yassin dan majlis-majlis kesyukuran yang
diadakan di sekolah antara lain bertujuan tidak memisahkan kerja dengan ibadah. Warga
sekolah menyedari bahawa mereka pasti berusaha bersungguh-sungguh dan
mereka redha dengan ketentuan Tuhan.
6.3.2 Mengwujudkan budaya berilmu dan berfikir

a. Warga sekolah digalakkan meneroka ilmu pendidikan terkini melalui pembacaan, seminar,
menghadiri kursus dan “in house training”. Sekolah membeli buku–buku pendidikan,
menyebar luas naskah- naskah pendidikan, menghantar guru berkursus mengikut agihan
tugas dan mengadakan “in house training” pada hari Sabtu.

b.Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti panitia melalui
perbincangan, mesyuarat dan kajian kes.

c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea dan kepakaran melalui penulisan kertas kerja,
laporan aktiviti, perkongsian pintar dan lain-lain.

6.3.3 Mengwujudkan iklim kondusif

a.Membina kawasan sekolah yang kondusif


seperti selamat, bersih dan ceria.

b.Mengwujudkan komunikasi yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan cepat,


jelas dan mudah difahami. Berlaku perkongsian maklumat dan penyegeraan kepada tindak
balas kepada maklumat.

6.3.4 Menyediakan kemudahan asas dan kebajikan

a.Meningkatkan kemudahan asas sekolah seperi padang permainan, aktiviti sukan dan
permainan, bilik komputer, bilik guru dan kantin sekolah.

b.Kebajikan warga sekolah diberi perhatian


seperti rumah guru dan peningkatan kerjaya guru.

6.3.5 Menjadikan kerja sebagai cabaran

a.Memberi peluang dan kebebasan kepada


guru untuk membuktikan kebolehan seperti guru baru
mengajar di kelas peperiksaan, jurulatih baru olahraga,
setiausaha PIBG dan sebagainya.

b.Meningkatkan taraf profesionalisme guru- guru dengan penggunaan maklumat yang


berinovasi seperti analisis data, borang potensi pencapaian murid, Folio A, Folio B, Target,
Nilai Mula, Program Utama, Program Sokongan, Program Sampingan, Gred Purata,
Pensijilan Terbuka dan sebagainya.
6.3.6 Menjadikan “Sekolah Ku Rumah Ku“

a.Mengadakan Hari Keluarga, Sambutan Hari Raya, Majlis Korban, Majlis Perpisahan dan
sebagainya di sekolah.

b.Mengadakan persatuan guru seperti Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah untuk aktiviti
sosial, agama dan kebajikan.

c.Sekolah bersedia menjadi penganjur program PPD, JPN, NGO dan sebagainya sebagai
usaha promosi sekolah dan membina watak sekolah.

d.Mengwujudkan hubungan yang akrab antara ibu bapa dengan komuniti yang lain.
6.4 Pengaruh Teladan
6.4.1 Menerapkan Kepimpinan Melalui Teladan
a. Pengetua dan Guru Penolong Kanan sebagai pemimpin sekolah menjadi contoh dan
teladan kepada warga sekolah. Pemimpin sekolah sebagai model penjawat awam yang baik
dengan mengamalkan nilai- nilai murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak,
beretika dan mendukung dasar-dasar negara. Sebagai contoh pemimpin sekolah sentiasa
menepati masa, pembersih, mementingkan perpaduan, mengutamakan pelanggan dan
mementingkan keselamatan.

b.Pemimpin sekolah mengamalkan amalan- amalan murni seperti yang tercatat dalam Nilai
dan Etika Perkhidmatan Awam dan Tonggak Dua Belas dan berusaha menerapkannya dalam
kalangan warga sekolah.

c.Pemimpin sekolah sentiasa bersungguh- sungguh mencapai visi dan misi sekolah. Usaha
ini menggambarkan pihak sekolah bercita-cita besar untuk menjadi sekolah cemerlang.
Semua jentera sekolah digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga sekolah disemai
kecenderungan meningkatkan standard prestasi yang tinggi. Hasrat ini bertujuan melahirkan
warga sekolah berprestasi tinggi, berinspirasi dan berkualiti. Mereka merupakan pemimpin
masa depan.
d.Pemimpin sekolah sentiasa menyokong dan turun padang bersama warga sekolah yang
lain dalam melaksanakan sebarang aktiviti seperti latihan sukan
perkhemahan unit pakaian seragam, projek keceriaan
sekolah dan sebagainya.

6.4.2 Menerapkan Kepimpinan Instruksional


Ishak (2003) menekankan kepimpinan intruksional ialah memberi penekanan kepada
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Shimniok dan Schmoker (1992) mengatakan kepimpinan instruksional masih dan
tetap penting dalam organisasi sekolah kerana “core busines“ sekolah ialah pengajaran
dan pembelajaran. Sehubungan itu pemimpin sekolah bertindak memberi contoh dan
teladan kepada sekolah melalui kepimpinan intruksional menerusi aktiviti berikut:-

a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti penyeliaan.

b. Membantu guru menjalankan kajian terhadap potensi murid melalui siri ujian dan
peperiksaan yang dijalankan.

c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman antara pemimpin sekolah dengan guru atau
antara guru dengan guru.

d. Sentiasa memupuk budaya membaca, belajar sepanjang hayat dan perkongsian bijak
dalam kalangan warga sekolah serta meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru melalui
kursus, bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh Panitia Daerah, PPD, JPN,
KPM dan sebagainya.

e.Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan galakan kepada guru dengan mengadakan
perbincangan mengenai potensi murid, prestasi murid, nilai mula, targert, latihan murid,
buku teks, format peperiksaan dan pentafsiran, “home learning” dan sebagainya.

f. Memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
sepertibilik darjah kondusif, alat bantu mengajar, penggunaan komputer, kelengkapan alatan
sains dan kemahiran hidup, pusat sumber sekolah dan sebagainya.

6.5 Kewajipan Menjalankan Tugas.


Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik ialah guru yang boleh
membuat pertimbangan profesional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu apa yang perlu
dilakukan. Mereka tidak menolak nasihat, sokongan atau perundingan kerana mereka tahu
bahawa idea ini menyerap dan menjadi pertimbangan guru itu sendiri. Namun, di dalam bilik
darjah hanya guru yang boleh menentukan dan membentuk pengajaran yang baik.

6.5.1 Menyemai sikap professional dan cekap


a. Memupuk kesedaran memahami dasar melalui visi dan misi sekolah. Sebagai contoh,
hasrat sekolah mencapai target 100% lulus dalam peperiksaan awam bertujuan menjamin
semua pelajar berpotensi lulus peperiksaan, tiada keciciran, tiada defisit pembelajaran dan
sebagainya.

b. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan inovatif. Tindakan yang dibuat bukan
berdasarkan andaian tetapi melalui kajian, pemerhatian, penyelidikan dan sebagainya.
Pembetulan segera perlu dibuat di setiap proses. Sebagai contoh gejala ponteng sekolah
ditangani bermula dari maklumat amaran awal hinggalah kepada sifar ponteng. Proses ini
memerlukan kemahiran prosfesional yang tinggi dan menuntut kecekapan individu-individu
yang terlibat.

c. Menggalakkan cetusan idea dan membina keputuasan bersama dalam kalangan warga
sekolah. Kaedah ini akan memberi kebebasan kepada warga sekolah memilih alternatif
terbaik bagi melaksanakan sesuatu kerja. Kefahaman yang jelas dan memahami prosedur
yang ditetapkan akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menjalankan kewajipan.

6.5.2 Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan


dan kemahiran
a. Warga sekolah lebih selesa jika tugas yang diberi bersesuaian dengan minat dan kemahiran.
Tugasan diberi mengikut kekananan, opsyen, pengalaman, “track record”, kepakaran dan
sebagainya. Senarai Jawatan Kuasa Sekolah dikeluarkan pada awal tahun meliputi jawatan
kuasa kurikulum, kokurikulum, keceriaan, bina insan dan sebagainya yang dianggotai oleh
guru-guru dari pelbagai aras kecenderungan dan kelayakan.

b.Pengagihan tugas ini juga berupaya membina pasukan kerja yang berwibawa. Mereka
bekerja dengan semangat pemuafakatan, keterlibatan dan kesepunyaan. Sebagai contoh,
Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu bertindak mengatasi masalah 3M dengan
menggembeleng semua ahli panitia bersama program yang telah dipersetujui.

c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan pencapaian semasa individu atau pasukan kerja
sekolah. Langkah ini akan memberi maklumat, berkongsi maklumat dan bertindak mengikut
maklumat. Individu atau pasukan yang belum mencapai prestasi yang diharapkan akan
terus berusaha meningkatkan kewajipan mereka. Maklumat yang dipamerkan itu seperti
prestasi ujian bulanan, senarai murid cemerlang atau potensi cemerlang, rekod pencapaian
atlit olahraga sekolah, taburan murid ponteng mengikut kelas, lokasi dan sebagainya.

7.0Penutup
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu
perkhidmatan awam berada pada tahap yang cemerlang. Usaha ini bukan sahaja
melibatkan penyediaan pelbagai prasarana bahkan pengenalan pelbagai nilai dan etika
perkhidmatan yang perlu dipatuhi dan disemai dalam diri penjawat awam. Oleh yang
demikian, Tonggak Dua Belas dilihat sebagai usaha murni bagi meningkatkan produktiviti
dan kualiti perkhidmatan anggota- anggota perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu
menjadikan nilai-nilai yang dibincangkan dalam kertas kerja ini sebagai pegangan asas bagi
melahirkan budaya kerja yang gemilang dan memastikan tahap perkhidmatan awam di
negara ini setanding dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan
sektor lain. Sewajarnya tanggapan masyarakat bahawa mutu perkhidmatan awam di negara
ini yang masih lemah, tidak cekap dan sering lewat dengan karenah birokrasi perlu diubah.
Penjawat awam seharusnya memberikan usaha yang terbaik dalam setiap pekhidmatan
mereka dan bukan hanya sekadar “melepaskan batuk di tangga” kerana berasa selesa
dengan kedudukan mereka pada hari ini. Mereka tidak boleh lagi bersikap sambil lewa
kerana cabaran yang menanti pada abad ke dua puluh satu ini semakin mencabar
Hal ini juga tidak terkecuali bagi perkhidmatan pendidikan. Kecemerlangan yang
dicapai oleh para pelajar dalam semua bidang banyak bergantung kepada mutu
perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru. Pengetua selaku ketua pemimpin sewajarnya
memastikan guru-guru sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan
mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai nilai keperibadian yang tinggi bagi
memastikan wadah pendidikan yang sempurna kepada pelajar dapat dicapai. Hal ini
bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

 Rujukan :

1. Akta Pendidikan Malaysia 1996.


2.Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam , (1991). INTAN
3.Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN
4.Standard Kualiti Pendidikan Malaysia–Sekolah, (2003).
Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.PKKP, (2002 ). Jabatan Pelajaran Pahang.
6.Hasan Langgulung,(1997). Asas-asas Pendidikan Islam.
KL:DBP
7.Ibrahim bin Mamat , (2001). Pengetua Sekolah
Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. KL: Kumpulan
Budiman Sdn . Bhd.

Ciri-Ciri Guru Cemerlang


Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang
kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai
insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan
Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti
yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru
cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama
iaitu:
1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana
kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.
2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah
dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan
lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas
prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar
kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober
2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 1. Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:
 Nilai kendiri yang positif
 Berakhlak mulia
 Adil
 Bertimbang rasa
 Amanah
 Bertanggung jawab
 Kreatif
 Inovatif
 Kemas
 Sikap sedia berkongsi
 Bersikap terbuka
 Berpemikiran positif
2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang
berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:
 Mengamalkan budaya ilmu
 Berkebolehan menyelesaikan masalah
 Membuat keputusan yang rasional serta objektif
 Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing
3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu
dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas
menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang
perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:
 Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
 Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
 Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
 Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.
4. Kecemerlangan Potensi
 Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan
dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
 Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus
profesional, seminar, bengkel.
 Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan
penyelidikan.
5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah
satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri
personaliti unggul seperti berikut:
 Adil
 Sabar
 Tegas
 Konsep kendiri positif
 Kesungguhan
 Mesra
 Prihatin
 Kerjasama
 Menepati masa
 Bertanggung jawab
 Berakhlak mulia
 Kecindan (unsur jenaka)
Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di
atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang
yang ada di negara kita masa kini.

Ciri Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:

- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji,

berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika


perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang

dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai

dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan

kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak

mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu

mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta

menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran

dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil

pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan

penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan

keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran,

menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi


penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran

komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan

menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk

kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu

usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program

pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya,

sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan

menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan

penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa

menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah


guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi

meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran

yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi  -ciri


Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:

- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji,

berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika

perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang

dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai

dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan

kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak

mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu

mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta

menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran


dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil

pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan

penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan

keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran,

menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi

penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran

komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan

menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk

kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu


usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program

pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya,

sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan

menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan

penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa

menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah

guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi

meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran

yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi

Anda mungkin juga menyukai