Anda di halaman 1dari 9

CONTRIBUTION TO KNOWLEDGE

1. Contribute pada LR-update, terkini

2. Contribute to CF & TF- boleh memberi impak pada kajian

3. Contribute to method- method yang update dan komprehensif

NOVELTY

• Added value

• Come out dgn new idea

• Nilai semula, sumbangan baru pd knowledge

• Sumbangan pd new idea

• Come out dgn prototype baru, module baru…..

• Tambahbaik, nilai semula.. murnikan…added value

• Sesuatu yang baru….apa lagi nak buat……

Problem Statement (PS)

1. Cari isu yang boleh dijelaskan satu masalah yang boleh dikatakan bersifat doable & researchable

2. Cthnya student yang gagal menjawab soalan dalam subjek Sejarah..

3. Kemukakan masalahnya iaitu teknik pengajaran oleh guru yang tidak sesuai, cara guru tak sesuai,
komunikasi sehala dll..

4. Utk proposed solution, diperkenalkan teknik pedagogi maya menggunakan laman jaringan sosial
untuk menarik minat pelajar pada subjek tadi…

5. Cuma satu saja le….solution yang kita bagi mestilah bersifat researchable & memang sesuai untuk
dilaksanakan
Saiz sampel dalam kajian rintis

1. Gorsuch (1983) – tidak kurang 100 orang

2. Dermoott & Sarrela (1996)- tidak kurang 20 orang

3. Mac Callum, Widaman (1999)- lebih ideal melebihi 100 orang

4. Forza (2002)- 15 orang

5. Hair dan rakan-rakan (2003)-5 hingga 30 orang

6. Beza dgn Cooper dan Schindler (2006)- jumlah saiz sampel dalam kajian rintis tidak perlu ditentukan
secara statistik kerana dalam kajian rintis bukan untuk mengukur dapatan respon sampel sebaliknya
hanya untuk kejelasan item.

7. Namun begitu pada praktiknya saiz sampel dalam kajian rintis adalah kecil spt cadangan Cooper dan
Schindler (2006) antara 25-100 orang

• Pengamal statistik berpendapat, sesuatu kiraan statistik akan berfungsi sekiranya sampel (n) melebihi
30 orang

• Sebaliknya jika n kurang 30 tidak boleh dikenakan statistic atasnya.

• Adalah dianggap n=30 adalah untuk kajian eksperimen

Validity & Reliability

Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan dua konsep penting ‘psychometric properties’ terhadap
keberkesanan prosedur pengukuran dan penilaian (Johnson & Christensen, 2008). Kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen boleh mempengaruhi sejauh mana pengkaji dapat mempelajari sesuatu
isu dari fenomena yang dikaji, kebarangkalian untuk mendapat keputusan statistikal yang signifikan
dalam analisis data dan sejauh mana pengkaji boleh membuat kesimpulan yang bermakna dari data
yang dikutip (Leedy & Ormrod, 2010).

Kesahan instrumen mengikut pandangan AERA, APA dan ‘National Centre for Educational Statistic (1999)
menyatakan bahawa kesahan instrumen sebagai skor individu dari instrumen itu boleh diterima,
bermakna dan membolehkan pengkaji membuat rumusan yang terbaik dari sampel kepada populasi
kajian (Creswell, 2008). Nunnally dan Bernstein (1994) terdapat tiga jenis ujian untuk kesahan instrumen
iaitu kesahan kandungan, kesahan item dan kesahan konstruk.

Kesahan kandungan berperanan untuk menentukan sejauh mana instrumen yang digunakan dapat
memenuhi apa yang patut diukur (Ary, et al., 2010) dan bertujuan bagi membuktikan bahawa
kandungan item semestinya mewakili dan berkaitan pemboleh ubah yang dikaji (Flowers, 2006).
Reliablity

Kebolehpercayaan pula merujuk kepada darjah konsistensi yang dijelaskan oleh sesuatu instrumen
semasa mengukur (Best & Kahn, 2006). Nilai kebolehpercayaan boleh diuji melalui beberapa kaedah
seperti kaedah uji sekali lagi (test-retest), kaedah bentuk berbeza (alternative forms), kaedah bentuk
berbeza dan uji sekali lagi (alternative forms and test-retest), kaedah antara kadaran (interrater) dan
kaedah ketekalan dalaman (internal consistency) (Creswell, 2008; Gay et al., 2009). Pada pandangan
pengkaji pendekatan alfa Cronbach adalah satu kaedah ketekalan dalaman yang sesuai untuk menguji
kebolehpercayaan antara item. Justeru kaedah ketekalan ‘cronbach alpha’ telah digunakan oleh
penyelidik untuk membuat andaian bahawa tiap-tiap item itu dianggap sebagai satu ujian setara dan
semua kolerasi antara item adalah sama. Sekiranya nilai r > 0.6, ini bermakna tahap kebolehpercayaan
alat ukur adalah tinggi (Mahaliza, et al., 2011). Tetapi jika pekali kebolehpercayaan kurang daripada 0.6
boleh dianggap instrumen yang dianalisis mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah dan perlu
diperbaiki atau disingkirkan item-item dalam instrumen untuk meningkatkan pekali tersebut. Dalam hal
ini Sekaran (1992) menjelaskan bahawa ‘cronbach’ merupakan angkali kebolehpercayaan ‘reability
coefficient’ yang menunjukkan bagaimana sesuainya hubungan item-item sebagai satu set soalan.
Sekaran menambah iaitu semakin hampir nilai alpha kepada nilai satu, semakin tinggi
kebolehpercayaan dalamannya. Nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah, manakala nilai 0.7
boleh diterima dan nilai yang melebihi 0.8 adalah dianggap baik.

Dalam kajian rintis ini analisis kebolehpercayaan bagi keseluruhan instrumen kajian ialah α = 0.910
manakala analisis kebolehpercayaan bagi kecerdasan emosi yang merujuk kepada ‘Assessing Emotional
Scale’, Schutte, et al., (1998) menunjukkan nilai kebolehpercayaan alpha yang tinggi iaitu α = 0.92. Nilai
alpha bagi kelompok-kelompok berkenaan ialah kawalan mood (α=0.72), penilaian emosi (α=0.85),
penggunaan emosi (α=0.67) dan kemahiran sosial (α=0.71). Nilai alpha ini secara keseluruhannya adalah
memuaskan dan boleh diterima pakai dalam konteks penyelidikan pendidikan (Gorard, 2001; Johnson &
Christenan, 2008).
Persampelan rawak berlapis (Stratified random sampling)

Beberapa langkah telah diikuti dalam menentukan persampelan iaitu:

1) Bilangan sampel yang dipilih adalah berkadaran dengan jumlah responden dalam setiap kategori
(negeri) kumpulan.

2) Menentukan saiz sampel yang diperlukan untuk setiap sub- populasi kajian.

3) Menyediakan senarai responden untuk setiap sub-populasi kajian.

4) Menggunakan prosedur persampelan rawak mudah berasaskan kepada jadual rawak untuk memilih
responden daripada setiap sub-populasi kajian (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara)

Persampelan rawak mudah ini pula dipilih kerana ianya boleh digunakan jika populasi mempunyai sifat
yang hampir sama dan seragam, di mana setiap ahli populasi mempunyai peluang yang sama untuk
dipilih serta pemilihan responden kajian bersifat bebas dan tidak bersandar dengan pemilihan subjek
lain (Azizi, Shahrin, Yusof & Abd Rahim, 2009).

Kelebihan Quantitative Approach

Pendekatan yang biasa digunakan untuk mengumpul maklumat dalam kajian diskriptif ini adalah kaedah
tinjauan keratan rentas berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh responden (Johnson & Christen,
2008). Kaedah ini telah banyak digunakan dalam pelbagai bidang penyelidikan dan amat baik untuk
mengumpulkan maklumat berkaitan tingkah laku (Gorrad, 2001). Disebabkan kajian ini melibatkan
jumlah responden yang besar, maka ia sesuai menggunakan kaedah kuantitatif (Cohen, et al., 2007). Ini
kerana kaedah kuantitatif dapat mengumpulkan banyak maklumat dalam masa yang lebih singkat,
menjimatkan kos dan mengelakkan daripada risiko kehilangan data atau respondan sebelum kajian
selesai, contohnya respondan sakit, mati atau tidak lagi berminat untuk meneruskan kajian serta tahap
objektivitinya lebih tinggi (Noraini, 2010).

Selain itu penyelidik juga menggunakan kaedah kuantitatif kerana ia berkemampuan untuk menguji
hipotesis atau mendapatkan jawapan persoalan berkaitan situasi semasa bagi subjek kajian, mengenal
pasti pengaruh antara dua pemboleh ubah atau lebih dan menggunakan bentuk hubungan ini untuk
membuat ramalan. Kaedah ini juga membolehkan pengkaji menjalankan ujian bagi melihat hubungan di
antara variabel-variabel dengan menggunakan ujian statistikal (Gay, 2009). Oleh itu pengkaji memilih
kaedah ini kerana dapat memungut data secara sekali gus dengan berkesan dari populasi yang besar dan
berselerak. Kedua, boleh memberi informasi secara deskriptif, inferen dan ‘explanatory’ terhadap isu
yang dikaji (Cohen, et al., 2007). Akhirnya pengkaji juga dapat mengutip data primer isu yang dikaji
untuk mengambarkan aspek atau ciri seperti kebolehan, pandangan, sikap, kepercayaan atau
pengetahuan populasi (Wallen & Fraenkel, 2001).
Kajian Rintis (Pilot Study).

• Menurut Chua (2006) kaedah ini sering digunakan dengan mengira pekali keboleh percayaan Alpha
Cronbach untuk statistik keboleh percayaan instrumen kajian.

• Buat Pre Testing terhadap soal selidik yang dibentuk walaupun soalan yang dibina dan diadaptasi
daripada soal selidik yang telah diuji oleh pengkaji sebelum ini

• Menurut (Hunt, 1982) PS perlu dijalankan untuk melihat kesesuaian, kejelasan bahasa alat ukur yang
akan digunakan oleh pengkaji.

• Terdapat pelbagai pendapat bagi menentukan nilai keboleh percayaan berdasarkan tinjauan literatur.
Nunally (1978) berpendapat bahawa nilai keboleh percayaan adalah melebihi 0.70 untuk menentukan
internal consistency.

• Carmines dan Zeller (1979) menyatakan bahawa nilai keboleh percayaan adalah 0.70 atau lebih.
Namun, skala baru menunjukkan bahawa nilai 0.60 adalah boleh dipertimbangkan dan diterima (Nunally
dan Bernstein, 1994).

Reliability

• Buat Pre-Testing dulu sebelum run pilot test

• Sampel dlm pilot

- Gorsurch (1983) jumlah sampel tak kurang dari 100 org

- Dermoott & Sarella (1996) jumlah sampel tidak kurang 20 org

- Mac Callum, Widaman & Zhang (1999)- jumlah ideal dlm pilot test lebih 100 org

- Forza (2002) –lebih 15 org

- Hair (2003)- 5 hingga 30 org

- Cooper & Schindler (2006)- 25 hingga 100 org

• Cara uji reliability

- Test-retest Reliability

- Equivalent –Form Reliability

- Internal Consistency
Kesahan muka.

• Selain itu, Kesahan muka adalah satu prosedur yang perlu dipatuhi pengkaji sebelum memulakan
sesuatu kajian. Penentuan kesahan muka merujuk kepada keupayaan instrumen kajian mengandungi
maklumat yang merangkumi komponen bidang yang dikaji (Cresswell, 2008; Chua, 2006; Pallant, 2001).
Cresswell (2007) mencadangkan pengkaji merujuk kepada pakar-pakar bidang tertentu bagi
mengesahkan item atau soalan yang terkandung dalam instrument kajian.

• Beberapa expert dilantik dalam bidangnya utk sahkan item yg dibuat tu mewakili konstruk yg nak
ukur, include penggunaa bahasa,ejaan, ayat….

• Menurut (Dimopoulus dan Pantis, 2003; Makki, Khalick dan Bou Joude, 2003) sekurang-kurangnya tiga
orang pakar dalam bidang berkaitan diperlukan bagi kaedah ukur pakar.

• Kemudian soalan yang telah dibentuk diberi kepada 3 orang pakar) untuk menentukan kesahan
kandungan (face validity) sebelum soal selidik diagihkan kepada responden.

• Di sokong oleh Lyn (1986), bagi tujuan mendapat kesahan muka, soal selidik memerlukan bilangan
minimum seramai tiga orang pakar tetapi tidak perlu melebihi sepuluh orang.

Kesahan kandungan.

• Refer sejauhnmana item dlm instrument telah mewakili aspek yg dikaji & tepati bidang kandungan yg
dikaji

• Salah satu daripada kriteria untuk memenuhi aspek kesahan kandungan adalah melalui kajian literatur
(Jusoh, 2008).

• Item-item yang digunakan dalam kajian ini dikenalpasti melalui kajian-kajian lepas sekaligus
memenuhi kriteria kesahan kandungan. Bagi memenuhi kesahan kandungan, pengkaji membuat
penilaian dan penstrukturan dengan teliti dalam proses membentuk alat ukur (instrument). Untuk
tujuan tersebut, hanya alat ukur yang sahih dan teruji (validated) sahaja dipilih melalui tinjauan literatur
yang di semak oleh penyelidik dalam kajian ini.

• Oleh sebab, Soal selidik yang digunakan diadaptasi daripada kajian dari penyelidik lepas yang relevan
dengan kajian ini, maka instrumen yang digunakan telah memenuhi aspek kesahan dan
kebolehpercayaan, maka aspek kesahan kandungan telah dipenuhi (Sanchez-Franco dan Roldán, 2010).
INTERVIEW - KENAPA NK BUAT KAJIAN QUALITATIVE ?

Antara yg boleh difikirkan....

1. Kajian ini sesuai dgn nature persoalan kajian untuk mendapat pemahaman mendalam terhadap isu yg
dikaji..

2. Kajian qualitative sesuai utk mjawab persoalan 'How' dan 'Why' pada RQ secara mendalam...

3. Kajian ini adalah extension dalam memahami faktor-faktor / IV / DV yang telah dikaji secara
quantitative.. bagi mendapatkan interpretasi yg komprehensif

4. Isu ini perlukan kupasan dan kesepakatan (consensus) dari perspektif pelbagai pakar ...

5. Kewujudan perisian seperti Atlas.ti 8. yg digunakan dlm kajian ini mbolehkan dapatan kualitatif yg
berbeza spt transkrip.. foto.. dokumen... audio... video di triangulasi bersama triangulasi method dan
teori utk mendapatkan interpretasi yg konklusif.

6. Kajian qualitative bukan bertujuan utk mbuat generalisasi tetapi mendapatkan penjelasan dan
pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu isu yang dikaji.

Kesahan dlm qualitative

1. Kesahan konstruk

2. Kesahan dalaman

3. Triangulation

4. Morale Ballot

5. Independent rating- cross checking

6. Kesahan dalaman & kesahan kriteria

7. Semakan participants

8. Ulangan perkataan

9. Penilaian pakar

Reliability dlm qualitative

1. Cross- checking

2. Ulangan tbual

3. Direct observation
4. Pasangan pemerhatian

5. Semakan kod melalui rakan

6. Prosedur penemuan

7. Semakan dgn ahli kumpulan

8. Semakan responden

9. Cohen Kappa

Qly VS Qty

•Qty bersifat predetermined..theory atau variable & Method..focus kecari lacking,try 2 solve problem &
dev new prototype…& element of inovation

•Qly pula sifatnya evolving…case study utk masuk deeper..cari fenomena…phnomenology….depa cari
kes yg nak kaji….korek kedalam….in-depth…

4. Bagi kajian berbetuk kualitatif, kajian rintis amat perlu dalam membina instrumen seperti soalan temu
bual.

5. Setelah selesai kajian rintis, pastikan anda membuat analisis sebagaimana yang anda rancang pada
peringkat awal tadi. seterusnya dapatkan pengalaman daripada analisis yang anda buat itu.

6. Apa-apa kekurangan/masalah yang dihadapi semasa kajian rintis perlu diatasi dalam kajian sebenar.

ujian rintis dalam kuantitative memang kita buat..tapi dlm qualitative ada scholar kata x perlu buat...ada
yg kata kena buat....

kalau ikut Merriam 2001, kajian rintis dalam qualy dpt bantu kita utk latihan sebelum IV sebenar dan
juga utk melihat kesesuaian soalan, ketepatan soalan untk ditanya....

Fraenkel & Wallen(2003) sebut kebaikan ujian rintis dlm qualy... kurangkan kesalahan bahasa, ambik
experience sebelum buat IV sebenar, nampak soalan yg blurrrr, buat tambah baik....utk mantapkan IV
bagi jwb RQ & capai RO
Face validity .

•(Cresswell, 2008; Chua, 2006; Pallant, 2001)…face validity refer kepada keupayaan instrumen kajian
mengandungi maklumat yang merangkumi komponen bidang yang dikaji

•Ikut Cresswell (2007) mencadangkan rujuk kepada pakar-pakar bidang tertentu bagi mengesahkan item
atau soalan yang terkandung dalam instrument kajian.

•Beberapa expert dilantik dalam bidangnya utk sahkan item yg dibuat tu mewakili konstruk yg nak ukur,
include penggunaa bahasa,ejaan, ayat….

•Jika refer Dimopoulus dan Pantis, 2003…. sekurang-kurangnya 3 orang pakar dalam bidang berkaitan
diperlukan bagi kaedah ukur pakar.

•Lyn(1986), pun sokong utk face validity… minimum tiga orang pakar, maksimum 10.

Begitu juga jumlah pakar utk face validity....selalu kita ambik 3,4 org...x masuk citation...Panel tnya
kenapa ambik 3 org....boleh refer citation di atas pasai apa kita guna 3,4 org.......

Selalunya citation utk bil responden Qualytitative Approach masuk...citation utk pakar FDM, ISM, NGT
masuk, pilot test masuk, masuk....cuma lupa tentang face validity citation...kenapa 3 org????sapa kata 3
org...3 org tu sapa....

Anda mungkin juga menyukai