Anda di halaman 1dari 4

SLOT 12 (MANY LEVELS OF INQUIRY)

AKTIVITI 1

AIR DAN MINYAK

Panduan aktiviti

1. Air lebih tumpat daripada ais dan minyak lebih tumpat daripada ais.

2. Apakah akan berlaku kepada ais dan titisan air yang lebur daripada ais apabila ais diletak
di atas air?

3. Isi satu tabung didih sebanyak 80% dengan minyak masak.

4. Letakkan seketul ais di atas minyak.

5. Perhatikan apa yang berlaku apabila ais melebur. Catatkan pemerhatian anda di dalam
buku nota sains.

6. Ketumpatan ais dan ketumpatan air berbeza. Yang mana satu lebih tumpat? Mengapa?

7. Satu gram air memenuhi isipadu satu mililiter, oleh itu ketumpatan air = 1 g/ml.

8. Apakah jisim 10 ml air? Gunakan penimbang untuk menentusah jawaban anda betul.

9. Apakah ramalan anda tentang ketumpatan 10 ml minyak masak dibanding dengan 10 ml


air?

10. Catatkan ramalan anda di dalam buku nota sains dan gunakan penimbang untuk
menentusahkan ramalan anda.

11. Tuliskan penjelasan anda di dalam buku nota sains mengapa jisim 10 ml minyak masak
adalah sedemikian.

Rujukan:
TOPS Learning System. (n.d.). Slow drips. Dimuat turun dari
https://cdn.shopify.com/s/files/1/1847/6591/files/FreeDownload09.pdf?1362841691888571600

Lampiran S12-1
AKTIVITI 2

KISMIS YANG MENARI

Panduan aktiviti

1. Tuang sebanyak lebih kurang 150 ml air soda ke dalam satu cawan plastik lutsinar yang
berisi empat atau lima biji raisin.

2. Perhatikan apa yang berlaku di dalam cawan dan catatkan pemerhatian anda di dalam
buku nota sains.

3. Mengapakah butiran kismis kelihatan naik dan turun di dalam air soda?

4. Ambil dua cawan plastik lutsinar dan sekotak kismis.

5. Isi satu cawan dengan 150 ml air dan masukkan empat atau lima biji kismis.

6. Lukiskan gambarajah susunan radas ini di dalam buku nota sains dan catatkan
pemerhatian secara teliti.

7. Ulang prosedur di atas dengan menggunakan air soda dan kismis di dalam cawan yang
lain.

8. Lukiskan gambarajah susunan radas di dalam buku nota sains dan catatkan pemerhatian
secara teliti.

9. Kongsikan catatan pemerhatian anda dan sebarang penjelasan anda dengan rakan.

10. Apakah yang berlaku kepada kismis yang membolehkannya timbul ke permukaan?

11. Tuliskan penjelasan anda di dalam buku nota sains.

Rujukan:
Banchi, H., & Bell, R. (2008). The many levels of inquiry. Science and Children, 46(2), 26-29.
AKTIVITI 3

TIN SODA TIMBUL

Panduan aktiviti

1. Isi tangki plastik dengan air sehingga lebih kurang 80% penuh.

2. Perhatikan satu tin soda biasa dan satu tin soda diet.

3. Ramalkan apa yang berlaku apabila setiap tin soda ini dimasukkan ke dalam air di dalam
tangki. Catatkan ramalan anda di dalam buku nota sains berserta dengan penjelasan.

4. Kongsi ramalan anda dengan rakan.

5. Buat pemerhatian yang teliti apa yag berlaku apabila setiap tin soda diletakkan di dalam
air.

6. Mengapakah tin soda diet timbul lebih banyak daripada tin soda biasa?

7. Di dalam kumpulan anda, sumbangsaran aktiviti yang anda boleh lakukan untuk
mendapat penjelasan bagi fenomena yang diperhatikan.

8. Catatkan perancangan anda di dalam buku nota sains dan kongsi dengan rakan.

9. Apabila perancangan anda sudah selesai, dapatkan kebenaran guru untuk memulakan
penyiasatan.

Rujukan:
Banchi, H., & Bell, R. (2008). The many levels of inquiry. Science and Children, 46(2), 26-29.
AKTIVITI 4

TIMBUL DAN

TENGGELAM

Panduan aktiviti

1. Isi tangki plastik dengan air sehingga 80% penuh.

2. Perhatikan objek-objek yang dibekalkan kepada anda.

3. Rekod semua objek ini di dalam buku nota sains.

4. Ramalkan sama ada setiap objek akan timbul atau tenggelam. Catatkan ramalan
anda di dalam buku nota sains.

5. Sahkan ramalan anda dengan meletakkan objek tersebut ke dalam air satu demi satu.

6. Buat pemerhatian yang teliti untuk mengesahkan ramalan anda.

7. Selepas itu, tulis lima pernyataan bermula dengan “Saya ingin tahu…”
berdasarkan penyiasatan anda.

8. Tinjau semula soalan yang telah anda senarai. Pilih satu soalan yang menarik dan
dapat dilaksanakan dengan menggunakan sumber yang ada untuk dibuat
penyiasatan.

9. Untuk menjalankan penyiasatan, anda perlu menyediakan satu masalah yang


terfokus, ramalan, satu perancangan yang teliti bagaimana anda akan melakukan
penyiasatan, serta jadual data (jika perlu)

10. Apabila anda telah bersedia dengan semua yang diperlukan, dapatkan kebenaran
guru anda untuk memulakan penyiasatan.

Rujukan:
Banchi, H., & Bell, R. (2008). The many levels of inquiry. Science and Children, 46(2), 26-29.

Anda mungkin juga menyukai