Anda di halaman 1dari 2

Ekonomi

 Bermotifkan untuk memperkukuhkan dan menjayakan usaha dalam


pembaharuan bidang ketenteraan, Nizam-i-Cedid.
 Usaha-usaha yang dilakukan Sultan Salim III:

 Memperkenalkan organisasi baru yang menguruskan sistem Irad-i-Cedid


untuk menstruktur semula pembiayaan Nizam-i-Cedid.
 Menghantar wakil-wakil ke luar negeri seperti ke negara Austria untuk
mengkaji tentang sistem kewangan di negara itu.
Contohnya, baginda telah menghantar Abu Bakar Latif ke Austria untuk
mengkaji sistem pentadbiran dan sistem kewangan.
 Pengenalan cukai baru seperti cukai tembakau, minyak spirit dan kopi.n
 Pemansuhan cukai-cukai yang tidak munasabah yang bertujuan untuk
mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
 Pungutan cukai hanya dilakukan oleh pegawai perbendaharaan yang
dilantik sahaja.
 Tanah yang dimiliki akan diambil alih atau dirampas jika tidak diusahakan
atau ditinggalkan.
 Pemulihan mata wang dengan memfokuskan terhadap perkembangan
perdagangan, pertanian dan pengeluaran besi.
 Memperluaskan perdagangan sehingga ke Eropah dan menjalinkan
hubungan dagang dengan mereka
 Melakukan peminjaman dengan negara Eropah untuk memperbaiki krisis
ekonomi yang kiat meningkat.
 Mempergiatkan usaha perlombongan besi

Kelemahan pembaharuan
 Hanya tertumpu kepada ketenteraan sahaja dan menyebabkan pembaharuan
ekonomi kurang berjaya
 Terpaksa bergantung harap dengan bantuan pemodal Barat sehingga terikat
dengan bantuan Barat.
 Keperluan hasil dagangan juga bergantung harap dengan aktiviti perdagangan
yang dijalankan di Barat
 Pemberian hak keistimewaan berdagang kepada British telah membuka jalan
kepada pihak Barat untuk mengusai perdagangan Uthmaniyah.
 Perkembangan aktiviti eksport import telah melenyapkan aktiviti ekonomi
tradisional
 Golongan pembesar kekurangan ahli yang pakar dalam merancang
pembangunan ekonomi sehingga berlakunya kemelesetan dan pembaziran
Misalnya, kewangan yang sedia ada hanya tertumpu dan dibazirkan untuk
ketenteraan semata-mata seperti mana yang dilakukan oleh Sultan Abdul Al-
Aziz.

Anda mungkin juga menyukai