Anda di halaman 1dari 4

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP

SOOK/NABAWAN & JEMPUTAN SIRI-1


ANJURAN SOOK BADMINTON CLUB

TARIKH : 27 & 28 OGOS 2022


HARI : SABTU & AHAD
MASA : 9 PAGI – 9 MALAM
TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT DAERAH KECIL SOOK

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 25 OGOS 2022


1. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
1.1 Beregu Lelaki & Perempuan tertutup Sook/Nabawan & Jemputan
1.2 Yuran = RM80.00/Regu
1.3 Tarikh Tutup pendaftaran & Pembayaran Yuran = 25 Ogos 2022
1.4 Penyertaan = Terhad : Lelaki 50 regu
: Perempuan 25 regu

1.5 Hadiah = Johan : RM800 (L) & Medal


RM600 (P) & Medal
Naib Johan : RM400 (L/P) & Medal
Ketiga Bersama : RM200 (L) & Medal
RM100 (P) & Medal

Format Pertandingan
1. Sistem kalah keluar
2. Kiraan mata 21
3. Setiap perlawanan, peserta diminta menyediakan satu biji bulu tangkis bagi setiap regu, dan
penganjur hanya menyediakan bulu tangkis pada peringkat separuh akhir.
4. 2 minit pertama setiap perlawanan adalah untuk pemanasan badan.
5. Cabutan undi akan dibuat 2 hari sebelum pertandingan dihadapan peserta ataupun wakil
peserta untuk mengelakkan berlakunya sebarang unsur pilih kasih ataupun berat sebelah.

Syarat-syarat Pertandingan
1. Terhad kepada 50 regu bagi kategori lelaki, dan 25 regu bagi kategori perempuan.
2. Jika peserta tarikh diri selepas tarikh tutup penyertaan, bayaran TIDAK akan dikembalikan.
3. Jika peserta lewat datang, peserta akan diberi masa 5 minit untuk hadir, sekiranya gagal
melakukan sedemikian makan secara langsung peserta tersebut akan disingkirkan.
(Dinasihatkan untuk datang 30 minit – 1 jam awal)
4. Dilarang merokok di dalam dewan.
5. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk bertanding di dalam 1 regu sahaja.
6. Jika pasangan tidak dapat hadir, sila maklumkan kepada penganjur sebelum perlawanan
pertama bermula dan pertukaran pasangan masih dibenarkan atas budi bicara pihak
penganjur.
7. sekiranya pasangan tidak dapat hadir selepas menyertai perlawanan pertama untuk
pusingan kedua, maka beregu tersebut secara langsung akan tersingkir dan tidak dibenarkan
menggantikan pasangan yang lain.
8. Peserta yang memiliki ID BAM/BWF TIDAK LAYAK untuk menyertai kejohanan ini.
9. Pengadil berhak mengenakan tindakan tatatertib kepada semua peserta jika melanggar
peraturan. (Tiada yang terkecuali)
10. Setiap keputusan pengadil adalah atas dasar budibicara dan muktamad.
11. Keselamatan peserta adalah paling dititikberatkan dan merupakan tangungjawab peserta
sendiri, jika berlaku apa-apa yang tidak diingini sama ada dalam dewan atau luar dewan
penganjur tidak akan bertanggungjawab.

Objektif
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua peminat badminton
untuk bersaing secara sihat. Kami memohon agar setiap peserta dapat menyertai pertandingan ini
dengan penuh semangat kesukanan dan membantu pihak penganjur untuk menjayakan
pertandingan ini dengan jayanya.
PENDAFTARAN

NAMA KUMPULAN :

NAMA PENUH (1) :


NO IC :
ALAMAT :
NO TELEFON :

NAMA PENUH (2) :


NO IC :
ALAMAT :
NO TELEFON :

PERSETUJUAN
Dengan ini kami (Peserta) telah membaca dan memahami syarat-syarat pertandingan ini. Kami
bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat tersebut dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah
kepada pihak penganjur, peserta lain, dan mana-mana pihak yang terlibat.

Tandatangan Peserta,

……………………………………………… ……………………………………………..

Sebarang soalan, hubungi :


Azmil Tan : 016-8738410
Agusrin Ambir : 011-51803707

Anda mungkin juga menyukai