Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 2

Dua petikan PENDEK (SATU petikan DUA soalan)

Soalan 17 hingga Soalan 18


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tanpa berfikir panjang, Yaakob segera melompat pagar buluh yang separas
pinggangnya itu. Dia segera meluru ke arah kerbau jantan yang sedang naik
angin itu. Dia begitu nekad dengan tindakannya. Dia mesti menyelamatkan
nyawa Pak Hamid. Pak Hamid kelihatan mengerang menahan kesakitan.
Darah membasahi pahanya. Dia tidak terdaya lagi untuk bangun
menyelamatkan dirinya. "Aku perlu menarik perhatian Si Balau ini," bisik
hati Yaakob.

Yaakob cuba mengacah-acah Si Balau dengan menggunakan ranting


senduduk. Perbuatannya itu menyebabkan Si Balau mengalih pandangannya
kepada Yaakob. Kerbau jantan itu menundukkan kepala sambil menguis-
nguiskan kakinya ke tanah untuk menyerang Yaakob pula. Namun begitu,
Yaakob yang sudah bersedia sempat mengelak daripada terkena
tandukannya.

Tiba-tiba, kedengaran beberapa das tembakan. Kepala kerbau jantan


yang terkena tembakan itu berlumuran darah lalu meronta-ronta dan akhirnya
tersungkur menyembah tanah. Tembakan daripada beberapa orang pasukan
Rela tepat mengenai sasarannya. Yaakob dengan dibantu oleh orang-orang
kampung segera memberikan bantuan kepada Pak Hamid. Beberapa orang
penduduk Kampung Permatang segera membawa Pak Hamid ke hospital
untuk mendapatkan rawatan memandangkan lukanya yang agak parah.

17 Siapakah Pak Hamid berdasarkan petikan di atas?


A Ayah Yaakob
B Jiran Yaakob
C Sahabat Yaakob
D Ahli pasukan Rela
18 Perkataan meluru dalam petikan bermaksud …
  A menerpa
B memburu
C mengelak
D menghalau

Soalan 19 hingga Soalan 20


Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Yang Berusaha Encik Adam bin Majid, Guru Besar, yang saya hormati
guru-guru, serta rakan sekalian.Terima kasih atas kesudian hadir dalam
Majlis Ramah Mesra ini sempena pengambilan ahli kelab baru.
Penubuhan kelab ini pada tahun 2016 adalah hasil usaha Cikgu Mahani
dan Cikgu Kamarul.Mereka bercita-cita tinggi untuk melahirkan remaja
yang kreatif. Penubuhan kelab ini diharap dapat merapatkan remaja
dengan kesenian warisan bangsa.

Kelab ini telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 5


Januari 2016. Dalam mesyuarat tersebut, anggota-anggota jawatankuasa
telah dilantik. Saya dan semua anggota jawatankuasa telah merangka
beberapa kegiatan. Antara kegiatan termasuklah menganjurkan pameran
kebudayaan bersempena dengan Majlis Anugerah Cemerlang,
pertunjukan kesenian sempena Hari Guru, Pesta Tanglung dan Malam
Kebudayaan 2016.

19 Pada pendapat anda, apakah yang ditekankan dalam ucapan


tersebut?
A Pentingnya disiplin anggota kelab
B Kegiatan yang akan dianjurkan oleh Kelab Kesenian
C Manfaat yang akan diperoleh oleh anggota Kelab Kesenian
D Masalah yang mungkin dihadapi oleh anggota Kelab Kesenian
20 Yang berikut adalah kebaikan menyertai Kelab Kesenian, kecuali...
A Dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan murid
B Meningkatkan kecergasan rohani dan jasmani
C Dapat mengharumkan nama sekolah
D Memupuk semangat bersatu

Anda mungkin juga menyukai