Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN

PROGRAM TRANSISI
&
GURU PENYAYANG
TAHUN 1
2017

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK NIBONG

95600 SARATOK

YBB 2231
Laporan Program Transisi Dan Guru Penyayang 2017

Nama program : Program Transisi Dan Guru Penyayang 2017


Tarikh : 03 Januari 2017– 20 Januari 2017
Tempat : Sekolah Kebangsaan Lubok Nibong
Peserta : Semua Murid Tahun 1 ( 8 Orang )

Kekuatan Pelaksanaan Program

1.1 Aspek Pengurusan

Program Transisi dan Guru Penyayang (PTGP) Tahun 1 telah dilaksanakan


selama tiga minggu berturut-turut. Bermula pada 3 Januari 2017 hingga 20 Januari
2017.Program Transisi ini telah berjalan dengan lancar kerana adanya komitmen
dan kerjasama dari semua pihak, baik dari pihak pentadbir, guru-guru dan juga
anggota kumpulan sokongan. Segala aktiviti yang telah dirancangkan dapat
dilaksanakan dengan berkesan.

1.2 Aspek Kesediaan Guru Tahun 1

Tahun 2017 merupakan tahun ketujuh Kurikulum Standard Sekolah Rendah


(KSSR) digunakan. Secara keseluruhannya semua guru-guru yang mengajar Tahun
Satu telah didedahkan dengan kurikulum KSSR ini dengan baik sama ada yang
menghadiri sendiri Kursus KSSR ini mahupun pendedahan yang telah dijalankan
diperingkat sekolah.

Kebanyakan murid yang masuk ke Tahun 1 bagi sesi 2017 telah bersedia
untuk mendapat pendidikan formal kerana mereka semua telah mendapat
pendidikan di peringkat prasekolah sebelum ini. Oleh demikian, mudah menerima
dan memahami segala aktiviti yang dijalankan sepanjang program transisi dan tidak
ada seorang pun murid meragam atau dijaga oleh ibu bapa mereka sepanjang sesi
persekolahan berlangsung. Mereka juga memberi kerjasama yang sepenuhnya
kepada guru-guru yang mengajar.

1.3 Keadaan Fizikal Sekolah

Kelas Tahun Satu terletak berdekatan dengan bilik guru. Ini memudahkan
segala aktiviti murid dipantau dan keselamatan mereka terjaga. Memandangkan
elektrik dibangunan baru sudah ada, jadi tahun ini murid tahun satu lebih selesa
untuk berada di dalam kelas dan sesi pengajaran dan pembelajaran akan berjalan
lebih baik.

2.0 Kelemahan / Isu Masalah Pelaksanaan Program

Sepanjang Program Transisi dan Guru Penyayang ini dijalankan tidak ada
sebarang masalah yang timbul kerana semua pihak telah bekerjasama. Baik dipihak
pentadbir dan guru-guru saling berbincang dari masa ke semasa untuk memastikan
segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Malah ibu bapa murid turut
memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah dengan menghantar anak
mereka tepat pada waktu persekolahan.

3. 0 Rumusan

Secara keseluruhannya, sepanjang Program Transisi dan Guru Penyayang


yang berlangsung selama tiga minggu tidak mempunyai sebarang masalah yang
dihadapi oleh guru-guru mahupun murid-murid. Kejayaan perlaksanaan program ini
kerana adanya kerjasama dari pihak ibu bapa murid-murid dan memberi
kepercayaan sepenuhnya kepada guru-guru untuk membimbing anak-anak mereka
menyesuaikan diri dengan alam persekolahan. Program Transisi ini juga banyak
membantu murid-murid untuk mengetahui keadaan sekitar sekolah, suasana
pembelajaran dalam kelas, aktiviti fizikal iaitu sukan dan yang paling penting sikap
kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
AKTIVITI MINGGU PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG

Membuat huruf menggunakan plastisin membantu


Aktiviti ‘Things in My Classroom’
Aktiviti motor halus murid membuat kolaj ‘ladybird’
Majlis Penutupan Program Transisi dan Guru Penyayang

Anda mungkin juga menyukai