Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK KERTEH 2022

1.0 PENDAHULUAN

Merentas desa merupakan acara tahunan sekolah di sekolah menengah malahan


merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua pelajar. Aktiviti ini
juga memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam sukan semasa hayat
mereka di bangku persekolahan.

2.0 MATLAMAT

2.1 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

2.2 Mampu dan sanggup memberi sumbangan kepada kemajuan bangsa dan negara.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mencungkil bakat-bakat baharu yang akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam
Kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD.

3.2 Memupuk jalinan kerjasama yang erat antara para guru dan pelajar.

3.3 Membina dan memupuk nilai-nilai disiplin, kerjasama, daya saing dan daya juang
yang tinggi dalam kalangan pelajar.

3.4 Melahirkan warga SMK Kerteh yang cemerlang, gemilang, terbilang dalam
pelbagai aspek terutama sukan dan permainan.

4.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 24 Mei 2022


Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Kerteh

5.0 JAWATANKUASA KERJA


(Rujuk lampiran 1)

6.0 LOKASI
(Rujuk lampiran 2)

7.0 ATURCARA PROGRAM


(Rujuk lampiran 3)
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN (RM)


1 Medal
28 x RM 8.00 (nombor 4-10, 4 kategori) 224.00
18 x RM 8.00 (nombor 1-3, 6 kategori termasuk PPKI) 144.00
368.00

3 Hamper
 Johan Keseluruhan Rumah Sukan(1 X RM 60.00) 60.00
 Johan setiap kategori (4 x RM40.00) 160.00
 Johan (8 x RM30.00) 240.00
 Naib Johan (8 x RM30.00) 240.00
 Ketiga (8 x RM20.00) 160.00
 Penyertaan PPKI (RM 40.00) 40.00
_____
900.00

4 Minuman dan makanan pelajar semasa latihan dan semasa hari


kejohanan
Roti (700 x RM1) 700.00
Air Minuman ( 31 kotak x RM10.00) 310.00
Air Minuman (12 tong x RM40.00) 480.00
_______
1540.00
5 Peralatan
a. Papan tanda 100.00
b. Penanda check point 60.00
______
160.00

JUMLAH RM2968.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

i) Bantuan Sukan Sekolah (BSS) RM 2568.00


ii) SUWA (Kantin) RM 400.00
___________________________________________________
JUMLAH RM 2968.00
10.0 PENUTUP

Kejayaan Kejohanan Merentas Desa SMK Kerteh adalah kejayaan bersama. Semua
pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung perlu memberi
sepenuh perhatian dan komitmen dalam menjayakannya. Semoga Kejohanan Merentas
Desa SMK Kerteh kali ini bakal menjadi titik tolak untuk kita mengorak langkah dalam
meningkatkan kualiti sukan SMK Kerteh. Yakin boleh dan majulah sukan untuk SMK
Kerteh.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(NIZA ANIRA BT MOHD ZANANI) (SYED AZMY BIN SYED ALWI)


Setiausaha Sukan Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Kerteh SMK Kerteh

DILULUSKAN OLEH ULASAN/ CADANGAN CATATAN

Anda mungkin juga menyukai