Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PENILAIAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

SK ST. ANTHONY (M), BINTULU, SARAWAK.


1.0 PENGENALAN

Penilaian Pengurusan Kokurikulum merupakan satu mekanisme untuk


meningkatkan kemahiran dan kepimpinan dalam kalangan AJK Tertinggi kelab dan
persatuan, badan beruniform dan sukan serta permainan. Melalui pengurusan ini,
diharapkan agar AJK Kokurikulum dapat meningkatkan daya kepimpinan mereka
memimpin organisasi masing-masing bagi mencapai misi visi Unit Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Saint Anthony, Bintulu, Sarawak iaitu melestarikan aktiviti kokurikulum
yang berkualiti untuk melahirkan individu yang berketrampilan dan berdaya saing bagi
memenuhi aspirasi negara. Oleh itu satu pra penilaian dianjurkan untuk membantu ahli
jawatankuasa memahami bidang tugas masing-masing dan menganjurkan pelbagai
aktiviti untuk mengaktifkan organisasi mereka agar semua ahli dapat memanfaatkan
pelbagai kegiatan yang menyeronokkan dan menarik perhatian semua ahli untuk
sentiasa hadir setiap kali perjumpaan kokurikulum diadakan

2.0 OBJEKTIF
a) Agar dapat membimbing AJK untuk memimpin organisasi masing- masing
b) Agar dapat melatih AJK menyediakan kertas kerja program
c) Agar dapat membimbing AJK menyediakan laporan kewangan dan laporan
aktiviti.

3.0 TARIKH
05 November 2020

4.0 MASA
08.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

5.0 AHLI JAWATANKUASA


Pengerusi : Encik Francis Dampa Anak Inggor
(Guru Besar, SK St. Anthony (M), Bintulu)
Timbalan Pengerusi : Encik Mohamad Zaidi Bin Ismail
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Encik Voon Kai Siang

Penyelaras program : Puan Debora Duris Baga


AJK Buku Program : Puan Khairini Bt Junaidi
AJK Persiapan Tempat : Puan Kristaline
AJK Pendaftaran : Puan Polin Anak Siret
AJK Penilaian Program : Encik Franklin Jalang
AJK Makanan : Puan Sh. Naziah
AJK Persembahan Slaid : Cik Yusnitha Merang
AJK Dokumentasi : Cik Atika
6.0 CADANGAN TENTATIF PROGRAM
07.30 pagi : Ketibaan Pegawai-pegawai Penilaian (Pendaftaran).
08.00 pagi : Tayangan Slaid Pengurusan Kokurikulum SKSA.
08.15 pagi : Ucapan aluan Guru Besar – Encik Francis Dampa Anak Inggor.
08.30 pagi : Ucapan Ketua Penilai Pengurusan Kokurikulum.
08.45 pagi : Pegawai bergerak ke Tempat Penilaian.
08.50 pagi : Penilaian Bermula (semakan fail dan sebagainya)
10.30 pagi : Jamuan Ringan
11.00 pagi : Penyampaian Cenderamata dan Sesi Bergambar.
11.30 pagi : Bersurai

7.0 ANGGARAN KEWANGAN

No Perkara Jumlah (RM)


01 Fail Keras (Fail Timbul Putih) – 60 keping x RM10 RM600.00
02 Ink Printer (4 warna) – RM20 x 4 botol RM80.00
03 Makanan Jamuan – 25 orang x RM7.00 RM175.00
04 Sijil – 1 ream x RM60 RM 60.00
05 Cenderamata (plak) - 5 pegawai penilai x RM30 RM150.00
JUMLAH KESELURUHAN RM1065.00

8.0 PENUTUP
Diharapkan penilaian ini berjalan dengan lancar agar AJK dapat menjalankan
tugas dengan baik dan berkesan. Melalui program ini diharapkan agar ahli
jawatankuasa dapat berkhidmat dengan lebih baik mengikut bidang tugas
masing-masing.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………………………
(Encik Voon Kai Siang) (Encik Mohamad Zaidi Bin Ismail)
Setiausaha KK, SKSA Penolong Kanan Kokurikulum, SKSA

Diluluskan Oleh,

………………………………………..
(Encik Francis Dampa Anak Inggor)
Guru Besar, SK St. Anthony (M),
Bintulu, Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai