Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN BERPANDU

 MENGHASILKAN RESUME: (Tingkatan 4 Al-Ghazali dan 4 Al-Farabi)


Baca soalan di bawah dan salin semula contoh resume yang diberi.

MENGHASILKAN RESUME
Format:
1.  Resume ialah biodata diri kita yang digunakan untuk memohon pekerjaan, melanjutkan pelajaran dan
sebagainya.
2.  Bentuk resume yang baik:
i.                  Jangan melebihi 2 muka surat.
ii.               Ditulis dalam kertas A4 dan jangan gunakan kertas berwarna atau bercorak.
iii.            Menggunakan font yang sesuai dan kemas.
3.   Perkara yang perlu ditulis:
i.                  Maklumat peribadi – nama, no kad pengenalan, tarikh lahir,  tempat lahir,umur,
kewarganegaraan, jantina, Kaum, agama, alamat, berat/ tinggi
ii.               Pendidikan/ kelayakan – sekolah rendah (tahun/ nama sekolah/ kelulusan),
sekolah menengah (tahun, nama sekolah, kelulusan), Pendidikan tinggi (tahun, nama
university, kelulusan/ kursus
iii.            Pengalaman kerja – jawatan/ tempat/tahun (jika banyak, senaraikan satu persatu)/
pekerjaan sekarang (tempat/jawatan)
iv.            Kelebihan dimiliki – boleh berkomunikasi dengan baik, boleh bekerja lebih masa,
memiliki mental yang kuat, boleh bekerja tanpa pengawasan, dll
v.               Kebolehan komputer – MS office, Microsoft word, dll
vi.            Kemahiran berbahasa – Bahasa Melayu/ tahap, Bahasa Inggeris/ tahap, Bahasa
lain / cth/ tahap
vii.         Gaji sekarang dan gaji dipohon
viii.      Bila boleh mula bekerja
ix.            Rujukan – nama/alamat/ pekerjaan/ hubungan
4.  Tulis dalam kotak yang kemas.
5.  Perlukan gambar ukuran passport di bahagian atas.
 
 
 
 
 
Contoh:
Baca iklan di bawah dan hasilkan resume untuk memohon jawatan tertsebut.
 
JAWATAN KOSONG: Pegawai Pemasaran BMW
Gaji : RM 5,000 hingga RM15,000 sebulan.
 
Kelayakan:
-warganegara Malaysia lelaki dan perempuan
-berumur tidak kurang 18 tahun
-memiliki kelayakan minimum Diploma dalam pelbagai bidang
-fasih berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
-mampu berkomunikasi dengan baik
-Pengalaman dalam bidang jualan tidak kurang 1 tahun
-mahir komputer adalah satu kelebihan
-nyatakan pendapatan yang dipohon
-boleh bekerja tanpa kawalan maksimum
-boleh bekerja dengan segera.
 
Hantar resume anda ke:
Nazri BMW Sdn Bhd
Jalan Cheras Utama
Kuala Lumpur.
 
 
(Lihat contoh jawapan di bawah)
 
RESUME

 
 
 
 
MAKLUMAT DIRI:  
Nama Muhammad Arif bin Johan Ravi Mutukumar
No Kad Pengenalan 020412-14-6555
Alamat No 3, Jalan Bukit Belimbing, Taman Sampena,
56100 Cheras, Kuala Lumpur
Umur 20 tahun
Tarikh / Tempat lahir 12 Januari 2001/ Kuala Lumpur
Jantina Lelaki
Warganegara Malaysia
Bangsa Melayu
Agama Islam
Tinggi/ Berat 155 sentimeter / 59 kilogram
   
PENDIDIKAN:  
Sekolah Rendah Sekolah Rendah Alam Damai: dari tahun  2007
hingga 2013 / Lulus UPSR dengan mendapat 5A
1B
Sekolah Menengah Sekolah Menengah Alam Damai: dari tahun 2014 
hingga 2018 / Lulus Sijil Pelajaran Malaysia
dengan mendapat 5A, 3B
Universiti Universiti Teknologi Malaysia:  dari tahun  2019 
hingga 2020   / Lulus Diploma Pemasaran.
   
PENGALAMAN:  
1. Pegawai jualan di Syarikat Bata Kuala Lumpur dari tahun
2018 hingga 2019.
2. Pegawai jualan di Syarikat ABAB Cheras dari tahun 2019
hingga sekarang.
   
KELEBIHAN:  
1. Boleh bekerja lebih masa.
2. Boleh bekerja tanpa pengawasan majikan.
   
KEMAHIRAN BAHASA:
1. Bahasa Melayu Sangat fasih
2. Bahasa Inggeris Fasih
3. Bahasa Cina Sederhana
   
KEMAHIRAN KOMPUTER:
1. Microsoft Excel  
2. Microsoft Access  
3. Adobe Campaign  
   
PEKERJAAN SEKARANG DAN GAJI:
Pegawai Jualan RM3,000.00
   
GAJI DIPOHON:  
RM4,000.00  
   
RUJUKAN PERIBADI:  
Encik Johan bin Abdul Pengurus Pemasaran
Syarikat Bata Kuala Lumpur
Tingkat 1, Taman Bandaraya,
Jalan Taming, 56100 Cheras,
Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03 8868900
 
 

Anda mungkin juga menyukai