Anda di halaman 1dari 9

Inquiry-Based Science Education (IBSE): Rasional dan Matlamat

Lay Ah Nam, Koay Suan See, Nor’Aidah Nordin, Chin Chee Keong, Nor Azlina
Ghazali, A’ini Fariza Mohammad Yulan dan Mohammad Shahril-Liza Azahan

Pengenalan

Inkuiri secara saintifik

Istilah inkuiri merujuk kepada pendekatan yang digunakan untuk mencari penjelasan atau
maklumat dengan mengemukakan soalan. Dalam kata lain, inkuiri mengkehendaki seseorang itu
menjalani proses penyelidikan, penyiasatan atau 'mencari kebenaran'. Sama ada disedari atau
tidak, pendekatan inkuiri sebenarnya sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian terutamanya
dalam bidang pendidikan. Dalam konteks pendidikan, inkuiri boleh diaplikasikan bukan sahaja
dalam mata pelajaran sains malah beberapa mata pelajaran lain seperti sejarah, geografi, seni,
matematik, teknologi dan kejuruteraan. Inkuiri berlaku apabila soalan dikemukakan, lalu bukti
pun dikumpulkan, diikuti dengan pertimbangan terhadap beberapa kemungkinan penjelasan.
Inkuiri secara saintifik menjurus kepada pembangunan pengetahuan dan kefahaman tentang alam
ini, hasil daripada interaksi secara langsung dengan alam, dan pemerolehan data (sebagai bukti)
bagi menyokong penjelasan terhadap suatu fenomena atau peristiwa (Harlen, 2012, 2013).

Inkuiri secara saintifik bermula daripada penerokaan terhadap suatu objek, peristiwa atau
fenomena yang menimbulkan soalan, dan mencetuskan spekulasi (hipotesis) yang boleh
menjelaskan soalan berdasarkan pengetahuan yang telah diketahui sebelum ini. Spekulasi
(hipotesis) akan membawa kepada ramalan dan penyiasatan, sama ada melibatkan eksperimen
atau tidak, semasa menguji hipotesis. ‘Pengujian’ barangkali melibatkan eksperimen tetapi
pengumpulan data boleh juga dilakukan melalui pemerhatian semata-mata. Contohnya apabila
membuat pemerhatian terhadap pergerakan relatif bulan dan planet. Walau bagaimanapun,
perkara yang sering dilibatkan semasa pengujian ialah pengumpulan, analisis dan interpretasi
data. Ketiga- tiga perkara ini penting dalam menyediakan bukti berkaitan soalan yang
ditimbulkan dan hipotesis yang diuji. Setelah menguji pelbagai ramalan dan mengulangi
pengumpulan data, kesimpulan dapat dibuat demi menambah pemahaman mengenai peristiwa
atau objek yang dikaji. Sepanjang proses ini, para saintis akan membuat catatan dengan teliti,
merujuki hasil kerja saintis lain, membentangkan dan membincangkan idea dan prosedur mereka
dengan sainstis lain dalam persidangan dan melalui penulisan jurnal), serta berkongsi dapatan
mereka (Harlen, 2012).

Inkuiri dalam pendidikan sains

Inkuiri ke arah meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran abad ke-21 dan motivasi

Tujuan utama pendidikan sains adalah meningkatkan kefahaman murid, bukan sekadar
berkebolehan mengulang fakta dan menghafal pengetahuan. Melalui inkuiri, murid dapat
membina kefahaman hasil daripada pengalaman bermakna, berfikir dan menaakul sepanjang
proses inkuiri
berlangsung. Pendidikan sains berasaskan inkuiri mendorong pemahaman konsep dan
pembangunan kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Hal yang demikian kerana
pendidikan sains berasaskan inkuiri melibatkan pemikiran kritis, aktiviti kolaboratif,
pertimbangan terhadap alternatif dan komunikasi berkesan. Melalui kaedah pembelajaran biasa,
motivasi murid terhasil daripada kepuasan apabila memahami sesuatu yang sebelumnya tidak
difahami, dan bukan sekadar melalui pemerolehan ganjaran (Harlen, 2012).

Definisi

Global Network of Science Academies (IAP), Science Education Programme (2010) telah
mendefinisi pendidikan sains berasaskan inkuiri (IBSE) seperti berikut:

IBSE means students progressively developing key scientific ideas through learning
how to investigate and build their knowledge and understanding of the world
around. They use skills employed by scientists such as raising questions, collecting
data, reasoning and reviewing evidence in the light of what is already known,
drawing conclusions and discussing results. This learning process is all supported
by an inquiry-based pedagogy, where pedagogy is taken to mean not only the act of
teaching but also its underpinning justifications. (IAP, 2010, p.18)

Penerangan lanjut tentang definisi ini adalah seperti di Lampiran S1-1.

Rasional dan matlamat

Pembelajaran berasaskan inkuiri mendorong pemahaman dan pembangunan kemahiran yang


diperlukan oleh murid pada abad ke-21. Pendidikan sains harus membantu murid
membangunkan konsep sains utama (big idea) yang membolehkan mereka memahami peristiwa
dan fenomena yang relevan dalam kehidupan semasa dan masa depan mereka. Murid juga harus
membangunkan pemahaman tentang bagaimana idea dan pengetahuan sains dibentuk (iaitu
nature of science) serta kemahiran dan sikap yang terlibat dalam mencari dan menggunakan
bukti (Harlen, 2013).

Peranan amalan sains

Pembangunan pemahaman bergantung pada proses yang terlibat dalam membuat ramalan dan
mengumpul bukti untuk mengujinya dijalankan secara saintifik (Harlen, 2012). Melibatkan diri
dalam amalan sains membantu murid memahami bagaimana pengetahuan saintifik dibangunkan.
Penglibatan langsung seperti itu membolehkan mereka menghayati pelbagai pendekatan yang
digunakan untuk menyiasat, memodelkan, dan menjelaskan alam. Pengalaman sebenar ini juga
dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid, menarik minat mereka, dan memotivasi mereka untuk
terus belajar, serta membantu mereka menyedari bahawa sains adalah hasil daripada usaha
kreatif para saintis.
Any education that focuses predominantly on the detailed products of scientific labor
—the facts of science—without developing an understanding of how those facts were
established or that ignores the many important applications of science in the world
misrepresents science (National Research Council, 2012).

Walaupun penting untuk murid belajar cara belajar dan membangunkan kemahiran inkuiri,
namun perlu ada keseimbangan antara pembelajaran konseptual dan belajar tentang cara belajar.
Mempelajari cara menjawab soalan yang dikemukakan adalah tidak mencukupi, ia juga perlu
dijawab. Sebaliknya, mencari jawapan kepada soalan yang dikemukakan adalah tidak
mencukupi, murid juga perlu mengetahui bagaimana ia dijawab (Harlen, 2013).

Secara ringkas, pendidikan sains berasaskan inkuri (IBSE) seharusnya membangunkan:


 Pemahaman idea sains asas
 Pemahaman nature of science, inkuiri saintifik dan penaakulan
 Kompetensi mengumpul dan menggunakan bukti
 Sikap saintifik dan sikap terhadap sains
 Kemahiran yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat
 Kebolehan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa dan pewakilan yang
bersesuaian, termasuklah dalam bentuk tulisan/ teks, lisan dan matematik
 Penghayatan sumbangan sains kepada masyarakat dan bagaimana sains digunakan
dalam teknologi dan kejuruteraan.

Pelbagai matlamat dalam pendidikan sains

Sepanjang tempoh persekolahan wajib, pendidikan sains di sekolah sepatutnya bertujuan


membangunkan dan mengekalkan rasa ingin tahu murid tentang alam, serta mendorong murid
menghayati aktiviti saintifik dan memahami fenomena alam semulajadi.

Melalui pendidikan sains, murid harus membangunkan pemahaman big idea mengenai objek,
fenomena, bahan dan hubungan dalam alam semulajadi. Matlamat pendidikan sains bukanlah
memperoleh pengetahuan mengenai fakta dan teori semata-mata, tetapi mengembangkan idea
utama untuk memahami peristiwa dan fenomena yang berkaitan dengan kehidupan murid
(Harlen, 2010). Pendidikan sains juga berhasrat membangunkan big idea mengenai inkuiri
saintifik, penaakulan dan kaedah kerja, serta idea mengenai hubungan antara sains, teknologi,
masyarakat dan alam sekitar (Harlen, 2015).

A ‘big’ idea in science is one that applies to a range of related objects or


phenomena, whilst what we might call smaller ideas apply to particular observations
or experiences. For instance, that worms are well adapted to living in the soil is a
small idea; a corresponding big idea is that living things have evolved over very
long periods of time to function in certain conditions. (Harlen, 2010, p.8)
Matlamat pendidikan sains untuk membangunkan big idea telah diterima secara meluas dalam
kalangan pendidik sains. Murid harus dibimbing untuk membangunkan big idea of science dan
big idea about science (sila rujuk Lampiran S2-2) untuk membolehkan mereka memahami aspek
saintifik di alam sekeliling dan membuat keputusan yang tepat mengenai aplikasi sains dalam
kehidupan (Harlen, 2010).

Big ideas of science (Harlen, 2015)

• Semua jirim di Alam Semesta terdiri daripada dari zarah-zarah yang sangat kecil
All matter in the Universe is made of very small particles
• Objek boleh mempengaruhi objek lain yang terletak pada suatu jarak
Objects can affect other objects at a distance
• Mengubah pergerakan objek memerlukan daya bersih untuk bertindak ke atasnya
Changing the movement of an object requires a net force to be acting on it
• Jumlah tenaga di Alam Semesta sentiasa tetap tetapi dapat dipindahkan daripada satu
bentuk kepada bentuk lain
The total amount of energy in the Universe is always the same but can be transferred from
one energy store to another during an event
• Komposisi Bumi dan atmosferanya, serta proses-proses yang berlaku di dalamnya
membentuk bentuk muka Bumi dan iklimnya
The composition of the Earth and its atmosphere and the processes occurring within them
shape the Earth’s surface and its climate
• Sistem suria kita adalah bahagian yang sangat kecil daripada berjuta-juta galaksi di Alam
Semesta
Our solar system is a very small part of one of billions of galaxies in the Universe
• Sel merupakan unit asas organisma, dan organisma mempunyai jangka hayat yang terhad
Organisms are organised on a cellular basis and have a finite life span
• Organisma memerlukan bekalan tenaga dan bahan yang diperoleh daripada organisma
lain, atau disaingi dengan organisma lain
Organisms require a supply of energy and materials for which they often depend on, or
compete with, other organisms
• Maklumat genetik diwarisi daripada satu generasi organisma kepada generasi yang lain
Genetic information is passed down from one generation of organisms to another
• Kepelbagaian organisma, sama ada hidup atau pupus, adalah hasil evolusi
The diversity of organisms, living and extinct, is the result of evolution

Pendidikan sains bukan sahaja menekankan pemahaman konsep atau idea yang menjelaskan
objek, peristiwa atau fenomena yang sedang berlaku, malah bertujuan lain seperti
membangunkan:
• Kefahaman tentang nature of science
• Keupayaan yang diperlukan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sains
• Sikap saintifik dan sikap terhadap sains
• Penghayatan hubungan sains dengan mata pelajaran lain, terutamanya teknologi,
kejuruteraan dan matematik.
Big ideas about science: Nature of science (Harlen, 2015)

• Sains adalah mengenai mencari sebab atau penyebab fenomena di alam semula jadi
Science is about finding the cause or causes of phenomena in the natural world
• Penjelasan, teori dan model saintifik adalah berasaskan bukti yang ada pada waktu
tertentu
Scientific explanations, theories and models are those that best fit the evidence available at
a particular time
• Pengetahuan yang dihasilkan oleh sains digunakan dalam bidang kejuruteraan dan
teknologi untuk membina produk demi memenuhi keperluan manusia
The knowledge produced by science is used in engineering and technologies to create
products to serve human ends
• Aplikasi sains sering mempunyai implikasi etika, sosial, ekonomi dan politik
Applications of science often have ethical, social, economic and political implications

Amalan sains (dan amalan kejuruteraan)

Mempelajari sains melalui inkuiri merupakan satu proses yang kompleks di mana pengetahuan
dan pemahaman serta kemahiran mengumpulkan dan menggunakan bukti dijalinkan bersama
secara interaktif. Kemahiran yang penting untuk membina pemahaman termasuklah kemahiran
fizikal dan mental yang berkaitan dengan penjanaan dan penggunaan bukti untuk menguji idea
yang dapat membantu menjelaskan suatu peristiwa atau fenomena yang sedang dikaji. Pada masa
yang sama, penggunaan kemahiran melibatkan pengetahuan dan pemahaman.

Menyedari saling bersandaran antara pengetahuan dan kemahiran, inkuiri dilihat sebagai satu
amalan (practice), satu set tindakan yang kompleks yang membawa kepada pengalaman dan
pemahaman sains sebagai 'pengetahuan yang berasaskan bukti'. Secara ringkasnya, “amalan” di
sini menunjukkan penekanan diberikan bukan sahaja kepada kemahiran, malah ia memerlukan
pengetahuan. Pelibatan murid dalam amalan sains membantu murid memahami bagaimana
sesuatu pengetahuan saintifik itu dibangunkan. Amalan kejuruteraan pula bukan sahaja
membolehkan murid memahami pekerjaan jurutera malah ia membantu murid memahami
hubungan antara kejuruteraan dengan sains. Apabila murid mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran saintifik serta pemikiran reka bentuk kejuruteraan dalam penyelesaian masalah, maka
murid sebenarnya menggunakan amalan sains dan kejuruteraan.

Lapan amalan sains (dan kejuruteraan) yang penting untuk dipelajari adalah seperti berikut
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016; National Research Council, 2012):

• Mengemukakan soalan (untuk sains) dan mendefinisi masalah (untuk kejuruteraan)


Asking questions (for science) and defining problems (for engineering)
• Membangunkan dan menggunakan model
Developing and using models
• Merancang dan menjalankan penyiasatan
Planning and carrying out investigations
• Menganalisis dan menginterpretasi data
Analyzing and interpreting data
• Menggunakan matematik dan pemikiran komputasional
Using mathematics and computational thinking
• Membina penjelasan (untuk sains) dan mereka bentuk penyelesaian (untuk kejuruteraan)
Constructing explanations (for science) and designing solutions (for engineering)
• Melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan bukti
Engaging in argument from evidence
• Mendapatkan maklumat, menilai dan berkomunikasi tentang maklumat
Obtaining, evaluating, and communicating information

Amalan-amalan tersebut menggambarkan tingkah laku saintis ketika mereka menyiasat serta
membina model dan teori tentang alam semula jadi (dan amalan kejuruteraan yang digunakan
oleh jurutera semasa mereka mereka bentuk dan membina model dan sistem). Walaupun reka
bentuk kejuruteraan hampir sama dengan inkuiri saintifik, namun terdapat perbezaan yang
signifikan. Sebagai contoh, inkuiri saintifik melibatkan pembentukan soalan yang dapat dijawab
melalui penyiasatan, sementara reka bentuk kejuruteraan melibatkan pembentukan masalah yang
dapat diselesaikan melalui reka bentuk. Pengukuhan aspek kejuruteraan akan membolehkan
murid memahami kerelevanan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan
kehidupan seharian.

Sikap saintifik dan sikap terhadap sains

Bagaimanakah sikap dan nilai positif yang dicadangkan dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) sains dapat dipupuk melalui pendekatan IBSE?

Pengalaman dari pembelajaran sains memupuk sikap dan nilai yang positif dalam kalangan
murid. Sikap dan nilai saintifik ini telah dinyatakan di dalam DSKP semua mata pelajaran bidang
sains, iaitu:

1. Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekitar


• Bertanya kepada guru, rakan atau orang lain
• Membuat bacaan sendiri
• Mengumpul bahan atau spesimen bagi tujuan kajian
• Menjalankan kajian sendiri
2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
• Memerihal dan merekod apa yang sebenarnya diperhatikan
• Maklumat yang direkod tidak dipengaruhi oleh perasaan atau khayalan
• Menjelaskan pemerhatian secara rasional
• Mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan
3. Luwes dan berfikiran terbuka
• Menerima pendapat orang lain
• Boleh mengubah pendirian kerana bukti meyakinkan
• Tidak prejudis
4. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara
• Tidak berputus asa
• Sedia mengulangi penyiasatan
• Bersungguh menjalankan sesuatu perkara
• Bersedia menerima kritik dan cabaran
• Berusaha mengatasi masalah dan cabaran
5. Sistematik, yakin dan beretika
• Menjalankan aktiviti dengan teratur, tertib serta mengikut masa yang sesuai
• Menyusun alat dan bahan dengan teratur
• Yakin dengan kerja yang dilakukan
• Berani dan bersedia mencuba sesuatu
• Berani mempertahankan sesuatu perkara yang dilakukan
6. Bekerjasama
• Membantu rakan dan guru
• Bersama-sama menjalankan aktiviti dan penyiasatan
• Tidak mementingkan diri sendiri
• Adil dan saksama

Hubungan antara sains, teknologi, masyarakat dan persekitaran

• Saling bersandaran antara sains, kejuruteraan dan teknologi

Inkuiri saintifik, reka bentuk kejuruteraan, dan pembangunan teknologi adalah saling
bersandar (National Research Council, 2012). Idea tentang saling bersandaran sains (dengan
penemuan dan prinsip yang dihasilkannya) dan kejuruteraan (dengan teknologi yang
dihasilkannya):

i. Kemajuan dalam sains menyediakan keupayaan baharu, bahan baharu, atau pemahaman
baharu mengenai proses yang dapat diaplikasikan melalui kejuruteraan untuk
menghasilkan teknologi.
Advances in science offer new capabilities, new materials, or new understanding of
processes that can be applied through engineering to produce advances in technology.
ii. Kemajuan teknologi sebaliknya memberi saintis keupayaan baharu untuk menyiasat
alam semula jadi pada skala yang lebih besar atau lebih kecil; untuk merekod,
mengurus, dan menganalisis data; serta untuk memodelkan sistem yang lebih kompleks
dengan lebih tepat.
Advances in technology, in turn, provide scientists with new capabilities to probe the
natural world at larger or smaller scales; to record, manage, and analyze data; and to
model ever more complex systems with greater precision.
iii. Tambahan, usaha jurutera untuk membangunkan atau menambah baik teknologi sering
mencetuskan soalan baharu untuk disiasat oleh saintis.
In addition, engineers’ efforts to develop or improve technologies often raise new
questions for scientists’ investigations.

• Pengaruh kejuruteraan, teknologi, dan sains terhadap masyarakat dan alam semula jadi

Kemajuan saintifik dan teknologi dapat memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat
dan alam sekitar (National Research Council, 2012):

i. kemajuan dalam sains, kejuruteraan, dan teknologi dapat dan telah memberi kesan
yang mendalam terhadap masyarakat manusia dalam bidang seperti pertanian,
pengangkutan, kesihatan, dan komunikasi, serta persekitaran semula jadi. Sistem akan
berubah dengan signifikan ketika teknologi baharu diperkenalkan, dengan kesan yang
dihasratkan dan hasil yang tidak diharapkan.
Together, advances in science, engineering, and technology can have—and indeed
have had—profound effects on human society, in such areas as agriculture,
transportation, health care, and communication, and on the natural environment.
Each system can change significantly when new technologies are introduced, with
both desired effects and unexpected outcomes.
ii. Jurutera menambah baik teknologi sedia ada atau membangunkan teknologi baharu
untuk meningkatkan manfaatnya, mengurangkan risiko yang diketahui, dan memenuhi
keperluan masyarakat.
Engineers improve existing technologies or develop new ones to increase their
benefits, decrease known risks, and meet societal demands.
iii. Aktiviti manusia menggunakan sumber semula jadi dan mempunyai akibat jangka
pendek dan jangka panjang, baik positif maupun negatif, terhadap kesihatan manusia
dan persekitaran semula jadi.
All human activity draws on natural resources and has both short and long-term
consequences, positive as well as negative, for the health of people and the
natural environment.

Pedagogi berasaskan inkuiri

Para penyelidik telah mengemukakan strategi yang berbeza untuk mengajar sains. Antaranya
termasuklah pembelajaran penemuan atau inkuiri penuh (full inquiry) (Bybee et al., 2006).
Pembelajaran inkuiri adalah berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme dan
constructionism. Teori konstruktivisme memfokuskan peranan murid sebagai pembina makna
dam idea manakala teori constructionism menyatakan bahawa pembinaan idea berlaku dengan
berkesan melalui pembinaan artifak. Menurut teori konstruktivisme, murid menginterpretasi
maklumat yang diterima mengikut pengetahuan sedia ada dan kemudian membina semula
pengetahuan dalam bentuk yang dapat diterima olehnya. Teori constructionism mencabar murid
untuk mereka bentuk artefak dengan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari.
Terdapat model-model instruksi berasaskan inkuiri yang boleh digunakan oleh para guru,
seperti BSCS 5E Instructional Model (Lampiran S1-3), Needham's Five Phase Constructivist
Model (Lampiran S1-4), Eisenkraft's 7E Instructional Model (Lampiran S1-5), La main à la
pâte framework of science inquiry (Lampiran S1-6), dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai