Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

MEMBAIK PULIH
INFRASTRUKTUR BANGUNAN
SK TENGLU
Kertas Kerja Membaik Pulih Infrastruktur Bangunan
SK Tenglu

1 LATAR BELAKANG SEKOLAH.

Sejarah penubuhan sekolah SK Tenglu bermula pada tahun 1927. Lokasi sekolah ini dalam
lingkungan 8 KM dari Bandar Mersing, Negeri Johor dan dikategorikan sebagai sekolah luar
bandar.

1. TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini diadakan untuk:
1.1. Memaklumkan kerosakan yang dihadapi.

2. RASIONAL
Rasional membaik pulih infra struktur bangunan sekolah ini adalah untuk :

2.1. Membuktikan bahawa para pendidik prihatin terhadap infrastruktur


sekolah selaras dengan saranan kementerian pendidikan Malaysia yang
mengkehendaki sekolah menyediakan sekolah yang kondusif untuk sesi
pembelajaran.
2.2. Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan
keselesasan pelajar. Di samping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan
ibu bapa terhadap sekolah.

3. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek ialah membaik pulih infra struktur bangunan sekolah ini yang
bermasalah , hal ini penting berdasarkan pertimbangan berikut:

3.1. Keadaan bangunan kabin dan kelas yang telah menjangkau usia 10 tahun
terdapat bahagian
3.1.1 syiling kaki lima yang perlu dibaik pulih segera
3.1.2 lantai di dalam dan luar bilik darjah (berlubang-lubang dan pecah),
3.1.3 sistem pendawaian elektrik (sering terputus bekalan elektrik) .
3.1.4 dinding bangunan yang diperbuat daripada softboard tebal juga semakin uzur
dan perlukan penyelenggaraan segera.
3.1.5 Bahagian bingkai pintu dan tingkap kelas yang sangat uzur.
4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1. Mampu menjamin keselamatan guru dan pelajar kerana penambahbaikan


dapat meningkatkan kualiti dan struktur bangunan yang telah berusia 10 tahun.
4.2. Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada
pelajar supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan
kemudahan asas.

5. IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya
tidak dapat dilaksanakan seperti:

5.1 Aspek keselamatan di kalangan guru dan pelajar kurang terjamin.


5.2 Suasana pembelajaran kurang selesa dan kondusif kerana kelas yang bermasalah
terutamanya aspek pendawaian elektrik dan tanpa kemudahan asas.
5.3 Mempengaruh minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk menghantar
anak- anak mereka kerana kemudahan asas yang tidak disediakan.

6. KESIMPULAN .

6.1. Bardasarkan permasalahan di atas, dimohon agar cadangan ini diluluskan


untuk menjadikan sekolah ini lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan
yang lebih baik kepada komuniti setempat.
6.2. Kesemua kerja-kerja di atas adalah diklasifikasi sebagai renovasi yang
memerlukan bajet yang berasingan untuk menyempurnakan kerja.

Saya yang menjalankan tugas,

Anda mungkin juga menyukai