Anda di halaman 1dari 2

1

LATIHAN 3

Empat petikan PENDEK (EMPAT petikan EMPAT soalan)

Soalan 17 hingga Soalan 20


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.
GOMBAK, 8 Februari - Dua orang kanak-kanak rentung manakala
seorang lagi cedera parah dalam tragedi ngeri awal pagi kelmarin.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah papan di Kampung Batu
Sembilan, Sungai Cincin, bersebelahan sebuah bengkel baik pulih kereta.
Ketika itu, mangsa dikatakan sedang tidur di dalam sebuah bilik yang
terletak berhampiran dengan dapur.
Mangsa dikenali sebagai Salam dan Salim bin Budiman, 6 tahun,
manakala Marina binti Mahmud, 18, melecur di seluruh tubuh dan
diberitakan kritikal.

17 Salam dan Salim ialah pasangan __________.


A kembar Siam
B sahabat setia
C kaum keluarga
D abang dan adik

Menurut Sejarah, Sultan Mansor Syah hendak menjalinkan hubungan


dengan negara China. Oleh yang demikian, baginda menghantar Tun
Perpatih Putih sebagai utusannya dengan membawa sepucuk surat
untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih Putih berjaya menarik hati
Maharaja China dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka. Maharaja
China menghadiahkan puterinya, Li Po untuk dijadikan isteri kepada
Sultan Mansor Syah.
18 Bagaimanakah Sultan Mansor Syah menjalinkan hubungan dengan China?
A Dengan mengahwini Puteri Li Po
B Melalui pengiring-pengiring Puteri Li Po
C Dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka
D Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle

Cikgu atie
SKBP2021
2

Kakanda Saidi Nazman yang disayangi,


Apa khabar kakanda sekarang? Bagaimana dengan pengajian kakanda
di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)? Adinda berharap semuanya
berjalan dengan baik dan lancar. Adinda, bonda dan ayahanda
semuanya dalam keadaan sihat.
Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar
tentang kakanda. Selain itu, adinda juga ingin memaklumkan khabar
tentang kejayaan adinda dalam Pertandingan Pidato Diraja, Peringkat
Daerah Kinta Utara yang telah adinda sertai. Pertandingan ini diadakan
bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu. Pertandingan ini juga
bertujuan untuk memilih wakil daerah ke peringkat negeri. Kini, adinda
sibuk membuat latihan dan persiapan untuk menghadapi pertandingan
peringkat negeri yang akan dijalankan dua bulan dari sekarang.
 
19 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan surat di atas.
A Penulis menghubungi abangnya melalui telefon bimbit.
B Penulis sedang menuntut di UNIMAS.
C Penulis mewakili sekolah ke pertandingan pidato peringkat
negeri.
D Penulis akan menyertai pertandingan Pidato Diraja peringkat
negeri.

Tanpa berfikir panjang, Yaakob segera melompat pagar buluh yang separas
pinggangnya itu. Dia segera meluru ke arah kerbau jantan yang sedang
naik angin itu. Dia begitu nekad dengan tindakannya. Dia mesti
menyelamatkan nyawa Pak Hamid. Pak Hamid kelihatan mengerang
menahan kesakitan. Darah membasahi pahanya. Dia tidak terdaya lagi
untuk bangun menyelamatkan dirinya. "Aku perlu menarik perhatian Si
Balau ini," bisik hati Yaakob.

20 Perkataan meluru dalam petikan bermaksud …


  A menerpa
B memburu
C mengelak
D menghalau

Cikgu atie
SKBP2021

Anda mungkin juga menyukai