Anda di halaman 1dari 6

Penyoalan Guru

Koay Suan See, Ng Mei Eng dan Juriah Abu Bakar

Pengenalan

Penyoalan adalah bahagian yang penting yang tidak dapat dipisahkan daripada proses
pembelajaran.

Kebolehan murid untuk mengemukakan soalan dan melaksanakan penyiasatan terhadap soalan
yang dikemukakan adalah penting bagi pembelajaran berasaskan inkuiri. Pada masa yang sama,
guru yang berperanan sebagai fasilitator juga perlu berkemahiran mengajukan soalan yang
berkesan bagi membimbing pembelajaran murid. Ekoran daripada itu, melalui penggunaan strategi
penyoalan dan strategi memberi maklum balas, guru dapat merangsang murid untuk membina
pengetahuan secara aktif.

Soalan produktif membolehkan guru menghubungkan aktiviti dan murid secara berkesan.

Soalan produktif, yang diusulkan oleh Jos Eltgeest pada tahun 1985 (Martens, 1999) didapati
mempunyai hala tuju dan sesuai untuk memimpin murid melakukan tindakan yang betul.
Penggunaan soalan produktif dapat menjadikan pengalaman murid di dalam kelas lebih bermakna.
Di bilik darjah inkuiri, guru berperanan sebagai fasilitator, dan bukan sebagai penyumbang
maklumat. Oleh itu, guru perlu memahirkan diri membina soalan yang produktif supaya dapat
mengajukan soalan yang sesuai kepada murid bagi memandu murid ke arah hasil pembelajaran
yang diinginkan. Menurut Jos Elstgeest (dalam Harlen, 2012), soalan-soalan ini dikenali sebagai
soalan produktif kerana pada dasarnya ia merangsang 'aktiviti produktif'. Penggunaan soalan
produktif secara bersesuaian dapat mengekalkan motivasi murid untuk belajar dan mendapat
manfaat hasil dari usaha mereka.

Soalan produktif mendorong murid untuk memikirkan soalan mereka sendiri dan bagaimana
mencari jawapannya.

Soalan produktif boleh membantu menggerakkan murid kepada tahap kerja inkuiri dan
pemahaman yang lebih mendalam. Beberapa contoh soalan produktif yang mempunyai tujuan
yang berbeza ditunjukkan dalam Lampiran S15-1.

Mengapakah guru mengajukan soalan? Senaraikan beberapa soalan yang sering anda tanya di
kelas dan nyatakan tujuannya.

Ringkasan aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta didedahkan kepada enam jenis soalan produktif: soalan yang menarik
perhatian (attention-focusing questions); soalan mengukur dan mengira (measuring and counting
questions); soalan perbandingan (comparison questions); soalan tindakan (action questions);
soalan yang mengemukakan masalah (problem-posing questions) dan soalan penaakulan
(reasoning questions). Mereka akan mempelajari tujuan mengajukan setiap jenis soalan itu.

Peserta kemudian akan menonton video dan meneliti soalan yang diajukan oleh guru. Peserta
diharapkan dapat mengkategorikan soalan-soalan tersebut. Selepas itu mereka membincangkan
hasil dapatan mereka.

Objektif

Di akhir slot ini, peserta dapat:


1. Memahami pelbagai jenis soalan produktif.
2. Menerapkan pengetahuan yang diperolehi dalam membimbing murid membuat inkuiri.

Alat dan bahan

1. Video La Main à la pâte: The candle. Diperoleh dari


https://www.youtube.com/watch?v=a5JHykMtH0E
2. Transkrip soalan guru.

Masa: 2 jam

Prosedur

Penerokaan (Explore)

• Memahami jenis soalan produktif.


• Menonton video dan mengkategorikan soalan yang diajukan oleh guru.

Penerangan (Explain)

• Dalam kumpulan anda, bincangkan jawapan anda.

Pengembangan (Elaborate)

• Dalam kumpulan anda, modelkan satu pelajaran pendek. Cuba aplikasikan apa yang telah
anda pelajari.

Penilaian dan refleksi

Pra aktiviti
1. Mengapa guru mengajukan soalan?
2. Senaraikan beberapa soalan yang sering anda tanya di kelas dan nyatakan tujuannya.
Pasca aktiviti
1. Adakah anda pernah menggunakan mana-mana soalan produktif dengan murid anda?
2. Apakah tanggapan semasa anda mengenai soalan produktif?
3. Adakah senang untuk menggunakan soalan produktif di kelas anda?
4. Pada pendapat anda, adakah terdapat perbezaan dari segi pembelajaran murid antara sesi
‘hands-on’ yang dilaksanakan bersama-sama dengan soalan produktif dan tanpa
menggunakan soalan produktif?

Pengayaan

Soalan produktif merangsang aktiviti yang produktif (Jos Elstgeest, dalam Harlen, 2012). Apakah
pendapat anda tentang penggunan soalan produktif dalam meningkatkan pembelajaran murid
dalam sains? (Rujukan yang dicadangkan: Lampiran S15-2)

Lampiran

Lampiran S15-1: Contoh Soalan Produktif


Lampiran S15-2: Mengajukan Soalan Produktif

Rujukan

Harlen, W. (2012). Inquiry in science education. Retrieved from https://www.fondation-


lamap.org/sites/default/files/upload/media/minisites/action_internationale/inquiry_in_scienc
e_education.pdf
Harlen, W. (2013). Assessment & inquiry-based science education: Issues in policy and practice.
Trieste: Global Network of Science Academies (IAP) Science Education Programme (SEP).
Martens, M. L. (1999). Productive questions: Tools for supporting constructivist learning.
Science and Children, 36(8), 24-27. Retrieved from
https://www.upcyclecrc.org/uploads/1/2/8/5/12859669/productivequestionsbymartensscienc
eandchildren5-1999.pdf
Lampiran S15-1
Contoh Soalan Produktif

Soalan untuk mencungkil dan mendorong pengembangan idea

Mencungkil idea
 Pada pendapat anda, apakah yang menghasilkan bayang-bayang?
 Pada pendapat anda, mengapakah objek ini membentuk bayang-bayang yang lebih jelas
berbanding dengan objek itu?
 Bagaimanakah anda menerangkan bentuk bayang-bayang?

Mendorong pengembangan idea


 Bagaimanakah anda dapat menjelaskan warna bayang-bayang sama untuk semua objek?
 Apakah idea lain yang dapat menjelaskan bentuk bayang-bayang?
 Sekiranya objek menghalang cahaya daripada menembusinya, bagaimanakah ini
menjelaskan bayang-bayang yang terbentuk lebih besar apabila objek itu lebih dekat
dengan sumber cahaya?

Soalan untuk mencungkil dan mendorong pengembangan kemahiran inkuiri

Mencungkil kemahiran inkuiri


 Apakah yang anda ingin tahu mengenai bayang-bayang? (mengemukakan soalan)
 Apakah yang anda fikir akan berlaku jika objek digerak ke arah ini? (membuat ramalan)
 Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi saiz
bayang-bayang? (membuat penyiasatan)
 Apakah yang telah anda jumpai mengenai hubungan antara kedudukan punca cahaya dan
saiz bayang-bayang? (membuat tafsiran)

Mendorong pengembangan kemahiran inkuiri


 Apakah yang anda akan dapati jika anda mengukur saiz bayang-bayang sebelum dan
selepas menggerakkan punca cahaya?
 Sekiranya bayang-bayang menjadi lebih besar ketika anda menggerakkan punca cahaya
ke arah ini, apakah yang anda fikir akan berlaku jika anda menggerakkan punca cahaya
ke arah lain?
 Bagaimanakah anda pastikan bahawa kedudukan punca cahaya dan bukan faktor lain
yang menyebabkan perbezaan ini?
 Apakah yang telah anda jumpai mengenai bagaimana untuk mengubah saiz bayang-
bayang?
Soalan untuk mendorong kolaborasi, berkongsi idea, refleksi dan penilaian

Kolaborasi dan berkongsi idea


 Berapa banyak idea yang boleh dicadangkan oleh kumpulan anda untuk menjelaskan apa
yang anda temui?
 Setelah menggunakan idea yang berbeza untuk menjelaskan apa yang anda temui, idea
manakah yang paling baik?
 Antara semua idea, yang manakah akan anda uji?
 Apakah kaedah yang boleh anda guna untuk menentukan idea mana yang berkesan?
 Apakah yang akan dilakukan oleh setiap ahli dalam kumpulan ini semasa penyiasatan ini?

Refleksi dan penilaian


 Apakah dapatan kali ini yang belum anda ketahui sebelum ini?
 Adakah idea anda tentang…sudah berubah?
 Apakah yang membuat anda mengubah idea tersebut?
 Apakah yang anda tidak faham tentang ...?
 Adakah terdapat sesuatu yang masih ingin anda cari?
 Sekiranya anda mengulang apa yang telah anda lakukan, apakah yang akan anda ubah
supaya anda dapat mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut?

Sumber:
Harlen, W. (2013). Assessment & inquiry-based science education: Issues in policy and practice.
Trieste: Global Network of Science Academies (IAP) Science Education Programme (SEP).
Lampiran S15-2

Mengajukan Soalan Produktif

Soalan yang diajukan oleh guru - sama ada kepada kumpulan ramai, kumpulan kecil atau
individu - memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran melalui inkuiri. Soalan
yang baik dapat meningkatkan kerja; soalan yang kurang baik adalah sebaliknya. Seperti yang
dikatakan oleh Jos Elstgeest: “A good question is a stimulating question, which is an invitation
to a closer look, a new experiment or a fresh exercise… I would like to call such questions
‘productive’ questions because they stimulate ‘productive activity’.” Soalan produktif
mendorong murid untuk memikirkan soalan mereka sendiri dan bagaimana mencari
jawapannya. Soalan produktif berupaya menggerakkan murid ke tahap kerja inkuiri dan
penaakulan yang lebih mendalam. Soalan tidak produktif sering memerlukan jawapan lisan yang
pendek dan tidak lebih dari itu. ("Apakah nama objek ini?" "Apakah itu bateri?" "Adakah arus
bergerak dari kutub positif ke kutub negatif?"). Ini tidak bermaksud bahawa guru tidak boleh
mengajukan soalan seperti ini, tetapi soalan ini tidak sama dengan soalan produktif yang telah
dirancang dengan teliti dan bertujuan untuk membimbing murid ke arah inkuiri.

Cadangan praktikal

 Semasa memulakan inkuiri atau memulakan penyiasatan baharu, soalan utama adalah
sangat penting. Ia mesti cukup spesifik untuk membawa murid ke arah yang diingini,
tetapi ia harus cukup terbuka untuk mencabar kebolehan murid. Contohnya: “Apakah
yang anda fikir penting untuk diketahui bagi menyalakan mentol dengan menggunakan
bateri dan mentol?” adalah berbeza dengan “Apakah yang menyebabkan mentol
menyala?”, dan “Apakah bahagian tumbuhan yang bertumbuh semasa pertumbuhan?”
adalah kurang produktif berbanding dengan “Pada pendapat anda, bagaimanakah kita
boleh menjelaskan kitaran hidup tumbuhan?”.

 Soalan yang diajukan semasa murid menjalankan aktiviti juga boleh menjadi produktif
atau kurang produktif. Soalan seperti berikut boleh mendorong aktiviti dan pemikiran
baharu: “Apakah perbezaan dan kesamaan yang anda perhatikan dalam kalangan objek-
objek (atau situasi-situasi) ini?”, “Mengapakah anda fikir keputusan ini berbeza dari
eksperimen lain?”, “Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi jika ...?”,
“Bagaimanakah anda fikir anda boleh melakukan ...”, “Bagaimanakah anda boleh
menjelaskan ini?”, “Bagaimanakah kita boleh memastikannya?”, “Berapa
banyakkah ...?”, “Berapakah suhu?”. “Pada pendapat anda” dan “anda fikir” adalah
sangat penting kerana ia tidak memerlukan jawapan yang tepat daripada murid, tetapi
mencungkil idea atau apa yang difikirkan oleh murid.

 Memberi murid beberapa minit untuk memikirkan soalan atau membiarkan mereka
bercakap dengan rakan juga dapat mendorong murid yang kurang bercakap untuk
memberikan idea.

Sumber: Harlen, W. (2012). Inquiry in science education.

Anda mungkin juga menyukai