Anda di halaman 1dari 4

TUGAS PEMBANTU PERIBADI

 Membantu majikan di pejabat untuk surat-menyurat (terima surat dan rekod.


Kemudian serahkan kepada majikan untuk diminitkan pada pegawai untuk
tindakan seterusnya)
 Mengedarkan surat-surat yang telah diminitkan kepada pegawai
 Menjawab panggilan telefon
 Menetapkan temujanji/jadual mesyuarat, update mesyuarat-mesyuarat di
jadual majikan serta set appointment untuk berjumpa dengan client
 Booking hotel, flight jika majikan perlu bertugas ke luar yang memerlukan
penginapan atau pengangkutan
 Mendapatkan maklumbalas mesyuarat tertentu dan hantar kepada urusetia
selepas diselaraskan / disemak oleh majikan dan lain-lain tugas yang
diarahkan
SYARIKAT LURVE SHAHEILA SDN BHD
A. BORANG PEMOHONAN PEKERJAAN
*Tandakan (/) dipetak yang disediakan
JAWATAN YANG DI POHON
Pembantu Pribadi

B. BUTIR-BUTIR DIRI

Nama Penuh :_______________________________________________


Alamat Surat Menyurat :_______________________________________________
________________________________________________
No Kad Pengenalan :_______________________________________________
Pengalaman Kerja :_______________________________________________
________________________________________________
Kelayakan :_______________________________________________
Kemahiran :_______________________________________________
Bangsa :_______________________________________________
Jantina :_______________________________________________
Taraf Perkahwinan : Bujang / Berkahwin

Saya dengan ini mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar.
Nama Pemohon : Tarikh Pemohon:

…………………………….
Tandatangan
SYARIKAT LURVE SHAHEILA SDN BHD

SOALAN TEMUDUGA
1. Kenapa Kami Perlu Mengambil Anda Bekerja?
JAWAPAN: Jika encik/puan mengambil saya bekerja, ia merupakan platform yang terbaik untuk saya
menunjukkan kebolehan saya. Walau apa pun tujuan dan impian saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk
mencapainya dalam masa yang terdekat.

2. Apa Alasan Awak Untuk Berhenti Kerja Yang Terdahulu?


JAWAPAN: Ini adalah untuk meningkatkan daya kemahiran saya, saya mahu mencari peluang yang
lebih besar untuk memajukan diri.

3. Kenapa Dah Lama Anda Menganggur?


JAWAPAN: Saya bukanlah menganggur seperti yang pihak encik/puan sangkakan. Dalam tempoh yang
lepas, saya sebenarnya banyak menghadiri khursus pemantapan diri (beri contoh nama khursus). Dalam
masa yang sama, saya juga banyak melakukan kerja-kerja sampingan seperti… (beri contoh).

4. Beritahu Saya Tentang Kebolehan Anda Untuk Bekerja Di Bawah Tekanan?


JAWAPAN: Saya akan kawal emosi agar sentiasa berada dalam keadaan tenang, seterusnya fokus untuk
melakukan pelbagai kerja dalam masa yang sama di samping menanam sifat sabar.

5. Apa Ekspektasi Anda Terhadap Sesuatu Pekerjaan?


JAWAPAN: Peluang untuk meningkatkan kemajuan diri secara professional serta menjanjikan masa
hadapan yang lebih cerah dan terjamin

6. Terangkan Tentang Pengurusan Menurut Pemahaman Anda?


JAWAPAN: Saya akan selalu peka dengan kerja dan tugasan yang diberikan malah, dari masa ke masa
akan sentiasa berbincang dengan ahli pasukan yang lain supaya kerja sentiasa berjalan dan dapat
dilengkapkan sebelum sampai waktu yang telah ditetapkan.

7. Adakah Anda Seorang Rakan Kerja Yang Prihatin?


JAWAPAN: Ya, pasukan yang mengambil saya sebagai ahlinya akan sentisa dapat menyiapkan kerja
dalam jangka waktu yang ditetapkan.

8. Apa Yang Paling Anda Tidak Suka Tentang Rakan Sekerja?


JAWAPAN: Saya percaya dengan kerjasama. Biarpun kadang-kala kita tidak dapat menjangka sifat
orang lain (rakan sekerja), saya tetap akan buat yang terbaik dan cuba untuk mengelak msalah tersebut
dariapda mempengaruhi emosi diri melainkan ianya ada kena mengena dengan tingkah peribadi saya.
9. Berapa lama Anda Jangka Untuk Bekerja Dengan Pihak Kami?
JAWAPAN: Selama mana pun. Asalkan sahaja ia mampu memberi motivasi kepada diri saya secara
profesional.

10. Di Mana Anda Lihat Diri Anda Lima Tahun Dari Sekarang?
JAWAPAN: Saya melihat diri saya sedang memegang antara posisi jawatan tertinggi dalam syarikat
malah mampu mengurus portfolio penting dalam syarikat ini.

11. Apakah Anda Merasakan Yang Anda Sudah Berjaya?


JAWAPAN: Ya, selain ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi daripada pelbagai cabaran hidup,
saya juga berasa untung kerana dapat kenal dengan ramai rakan sejawat yang bagus-bagus belaka.

12. Apa Kelemahan Anda?


JAWAPAN: Saya akan fokus terhadap satu perkara dalam satu masa.

13. Apa Kekuatan Anda?


JAWAPAN: Saya lekas belajar, merupakan rakan kerja yang aktif dan boleh diharap.

14. Apakah Jawatan yang Anda Mahukan Jika Kami Mengamahkan Anda Untuk Menyelesaikan
Sesebuah Projek?
JAWAPAN: Saya tak kisah, apa yang oenting adalah saya bisa memperolehi pengetahuan baru dalam
projek itu nanti. Saya teruja untuk bekerjasama dengan rakan-rakan pasukan yang lain.

15. Ada Apa-Apa Soalan?


JAWAPAN: Jika ini soalan yang akhir ditanya, ia sebenarnya adalah peluang keemasan untuk anda
membina satu hubungan dengan si panel yang menemu duga.

Anda mungkin juga menyukai