Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan PIBG sempena Majlis Penetapan Target dan Aku Janji STPM dan

SPM 2022

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan Salam Sejahtera

Yang dihormati,

Pn Yin Siew Lye,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Intan Rozana Binti Mohd Khalil,


Guru Penolong Kanan Hem,

Pn. Ariffah Binti Kamaruddin,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Pn. Norfaryda Binti Mohamed Sheraj,


Guru Penolong Kanan Ting. Enam

Barisan Guru-Guru Kanan, Guru-Guru


Ibu Bapa Dan Pelajar Yang Dikasihi Sekalian….

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita
semua dapat berkumpul pada pagi yang cukup bermakna hari ini sempena Majlis Penetapan
Target dan Aku Janji STPM dan SPM 2022. Saya juga ingin mengucapkan selamat datang dan
mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa ke Majlis Aku Janji.

Sebagai murid anda dipandang dan diletakkan pada kedudukan tinggi oleh masyarakat.
Masyarakat mengharapkan anda menjadi pewaris kepimpinan, peneraju ekonomi,pencipta
ilmu dan teknologi, ejen perpaduan dan perubahan serta sumber modal insan sektor awam
dan swasta. Justeru, tugas anda adalah membalas harapan mereka dengan sebaik mungkin
dengan menyemai bakti demi keutuhan agama, bangsa dan negara.
Setiap tugasan yang diberikan oleh guru perlu mestilah disiapkan dengan sebaik mungkin
mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Jadikan ia sebagai tanggungjawab dan amanah,
bukan sekadar “Melepaskan batok di tangga,” “Janji asal siap” tetapi hasilnya tidak
mencerminkan anda sebagai murid yang akan menduduki STPM dan SPM.

Selain itu, murid perlu menanamkan nilai-nilai murni dalam diri masing- masing iaitu
amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin,
bekerjasama, berbudi mulia dan akhir sekali, bersyukur. Semua nilai positif ini perlu ada jika
anda ingin menjadi pelajar yang cemerlang.

Lafaz ikrar yang akan dilafazkan sebentar lagi, perlulah dihayati dengan sepenuh jiwa,
difahami akan maksudnya. Janganlah mengambil enteng akan bait-bait lafaz ikrar tersebut,
kerana ikrar itu akan menjadi panduan dan bimbingan anda untuk menggapai kejayaan dan
kecemerlangan dalam STPM dan SPM.

Pada kesempatan ini juga, saya mewakili PIBG sekolah ingin meminta kerjasama para waris
agar sentiasa peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah.
Mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan sesuatu yang mudah, pastinya
memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-kedua pihak. Ibu bapa dan pihak sekolah
perlu sama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi perkembangan dan
kejayaan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua
pihak memainkan peranan masing-masing.

Saya ingin titipkan sedikit nasihat sebelum mengundur diri. Berusahalah untuk melakar
kejayaan dengan penuh cemerlang. Patuhilah segala peraturan, turutilah segala nasihat,
pasti anda tidak akan menghadapi masalah dalam menjalani hidup sebagai murid sekolah.
Akhir kata, belajarlah dengan tekun dan tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh untuk
mencapai cita-cita yang diimpikan.
Peluang dan ruang telah terbuka seluas-luasnya, maka rebutlah sehingga pada satu hari
nanti anda akan berterima kasih kepada pihak sekolah dan guru yang telah mengajar anda
kerana telah membentuk jati diri, personaliti, sikap, akhlak dan pemikiran apabila anda
berada di tahap kejayaan yang tertinggi pada masa hadapan.

Sekian,

wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai