Anda di halaman 1dari 4

SKEMA JAWAPAN PENILAIAN SUMATIF 1 JUN 2022

BAHASA MELAYU KERTAS 1 TINGKATAN 1

BAHAGIAN A (Soalan Objektif)

1) A 5) B 9) D 13) B 17) C
2) D 6) C 10) A 14) B 18) C
3) C 7) D 11) A 15) A 19) B
4) C 8) C 12) B 16) C 20) A

BAHAGIAN B

Soalan 1(a)

(i) bertolak-tolak - bertolak-tolakan

(ii) cerdas – cemerlang

Soalan 1(b)

(i) Ketiga-tiga orang murid itu sahabat baik.

(ii) Air kopi itu agak pahit rasanya.

(iii) Buku ini tentang dasar-dasar Pendidikan negara.

Soalan 2

(i) …..petikan 1- ‘aku’ sungguh tersentuh setelah melihat anak kucing tersebut

…..petikan 2- Junid menangis dan meraung melihat pusaran.

(ii) Watak dan Perwatakan

Petikan 1 : a) Kucing yang berbulu oren.

b) Ibu Oren telah mati dilanggar oleh kereta ayah “aku’.

c) Pandai membuang najisnya di tandas atau di dalam longkang.

d) Bersifat pasif.

e) Tidak suka memanjakan diri dengan tuannya.

Petikan 2 : a) Lembu kesayangan Junid.


b) Sangat manja dan jinak serta gemuk dan sihat kerana sering diberi makan oleh Junid.

c) Menyayangi Junid sehinggakan tidak makan dan menunjukkan sikap murung ketika

berjauhan dengan Junid.

(iii) …..kurang didikan agama dalam diri-agama mengajar manusia menyayangi manusia dan bukan

manusia. Oleh sebab didikan agama tiada dalam diri, masyarakat berasa tidak bersalah dan tidak

bersimpati apabila melakukan penyeksaan terhadap haiwan.

…...ibu bapa tidak menunjukkan rasa belas ihsan terhadap binatang kepada anak-anak sejak kecil.

Akhirnya, tiada kasih sayang dan rasa simpati dalam diri anak-anak.

Soalan 3

Tema

Usaha dan kegigihan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah dan guru-guru membangunkan koperasi
sekolah mereka.

PERSOALAN:

1. Persoalan semangat bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas.

· Razali dan rakan-rakannya seperti Ramlah , Swee Lan dan Saridevi sebagai ahli lembaga pengarah
koperasi sekolah bekerjasama membersihkan tempat pemeliharaan ayam, mengemas kedai koperasi, dan bilik
bacaan sebelum menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah

2. Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya.

· Mak Sopiah amat menyayangi anaknya Razali. Apabila suaminya menghalau Razali , dia turut mengugut
akan mengikut Razali keluar dari rumah. Mak Soiah tidak percaya akan kata-kata buruk tentang anaknya.

3. Persoalan tolong-menolong dalam mencapai suatu kejayaan.

· Razali sanggup menolong Munir dalam pelajarannya semasa Munir digantung persekolahan dan
ketinggalan dalam pelajarannya Dia sanggup menerangkan tentang pelajaran yang telah dipelajarinya kepada
Munir kerana peperiksaan semakin hampIr.

4. Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja


· contoh Ramlah tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali menghadapi dugaan seperti
dituduh menceroboh kedai koperasi.

5. Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akal

· contohnya Munir yang mendendami Razali gara-gara tidak dapat menjalinkan hubungan dengan Ramlah
sehinggakan sanggup memukul dan memfitnah Razali menceroboh koperasi sekolah.

6. Sifat memaafkan orang lain merupakan sifat terpuji

· contohnya Razali sanggup memaafkan Munir yang telah memfitnahnya mencuri wang RM200 dari
Koperasi sekolah

7. Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan hidup remaja

· contohnya Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya membelasah Razali menyebabkan
mereka berdua dijatuhi hukuman rotan oleh pengetua.

BAHAGIAN C

Petikan 1 (Ringkasan)

Isi-isi Penting

a. Perilaku remaja di luar Batasan kerana keinginan untuk diterima oleh rakan dalam kumpulan.
b. Mereka kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.
c. Kurangnya didikan agama juga menyebabkan remaja tidak berasa malu untuk melakukan kesalahan.
d. Golongan remaja yang bermasalah ini juga gagal untuk membezakan perkara yang baik dan perkara
yang buruk.
e. Ada remaja yang melakukan salah laku kerana mahu mencari indentiti sendiri.
f. Remaja amat mudah terpengaruh oleh perkara-perkara buruk.
g. Remaja mudah terpengaruh oleh pelbagai bahan yang kurang baik yang diperoleh melalui internet.

Petikan 2 (Ulasan)

1. Sabtu, 3 Mei 2022


2. memberikan maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai tentang penjagaan kesihatan.
3. pelbagai aktiviti menarik disediakan
4. senamrobik, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, derma darah, demonstrasi CPR, ceramah
kesihatan
5. kuiz kesihatan dan pertandingan mewarna turut diadakan

Anda mungkin juga menyukai