Anda di halaman 1dari 3

PERJANJIAN JUAL BELI TANAH INI DIBUAT PADA HARI……..BULAN……..

TAHUN………

DI ANTARA

PEMBELI

Tandatangan:…………………………………….

Nama:……………………………………………………………………

No. K/P:………………………………………….....

No. Tel:.................................................

Dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK PERTAMA)

DAN

PENJUAL

Tandatangan:…………………………

Nama:…………………………………………………………………………………….

No. K/P:…………………………………

No. Tel:......................................

Luas tanah: …………………..

Yang dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK KEDUA)

PIHAK PERTAMA dengan ini berjanji untuk menjual kepada PIHAK KEDUA dan PIHAK KEDUA juga
berjanji dengan menyatakan serta mengikatkan diri untuk membeli hartanah dari PIHAK PERTAMA
seperti berikut:-

Jenis dan No Hakmilik: ………..

No Lot: ……………….

Luas tanah keseluruhan: ………………


1. HARGA

Jual beli tanah tersebut dilakukan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak dengan ketentuan harga
sebanyak berikut:- RMXXXXX (dalam perkataan :- Ringgit Malaysia XXXXXXXX sahaja)

2. CARA PEMBAYARAN

PIHAK KEDUA akan membayar kepada PIHAK PERTAMA untuk tanah yang dibelinya secara tunai
iaitu sebanyak RMXXXXX (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Ringgit sahaja) sebagai
sejumlah bayaran untuk deposit setelah Surat Perjanjian ini ditandatangani.

3. BAKI BAYARAN

PIHAK KEDUA akan menjelaskan baki bayaran sebanyak RMXXXX(dalam perkataan:- Ringgit Malaysia
XXXXXXX sahaja) lagi sebaik borang Pindah Milik Tanah, (Borang 14A) ditandatangani.

4. JAMINAN DAN SAKSI

PIHAK PERTAMA menjamin sepenuhnya bahawa tanah yang dijualnya adalah benar-benar milik atau
hak PIHAK PERTAMA sendiri dan tidak ada orang atau pihak lain yang turut mempunyai hak, bebas
dari sitaan, tidak tersangkut dalam suatu perkara atau sengketa, hak kepemilikannya tidak sedang
dipindahkan atau sedang dijaminkan atau digadaikan kepada orang atau pihak lain dengan cara
bagaimanapun juga, dan tidak sedang atau telah dijual kepada orang atau pihak lain. Jaminan dari
PIHAK PERTAMA akan diperkuatkan oleh seorang saksi yang akan turut menandatangani Surat
Perjanjian ini sebagai saksi bagi PIHAK PERTAMA.

Butiran saksi tersebut adalah seperti berikut :-

Tandatangan saksi:…………………………………….

Nama:……………………………………………………………………………………..

No. K/P:………………………………………….....

No. Tel:.................................................

5.  PROSES PINDAH MILIK

PIHAK PERTAMA wajib membantu PIHAK KEDUA dalam proses pindahmilik borang 14A dan atas
kepemilikan hak tanah tersebut dalam hal pengurusan yang bersangkutan dengan badan atau
jabatan-jabatan yang terkait, memberikan keterangan-keterangan serta menandatangani surat-surat
yang berkaitan tukar nama atau proses pindah milik tanah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK
KEDUA. Segala kos pembiayaan yang berhubungan dengan proses pindahmilik nama di atas geran
tanah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK KEDUA.
6. PENGESAHAN PERJANJIAN

Perjanjian ini tidak akan berakhir walaupun PIHAK PERTAMA meninggal dunia, atau kerana sebab
apapun juga. Dalam keadaan sedemikian maka para ahli waris atau pengganti PIHAK PERTAMA
wajib mentaati ketentuan yang termaktub dalam perjanjian ini serta meneruskan perlaksanaan
proses Pindah Milik Tanah bagi petak ini kepada PIHAK KEDUA.

7. HAL-HAL LAIN

Hal-hal lain yang belum termaktub di dalam perjanjian ini perlu dibicarakan serta diselesaikan secara
kekeluargaan melalui perbincangan bersama oleh kedua belah pihak. Masing-masing perlu
memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan sebarang masalah.

8. PENUTUP

Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak
dengan dihadiri saksi yang dikenali oleh kedua-dua belah pihak serta ditandatangani kedua belah
pihak dalam keadaan sedar serta tanpa adanya paksaan atau tekanan dari mana – mana pihak.

Dihadapan Saya,

………………………………………….

PESURUHJAYA SUMPAH

Anda mungkin juga menyukai