Anda di halaman 1dari 22

KERTAS KONSEP

KEJOHANAN OLAHRAGA
MSSD BINTULU
TAHUN 2022
(SEKOLAH RENDAH)

ANJURAN :

MAJLIS GURU BESAR DAERAH BINTULU


&
UNIT SUKAN
SEKTOR PEMBANGUNAN BAKAT MURID
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BINTULU

DIKELOLAKAN OLEH :

SK KIDURONG
SK AGAMA (M.I.S) BINTULU
SK SUNGAI SILAS

TARIKH KEJOHANAN :
28 HINGGA 30 JUN 2022

1
JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2022

Penaung : Encik Fred Anak Entau


(Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu)
Sektor Perancangan

Penasihat 1 : Encik Tero Anak Bayel


(Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu)
Sektor Pembangunan Bakat Murid

Penasihat 2 : Encik Togang Sedin


(Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Bintulu)

Penolong Penasihat : Encik Dzulfikar Bin Awang


(Penolong Pegawai Pendidikan)
Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Bintulu

Pengurusi Utama : Encik Sintan Anak Lugat


(Guru Besar SK Kidurong)

Pengerusi Bersama : Puan Hajah Dayang Latifah Binti Awang Sam


(Guru Besar SK Agama (M.I.S) Bintulu)

Encik Boniface Anak Jonathan Paun


(Guru Besar SK Sungai Silas)

Setiausaha 1 : Encik James Anak Duyun


(Penolong Kanan Kokurikulum SK Kidurong)

Setiausaha 2 : Puan Norjanah Binti Bujang


(Penolong Kanan Kokurikulum SK Agama (M.I.S) Bintulu)

Setiausaha 3 : Priscella Sofea Anak Sudin


(Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Silas)

Penolong Setiausaha 1 : Encik Muhammad Muhaimin Bin Mansor


(Setiausaha Sukan SK Kidurong)

Penolong Setiausaha 2 : Encik Mohd. Shamirul Bin Mohd. Ikhwan


(Setiausaha Sukan SK Agama (M.I.S) Bintulu)

Penolong Setiausaha 3 : Cik Intan Binti Khas


(Guru SK Sungai Silas)

Bendahari 1 : Puan Siti Hajar Binti Malaya


(SK Kidurong)

Bendahari 2 : Puan Saudah Binti Lokman


(SK Agama (M.I.S) Bintulu)

2
Bendahari 3 : Puan Nurul Syazwani Binti Awang Noordin
(SK Sungai Silas)

Teknikal Pertandingan : Encik Razlie Bin Maidin


(SK Sungai Kem Batu 18)
Pegawai Teknikal MSSR Daerah Bintulu

Ahli – Ahli : Semua Guru Besar Daerah Bintulu

3
JAWATANKUASA KECIL PENGELOLA KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2022

Urusetia : SK Kidurong
SK Agama (M.I.S) Bintulu
SK Sungai Silas

Buku Program : Guru Besar


(SK St. Anthony)

Dokumentasi : Setiausaha Sukan SK Kidurong


Setiausaha Sukan SK Agama (M.I.S) Bintulu
Setiausaha Sukan SK Sungai Silas

Teknikal & Kepegawaian : Encik Razlie Bin Maidin


(SK Sungai Kem Batu 18)

Peralatan Pertandingan : Guru Besar


(SK Kidurong 2)

Peralatan / Kemudahan Kejohanan : Guru Besar


(SK Tanjung Batu)

Pembantu Teknikal (Murid) : Guru Besar


(SK Asyakirin)

Keputusan Rasmi & Statistik : Guru Besar


(SK Sungai Kem Batu 18)

Kebersihan : Guru Besar


(SJK(C) Kai Ming)

Minuman & Makanan AJK Bertugas : Guru Besar


(SK Sungai Setulan, SK Sungai Setiam & SK Sungai Selad)

Jamuan VIP : Guru Besar


(Pembukaan & Penutupan) (SK Ulu Segan & SK Sungai Silas)

Sambutan & Protokol : Semua Guru Besar


(MGB Daerah Bintulu)

Bantu Mula & Kecemasan : Guru Besar


(SJK(C) Chung Hua & SJK(C) Chung Hua No. 2)

Hadiah, Sijil & Cenderamata : Guru Besar


(SK Kidurong & SK Agama (M.I.S) Bintulu)

Keselamatan & Kawalan : Guru Besar


(SJK(C) Siong Boon & SJK(C) Sebiew Chinese)

Publisiti & Siaraya : Guru Besar


(SK Kampung Nyalau & SK Kuala Nyalau)

4
Pengacaraan Majlis Kejohanan : Guru Besar
(SK Bintulu)

Majlis Perasmian Pembukaan : Guru Besar


(SK Kampung Baru & SK Orang Kaya Mohammad)

Majlis Penangguhan Kejohanan : Guru Besar


(SK Kampung Jepak & SK Sungai Tisang)

Persiapan Pentas : Guru Besar


(SK Desa Lavang)

5
PANDUAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA

1. Urusetia
o Memastikan kelancaran kerja pemilihan
o Menentukan cara pemilihan ( Berhubung dengan ketua jurulatih )
o Mengedar borang penyertaan dan mengumpul semua senarai penyertaan.
o Menyedia borang – borang penilaian kepada setiap AK Kehakiman serta borang rumusan
keseluruhan untuk tindakan AJK Pencatat Keputusan
o Menentukan tarikh bagi mesyuarat dan penyertaan
o Mengumpul semula segala rekod keputusan selepas pemilihan dibuat
o Mengumumkan nama peserta yang terpilih untuk mewakili zon keperingkat bahagian
o Menyelaras semua JKK, terutamanya bagi pengurusan dan teknik
o Menyediakan pelan tindakan untuk semua AJK

2. Buku program
o Berhubung dengan urusetia untuk penyusunan aturcara/senarai peserta/pasukan
o Mendapatkan senarai nama peserta dan kontigen dari pegawai teknikal.
o Menaip, mencetak, menyusun dan mengedar buku program
o Menyediakan buku program digital menggunakan aplikasi Anyflip.
o Mengedarkan buku program kepada tetamu VIP (hardcopy)
o Menghias buku program khas untuk tetamu VIP dan tetamu jemputan khas (hardcopy).

3. Dokumentasi
o Membuat pelaporan kejohanan.
o Mengambil gambar sepanjang kejohanan untuk tujuan pelaporan.
o Mengumpul data dari AJK Statistik dan dimasukan ke dalam laporan.

4. Peralatan pertandingan
o Meminta senarai peralatan pertandingan yang digunakan dari pegawai teknik daerah Bintulu.
o Mencari peralatan pertandingan yang diperlukan seperti yang telah disenaraikan.
o Menentu dan menyediakan segala peralatan yang diperlukan sebelum dan semasa
o Menghantar segala alatan ke tempat pertandingan sebelum kejohanan
o Mengembalikan dan mengangkut semula segala peralatan selepas kejohanan
o Mengemas alatan selepas kejohanan dan pastikan ada pada tempatnya

5. Peralatan kemudahan kejohanan


o Mengurus dan meminjam khemah
o Mendirikan khemah sehari sebelum kejohanan
o Mengurus hal berkaitan dengan peminjaman kerusi dan meja semasa kejohanan
o Memastikan khemah, kerusi dan meja telah disediakan semasa kejohanan.
o Memastikan kerusi, khemah dan meja yang digunakan semasa kejohanan dikembalikan.
o Meminta senarai kemudahan kejohanan dari pegawai teknikal daerah.
o Menguruskan bilik dan peralatan seperti kerusi dan meja untuk AJK Statistik, AJK Dokumentasi &
AJK Sijil.

6. Pembantu teknikal murid


o Memastikan murid berada di stesen yang telah ditetapkan oleh pegawai teknikal daerah.
o Membantu jawatankuasa teknikal sepanjang kejohanan.
o Memastikan murid sudah berada di kawasan kejohanan mengikut masa yang telah ditetapkan.
o Menjadi ‘runner’ kepada jawatankuasa teknikal sepanjang kejohanan.

6
7. Keputusan rasmi & statistik
o Mengisi rekod keputusan setiap acara
o Membuat pengiraan markah dengan tepat untuk setiap acara
o Menghantar rekod kepada Penyelia Hadiah dan Juruacara kejohanan dan satu salinan disimpan
dalam fail urusetia
o Merujuk kepada Pengurus Kejohanan/Teknikal bagi kes-kes bantahan/rayuan
o Memastikan rekod yang telah diisi tidak dipengaruhi oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan
o Laporan keputusan hanya sah diterima dari Para Hakim balapan/penamat
o Menyerahkan segala fail keputusan kepada pihak pengelola.
o Berhubung dengan pegawai teknikal yang telah dilantik mengenai keputusan kejohanan.
o Menyediakan data kejohanan.
o Memasukan data keputusan ke dalam sistem kejohanan.

8. Kebersihan
o Memastikan keadaan sentiasa bersih sepanjang kejohanan
o Menyediakan plastik sampah
o Memastikan setiap khemah peserta disediakan tong sampah/plastik sampah
o Menjalankan tugas pembersihan selepas kejohanan
o Membuat kutipan sampah dan membersih tandas dari semasa ke semasa sepanjang kejohanan

9. Makanan & minuman AJK bertugas


o Menentukan menu yang sesuai
o Berhubung dengan pembekal untuk tujuan tempahan
o Membuat anggaran kos perbelanjaan berdasarkan keperluan
o Mengurus dan mengagihkan makanan dan minuman kepada semua AJK yang bertugas

10. Jamuan VIP (Pembukaan & penangguhan rasmi)


o Menentukan menu yang sesuai untuk jamuan VIP.
o Berhubung dengan pembekal untuk tujuan tempahan.
o Membuat anggaran kos perbelanjaan berdasarkan keperluan.
o Menghias dan membuat ‘setting table’ untuk jamuan VIP.
o Membuat pelan tempat duduk untuk jamuan.
o Memastikan peralatan untuk makan, kerusi dan meja untuk jamuan mencukupi.

11. Sambutan & protocol


o Menentukan tetamu jemputan
o Menentukan tempat duduk bagi jemputan
o Menyambut tetamu jemputan
o Mengedar buku aturcara kepada jemputan

12. Bantu mula & kecemasan


o Menyediakan peralatan pertolongan cemas
o Menyediakan tempat rawatan
o Menyediakan ahli-ahli PBSM mencukupi
o Merawat peserta yang perlukan rawatan
o Bertindak dan menghantar dengan segera peserta yang cedera teruk ke hospital
o Berhubung atau menulis surat kepada pihak berkaitan [hospital] jika perlu

13. Hadiah, sijil & cenderamata


o Menempah/menyemak dan menyusun atur hadiah
o Membungkus dan menghias hadiah/cenderamata
o Memastikan hadiah dan cendramata mencukupi

7
o Menyediakan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan seperti alas meja/dulang
o Memastikan hadiah yang disusun dan diserah kepada pemenang mengikut jumlah dan jenis acara
yang betul
o Menyedia Cenderamata kepada tetamu jemputan atau VIP
o Sentiasa berhubung dengan AJK pencatat Keputusan Rasmi dan juruacara untuk memastikan
perjalanan majlis penyerahan hadiah/cenderamata berjalan lancar
o Menyenaraikan calon-calon yang sesuai untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah
o Mereka dan menyediakan tapak sijil penyertaan dan pencapaian

14. Keselamatan & kawalan


o Memastikan keadaan di sekolah atau stadium selamat
o Mengawal/meronda di kawasan kejohanan [mohon kerjasama dari pegawai polis atau pegawai
perhubungan sekolah jika perlu)
o Mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara-perkara yang dijangka
memudaratkan/membahayakan

15. Pengacaraan majlis kejohanan


o Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program kejohanan/perasmian penutupan
o Membuat pengumuman kepada orang ramai maklumat yang berkaitan dengan kejohanan, acara
yang dipertandingkan, keputusan pertandingan.
o Sentiasa berhubung dan berkerjasama dengan AJK Pencatat Keputusan, AJK Hadiah dan Penyelia
peserta, bagi memastikan majlis penyampian hadiah berjalan lancar.

16. Publsiti & siaraya


o Menempah dan memastikan peralatan P.A System sesuai dengan keadaan tempat kejohanan
o Menentukan segala peralatan disediakan dan berfungsi dengan baik disepanjang majlis
o Menyediakan muzik-muzik yang sesuai untuk dimainkan sepanjang kejohanan dilaksanakan
o Mengemas, menyimpan dan mengembalikan semula segala peralatan yang telah diguna atau
dipinjam
o Menempah banner kejohanan, banner perasmian pembukaan kejohanan & banner majlis
penangguhan rasmi.
o Menghasilkan/mereka banner kejohanan, banner perasmian pembukaan kejohanan & banner majlis
penangguhan rasmi
o Menggantung banner yang telah ditempah di tempat kejohanan
o Membuat surat hebahan kepada media massa (stesen TV, radio & surat khabar)
o Menjemput wartawan untuk membuat liputan kejohanan olahraga

17. Perasmian pembukaan


o Merancang majlis perasmian pembukaan
o Melantik pembaca doa untuk majlis perasmian pembukaan kejohanan
o Melantik juruacara sepanjang majlis perasmian pembukaan kejohanan
o Menyediakan papan pelekat setiap sekolah di padang
o Memastikan aktiviti perbarisan setiap sekolah berjalan dengan lancar
o Menyediakan pelan kedudukan kontinjen setiap sekolah di padang
o Memikirkan gimik majlis perasmian pembukaan kejohanan
o Menyusun atur dan menyediakan tempat dan peralatan yang diperlukan untuk perhimpunan
o Memastikan acara berjalan lancar sepanjang majlis perasmian pembukaan kejohanan
o Menyediakan aturcara program penangguhan rasmi

18. Penangguhan rasmi


o Merancang majlis penurunan bendera dan serahan
o Melantik pembaca doa untuk majlis penangguhan rasmi
o Melantik juruacara sepanjang majlis penangguhan rasmi
o Memikirkan gimik penangguhan rasmi kejohanan
o Menyediakan papan pelekat setiap sekolah di padang

8
o Berhubung dengan AJK keputusan rasmi & statistik tentang keputusan kejohanan
o Menyusun atur dan menyediakan tempat dan peralatan yang diperlukan untuk perhimpunan.
o Memastikan acara berjalan lancar sepanjang majlis penangguhan rasmi
o Menyediakan aturcara program penangguhan rasmi

19. Persiapan pentas


o Menghias grandstand – Memasang backdrop/ banting/susun atur kerusi meja tetamu/hiasan
bunga/menyediakan gelas minuman/alas meja tetamu
o Mengemas pentas/ grandstand selepas digunakan

9
MAKLUMAT KEJOHANAN

1. Nama Kejohanan
Kejohanan Olahraga MSS Daerah Bintulu (MSSD) Sekolah Rendah 2022

2. Pengelola Kejohanan
SK Kidurong & SK Agama (M.I.S) Bintulu

3. Tarikh, Masa & Tempat Kejohanan


Tarikh : 28, 29 & 30 Jun 2022
Masa : 7.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Stadium Bintulu

4. Kategori Kejohanan
Lelaki B12 tahun & perempuan B12 tahun
Lelaki B11 tahun & perempuan B11 tahun
Lelaki B10 tahun & perempuan B10 tahun

5. Penyertaan Kontinjen
Sekolah – sekolah rendah daerah Bintulu

6. Acara Dipertandingkan

BIL ACARA LELAKI PEREMPUAN


10 TKB 11 TKB 12 TKB 10 TKB 11 TKB 12 TKB
1 60 M X - - X - -
2 100 M X X X X X X
3 200 M - X X - X X
4
5 80MLari Berpagar - X X - X X
0.762 M 0.762 M 0.762 M 0.762 M
6 4 X 100 M X X X X X X
7 4 X 200 M - X X - X X
8 Lompat Tinggi X X X X X X
9 Lompat Jauh X X X X X X
10 Melontar Peluru X X X X X X
2.00 Kg 2.72 Kg 2.72 Kg 2.00 Kg 2.72 Kg 2.72 Kg
JUMLAH 6 8 8 6 8 8

7. Hadiah & Sijil


 Sijil
a) Sijil penyertaan peserta
b) Sijil penyertaan sekolah
c) Sijil pencapaian tempat 1 hingga 3 peserta
d) Sijil pencapaian atlet terbaik setiap kategori
e) Sijil pencapaian olahragawan & olahragawati kejohanan
f) Sijil pencapaian sekolah terbaik keseluruhan bagi setiap kategori
g) Sijil pencapaian johan, naib johan & tempat ketiga kejohanan MSSR daerah
h) Sijil penghargaan ahli jawatankuasa

10
 Hadiah
a) Hanging medal acara individu (102 unit)
b) Hanging medal acara berpasukan (120 unit)
c) Piala atlet terbaik setiap kategori (6 unit)
d) Piala olahragawan & olahragawati (2 unit)
e) Piala pencapaian sekolah terbaik keseluruhan bagi setiap kategori (6 unit)
f) Piala johan keseluruhan (1 unit)
g) Piala naib johan (1 unit)
h) Piala tempat ketiga kejohanan (1 unit)

8. Kepegawaian
Jumlah pegawai yang bertugas pada setiap sesi adalah seperti berikut :

BIL PEGAWAI ANGGARAN


1. Pengurusan (PTPS) 2
2. Referi Balapan 1
3. Ketua Hakim Balapan 1
4. Hakim Balapan 8
5. Ketua Penjaga Masa 1
6. Penjaga Masa 11
7. Pelepas 1
8. Penolong Pelepas 3
9. Ketua Pengadil 1
10. Pengadil 8
11. Referi Padang 2
12. Ketua Hakim Lompatan 2
13. Hakim Lompatan 7
14. Ketua Hakim Lontaran 1
15. Hakim Lontaran 3
16. Penyelia Peserta 7
17. Kuarantin 4
18. Statistik 6
19. Juruhebah 2
20. Pembantu Teknikal (Pelajar) 21
JUMLAH 93

9. Tarikh – Tarikh Penting


a) Mesyuarat Pengelolaan Kejohanan Olahraga MSSD Bintulu 2022
Tarikh : 25 Mei 2022
Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Greens Hotel & Suites

11
b) Pendaftaran Penyertaan Ditutup
Tarikh : 20 Jun 2022
Hari : Isnin
Masa : 12.00 tengah malam

c) Mesyuarat Pelaporan Jawatankuasa


Tarikh : 17 Jun 2022
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik mesyuarat, SK Agama

d) Mesyuarat Pengurus Pasukan & Undian Lorong


Tarikh : 23 Jun 2022
Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik mesyuarat, SK Agama

e) Taklimat Pegawai Kejohanan


Tarikh : 27 Jun 2022
Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Stadium Bintulu

f) Majlis Perasmian Pembukaan


Tarikh : 28 Jun 2022
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Stadium Bintulu
Tetamu : YB Dato Majang Anak Renggi

g) Majlis Penangguhan Kejohanan


Tarikh : 30 Jun 2022
Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Stadium Bintulu
Tetamu : YB Dato Seri Tiong King Sing

h) Latihan Pusat Pasukan MSSR Daerah Bintulu


Tarikh : 4 hingga 8 Julai 2022
Hari : Isnin hingga Jumaat
Tempat : Stadium Bintulu

12
PERATURAN & SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSR DAERAH BINTULU


2020 PERINGKAT UMUR 10 TAHUN, 11 TAHUN DAN 12 TAHUN KE BAWAH
28 HINGGA 30 JUN 2022

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM),
Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan-Peraturan
Pertandingan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang terkini.

2. ACARA-ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGAN

BIL ACARA LELAKI PEREMPUAN


10 TKB 11 TKB 12 TKB 10 TKB 11 TKB 12 TKB
1 60 M X - - X - -
2 100 M X X X X X X
3 200 M - X X - X X
4
5 80MLari Berpagar - X X - X X
0.762 M 0.762 M 0.762 M 0.762 M
6 4 X 100 M X X X X X X
7 4 X 200 M - X X - X X
8 Lompat Tinggi X X X X X X
9 Lompat Jauh X X X X X X
10 Melontar Peluru X X X X X X
2.00 Kg 2.72 Kg 2.72 Kg 2.00 Kg 2.72 Kg 2.72 Kg
JUMLAH 6 8 8 6 8 8

2.1 ACARA 80 METER LARI BERPAGAR

PAGAR KE
TINGGI PAGAR 1 DARI PAGAR
KATEGORI BIL. PAGAR GARISAN
PAGAR GARISAN PERMULAAN KE PAGAR
PENAMAT
11 TKB (L&P) 8 (80 M) 0.762 M 12.00 M 8.00 M 12.00 M
12 TKB (L&P) 8 (80 M) 0.762 M 12.00 M 8.00 M 12.00 M

2.2 ACARA 4 X 200 METER

 Pelari pertama akan menggunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1½ stagger – seperti pelari
pertama dalam acara 4 X 400 M.
 Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan (di kawasan permulaan 200
M).
 Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 M). Selepas
menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari di lorong masing-masing sehingga
ke selekoh pertama dan kemudiannya beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama.
 Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton (kawasan permulaan 200 M) mengikut urutan
senarai permulaan pelari pertama dan berbaris dari lorong dalam ke luar dan menerima baton dengan

13
syarat dia tidak menukar kedudukan tempat penerima dan menghalang atau menolak peserta lain.

2.3 ACARA LOMPAT TINGGI

KATEGORI LELAKI PEREMPUAN


10 TKB 1.00 M 1.00 M
11 TKB 1.10 M 1.00 M
12 TKB 1.20 M 1.10 M

3. HADIAH – HADIAH

 Acara Individu – Pingat untuk pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.
 Acara Berpasukan – Empat pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya menduduki
tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.
 Hadiah Khusus :
o Atlit Terbaik Lelaki Kategori 10, 11 & 12 TKB
o Atlit Terbaik Perempuan Kategori 10, 11 & 12 TKB
o Olahragawan
o Olahragawati
o Piala Keseluruhan Terbaik bagi setiap Kategori (lelaki dan perempuan)
o Johan Keseluruhan
o Naib Johan
o Ketiga

4. CARA PERTANDINGAN

Setiap SEKOLAH dibenarkan menghantar tidak lebih daripada DUA (2) orang peserta bagi setiap acara individu
(TIADA SIMPANAN) dan SATU (1) pasukan bagi acara lari berganti-ganti. Bilangan maksima penyertaan
seseorang peserta adalah seperti berikut:

KATEGORI INDIVIDU LARI BERGANTI-GANTI


10 TKB 2 1
11 TKB 2 2
12 TKB 2 2

5. PENDAFTARAN PESERTA

 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan pendaftaran secara online di www.smis.events yang kata
pengguna dan kata laluan disediakan oleh jawatankuasa Pengelola.
 Semasa membuat pendaftaran atlet, sila pastikan TARIKH LAHIR, NO KAD PENGENALAN / NO SIJIL LAHIR
dan JANTINA peserta adalah BETUL. Sekiranya silap, kontinjen akan menghadapi masalah semasa
pendaftaran acara, iaitu peserta akan termasuk dalam acara bagi kategori yang salah.
 Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Pengetua atau Penolong
kanan Kokurikulum sekolah masing- masing.
 Pihak kontinjen juga diminta untuk mencetak SLIP PESERTA untuk SEMUA KATEGORI di atas kertas warna
PUTIH 80gsm ke atas.
 Tarikh Tutup : 20.06.2022 [11.59 malam]
 Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti dikehendaki mendaftar juga.
 Peserta-peserta yang menyertai Acara Lari Berganti-ganti dikehendaki mendaftar juga.
 Umur dan Tahun Lahir Peserta
o 10 TKB – Lahir pada 01.01.2012 dan selepasnya

14
o 11 TKB – Lahir pada 01.01.2011 – 31.01.2011 sahaja.
o 12 TKB – Lahir pada 01.01.2010 dan selepasnya.
 Dokumen Pengesahan
o Kad Peserta yang telah disahkan.
o Borang Khas Penyertaan(Borang R01) beserta gambar dan satu salinan Surat
o Beranak yang telah disahkan oleh Guru Besar Sekolah yang berkenaan.

6. PENGESAHAN PESERTA – PESERTA

 Mesyuarat pengundian
o Mesyuarat Pengundian akan diadakan pada 23 JUN 2022.
o Penasihat Teknikal & Pengerusi Teknik dan pembangunan Olahraga MSSR Daerah Bintulu serta
semua Ketua Jurulatih Pasukan dijemput untuk pengundian tersebut.
o Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan
selewat-lewatnya dalam mesyuarat tersebut.
o Sebarang penggantian untuk peserta yang menarik diri (jika ada) hendaklah dibuat dalam mesyuarat
pengundian ini. Selepas ini, sebarang pertukaran dan penggantian TIDAK AKAN DILAYAN.

7. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 23 JUN 2022


 Semasa taklimat ini, hanya perkara-perkara berikut yang berkaitan dengan senarai peserta boleh dilakukan:
 Penarikan diri dan penggantian dibenarkan (Pendaftaran baru tidak dibenarkan)
 Pengesahan peserta (Penyemakan Sijil Lahir, Kad Peserta dengan gambar dan maklumat yang lengkap.)

8. PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN

 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan, tidak mengambil
bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera
daripada Pegawai Perubatan
 Kejohanan, atlet berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas
namanya.
 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam
pusingan awal tanpa surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan adalah
dianggap telah menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.
 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan
hanya boleh mengambil bahagian sterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan
mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

9. BORANG ACARA LARI BERGANTI-GANTI

Borang penyertaan rasmi lari berganti-ganti mestilah diserahkan kepada Ketua Penyelia Peserta 30 Minit sebelum
pertandingan dimulakan.

10. MELAPOR DIRI PESERTA

 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 Minit bagi
acara padang sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Waktu tutup pendaftaran adalah 15
minit sebelum acara bermula. Selepas itu mereka akan dibawa ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.
 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena
pertandingan.
 Hebahan kepada peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT.
Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program
kejohanan.
 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin

15
pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.
 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan KAD PESERTA &
NOMBOR PESERTA kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta
berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.
 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri akan dianggap sebagai telah menarik diri.

11. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar ke / dari arena pertandingan oleh
Penyelia Peserta.
 Untuk acara balapan, selepas acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing,
berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan setelah
isyarat diberi akan balik ke tempat peserta dengan serta-merta tanpa memasuki padang.

12. MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditetapkan.

13. PERMULAAN DAN PERALATAN

Bagi acara-acara Balapan, mulaan dekam (Croach Start) MESTI DIGUNAKAN tetapi penggunaan blok permulaan
(Starting Blocks) tidak diwajibkan dan terpulang kepada peserta itu sendiri.

14. PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN

 Paku kasut : Panjang maksimum paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi 6 mm bagi acara balapan dan tidak
melebihi 9 mm bagi acara padang dan lompatan.
 Peralatan : Pihak pengelola akan menyediakan semua peralatan pertandingan. Penggunaan peralatan
sendiri dibenarkan dengan syarat peralatan itu diserahkan kepada pengurus teknik terlebih dahulu.
 Baju : Bagi acara berpasukan semua peserta dikehendaki memakai baju yang sama mengikut pasukan
masing-masing

15. CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN

Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk menanda di tempat-
tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan pita (disediakan sendiri).

16. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN DAN PENENTUAN

Johan keseluruhan setiap peringkat umur ialah SEKOLAH yang mendapat pungutan pingat emas yang tertinggi
berdasarkan pencapaian semua acara individu dan pasukan dalam kumpulan umur tersebut. Jika berlaku seri,
maka pungutan pingat perak akan diambil kira. Jika berlaku seri lagi, maka pungutan pingat gangsa akan diambil
kira.

17. KELAYAKAN KE PERINGKAT AKHIR

 Semua pengundian untuk menentukan lorong dan kedudukan akan ditentukan semasa Mesyuarat Pengurus
Pasukan

16
 Semua peserta yang menyertai kejohanan ini untuk acara padang akan terus layak ke peringkat akhir
manakala untuk acara balapan, saringan akan dijalankan.
 Dua saringan, 3 (tiga) peserta pertama dari setiap separuh akhir dan 2 (dua) peserta yang memperolehi masa
terbaik dari mana-mana dua separuh akhir akan layak ke peringkat akhir.
 Jika berlaku saringan lebih daripada 2 saringan maka keputusan akan ditentukan seperti berikut:
 Jika 3 saringan – 2 peserta pertama dari setiap saringan dan ditambah 2 peserta yang memperolehi masa
yang terpantas dari mana-mana 3 saringan.
 Jika 4 saringan – 3 peserta pertama dari setiap saringan dan ditambah 4 peserta yang memperolehi masa
yang terpantas dari mana-mana 4 saringan.
 Jika 5 saringan – 2 peserta pertama dari setiap saringan dan ditambah 6 peserta yang memperolehi masa
yang terpantas dari mana-mana 5 saringan dan seterusnya
 Jika 6 saringan – 2 peserta pertama dari setiap saringan dan ditambah 4 peserta yang memperolehi masa
yang terpantas dari mana-mana 6 saringan dan seterusnya
 Jika 7 saringan – 2 peserta pertama dari setiap saringan dan ditambah 2 peserta yang memperolehi masa
yang terpantas dari mana-mana 7 saringan dan seterusnya

18. NOMBOR PESERTA

 Kod nombor SEKOLAH-SEKOLAH adalah seperti berikut :

BIL SEKOLAH KOD


1 SK AGAMA (M.I.S) BINTULU A
2 SK ASYAKIRIN B
3 SK BINTULU C
4 SK DESA LAVANG D
5 SK KAMPUNG JEPAK E
6 SK KAMPUNG NYALAU F
7 SK KG BARU G
8 SK KIDURONG H
9 SK KIDURONG II I
10 SK KUALA NYALAU J
11 SK ORANG KAYA MOHAMMAD K
12 SK SG KEM BATU 18 L
13 SK SG SELAD M
14 SK SG SETIAM N
15 SK SG SILAS Z
16 SK SG. SETULAN P
17 SK SG. TISANG Q
18 SK ST. ANTHONY R
19 SK TANJUNG BATU S
20 SK ULU SEGAN T
21 SJK SIONG BOON U
22 SJK SEBIEW CHINESE V
23 SJK KAI MING W
24 SJK CHUNG HUA BINTULU 2 X
25 SJK CHUNG HUA BINTULU Y

17
KATEGORI 10 TAHUN KATEGORI 11 TAHUN KATEGORI 12 TAHUN
LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN
401 – 450 451 – 499 501 – 550 551 – 599 601 – 650 651 – 699

KUMPULAN UMUR WARNA NOMBOR


10 TKB (LELAKI DAN PEREMPUAN) (Warna BIRU atas kain putih)
11 TKB (LELAKI DAN PEREMPUAN) (Warna MERAH atas kain putih)
12 TKB (LELAKI DAN PEREMPUAN) (Warna HITAM atas kain putih)

 Nombor-nombor tersebut hendaklah disediakan oleh SEKOLAH masing-masing.


 Semua nombor mesti dicetak di atas kain putih yang berukuran 20 sentimeter X 14 sentimeter dengan
(Lettering Arial Black).
 Nombor tersebut boleh dicetak di atas baju T atau singlet peserta menggunakan ukuran dan warna yang
sama.

LOGO
SK ABCDE

A401
SEKOLAH

14 CM

20 CM

19. BANTAHAN

 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOAM kecuali perkara-perkara berikut.
o Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) sesorang peserta yang tidak dapat
diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula maka peserta tersebut boleh
mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan
kepada Penasihat Teknik MSSD Bintulu kelak.
o Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan
serta-merta dan tidak lewat daripada :
 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal.
 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir
o Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan Wang Pertaruhan sebanyak
RM200.00 (Ringgit Malaysia:Dua Ratus Sahaja).

20. HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan tetapi Jawatankuasa
Pengelola dengan persetujuan Pegawai Teknik Olahraga MSS Daerah Bintulu berhak meminda susunan
acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-pengurus Pasukan akan diberitahu.
 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang
KOAM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga
MSSM termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini.

18
21. HAL – HAL LAIN

 Khemah akan disediakan untuk Pengurus Pasukan, Jurulatih-jurulatih dan peserta-peserta.


 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian,
TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN
KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan, kecuaian, kecacatan anggota,
kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecederaan lain yang berlaku :
o Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium.
o Semasa kejohanan dijalankan.
o Di dalam dan di luar kawasan stadium.
 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi
memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai-pegawai terjamin setakat mana yang
munasabah.

19
JADUAL KEJOHANAN MSSR DAERAH BINTULU 2022

TARIKH: 28 JUN 2022 (SELASA) PAGI JUMLAH PINGAT:6


ACARA
NO ACARA MASA Acara KATEGORI PERINGKAT
AKHIR
101 8:00 am LOMPAT JAUH P10T AKHIR
102 8:00 am LOMPAT TINGGI L12T AKHIR
103 8:00 am LONTAR PELURU L10T AKHIR
104 8:00 am 100M P10T SARINGAN 124
105 8:30 am 100M L10T SARINGAN 125
106 9:00 am 100M P11T SARINGAN 126
107 9:30 am 100M L11T SARINGAN 127
108 10:00 am 100M P12T SARINGAN 128
109 10:00 am LOMPAT JAUH L10T AKHIR
110 10:00 am LOMPAT TINGGI P12T AKHIR
111 10:00 am LONTAR PELURU P10T AKHIR
112 10:30 am 100M L12T SARINGAN 129
113 11:00 am 80M LARI BERPAGAR P11T SARINGAN 120
114 11:30 am 80M LARI BERPAGAR L11T SARINGAN 121
115 12.00 pm 80M LARI BERPAGAR P12T SARINGAN 122
116 12.30 pm 80M LARI BERPAGAR L12T SARINGAN 123

TARIKH: 28 JUN 2022 (SELASA) PETANG JUMLAH PINGAT:3


ACARA
NO ACARA MASA Acara KATEGORI PERINGKAT
AKHIR
117 02.00 pm LOMPAT JAUH P11T AKHIR
118 02.00 pm LOMPAT TINGGI L11T AKHIR
119 02.00 pm LONTAR PELURU L11T AKHIR
120 02.00 pm 80M LARI BERPAGAR P11T SEPARUH AKHIR 210
121 02.10 pm 80M LARI BERPAGAR L11T SEPARUH AKHIR 211
122 02.20 pm 80M LARI BERPAGAR P12T SEPARUH AKHIR 212
123 02.30 pm 80M LARI BERPAGAR L12T SEPARUH AKHIR 213
124 02.40 pm 100M P10T SEPARUH AKHIR 204
125 02.50 pm 100M L10T SEPARUH AKHIR 205
126 03.00 pm 100M P11T SEPARUH AKHIR 206
127 03.10 pm 100M L11T SEPARUH AKHIR 207
128 03.20 pm 100M P12T SEPARUH AKHIR 208
129 03.30 pm 100M L12T SEPARUH AKHIR 209
130 03.40 pm 4 x 100M P10T SEPARUH AKHIR 214
131 03.55 pm 4 x 100M L10T SEPARUH AKHIR 215
132 04.10 pm 4 x 100M P11T SEPARUH AKHIR 219
133 04.25 pm 4 x 100M L11T SEPARUH AKHIR 220
134 04.40 pm 4 x 100M P12T SEPARUH AKHIR 221
135 04.55 pm 4 x 100M L12T SEPARUH AKHIR 222

20
TARIKH: 29 JUN 2022 (RABU) PAGI JUMLAH PINGAT:22
ACARA
NO ACARA MASA Acara KATEGORI PERINGKAT
AKHIR
201 08:00 am LOMPAT JAUH L11T AKHIR
202 08:00 am LOMPAT TINGGI P11T AKHIR
203 08:00 am LONTAR PELURU P11T AKHIR
204 08:00 am 100M P10T AKHIR
205 08:10 am 100M L10T AKHIR
206 08:20 am 100M P11T AKHIR
207 08:30 am 100M L11T AKHIR
208 08:40 am 100M P12T AKHIR
209 08:50 am 100M L12T AKHIR
210 09:00 am 80M LARI BERPAGAR P11T AKHIR
211 09:10 am 80M LARI BERPAGAR L11T AKHIR
212 09:20 am 80M LARI BERPAGAR P12T AKHIR
213 09:30 am 80M LARI BERPAGAR L12T AKHIR
214 09:40 am 4 x 100M P10T AKHIR
215 09:50 am 4 x 100M L10T AKHIR
216 10.00 am LOMPAT JAUH P12T AKHIR
217 10.00 am LOMPAT TINGGI L10T AKHIR
218 10.00 am LONTAR PELURU L12T AKHIR
219 10.00 am 4 x 100M P11T AKHIR
220 10.10 am 4 x 100M L11T AKHIR
221 10.20 am 4 x 100M P12T AKHIR
222 10.30 am 4 x 100M L12T AKHIR
223 10.40 am 60M P10T SARINGAN 236
224 11.00 am 60M L10T SARINGAN 237
225 11.20 am 200M P11T SARINGAN 232
226 11.40 am 200M L11T SARINGAN 233
227 12.00 pm 200M P12T SARINGAN 234
228 12.20 pm 200M L12T SARINGAN 235

TARIKH: 29 JUN 2022 (RABU) PETANG JUMLAH PINGAT:3


ACARA
NO ACARA MASA Acara KATEGORI PERINGKAT
AKHIR
229 02.00 pm LOMPAT JAUH L12T AKHIR
230 02.00 pm LOMPAT TINGGI P10T AKHIR
231 02.00 pm LONTAR PELURU P12T AKHIR
232 02.30 pm 200M P11T SEPARUH AKHIR 301
233 02.40 pm 200M L11T SEPARUH AKHIR 302
234 02.50 pm 200M P12T SEPARUH AKHIR 303
235 03.00 pm 200M L12T SEPARUH AKHIR 304
236 03.10 pm 60M P10T SEPARUH AKHIR 305
237 03.20 pm 60M L10T SEPARUH AKHIR 306
238 03.30 pm 4 x 200M P11T SEPARUH AKHIR 307
239 03.45 pm 4 x 200M L11T SEPARUH AKHIR 308
240 04.00 pm 4 x 200M P12T SEPARUH AKHIR 309
241 04.15 pm 4 x 200M L12T SEPARUH AKHIR 310

21
TARIKH: 30 JUN 2022 (KHAMIS) PAGI JUMLAH PINGAT:10
ACARA
NO ACARA MASA Acara KATEGORI PERINGKAT
AKHIR
301 08:00 am 200M P11T AKHIR
302 08.20 am 200M L11T AKHIR
303 08.40 am 200M P12T AKHIR
304 09.00 am 200M L12T AKHIR
305 09.20 am 60M P10T AKHIR
306 09.40 am 60M L10T AKHIR
307 10.00 am 4 x 200M P11T AKHIR
308 10.20 am 4 x 200M L11T AKHIR
309 10.40 pm 4 x 200M P12T AKHIR
310 11.00 am 4 x 200M L12T AKHIR

22

Anda mungkin juga menyukai