Anda di halaman 1dari 2

Bunga melur dalam jambangan,

Di tepi kolam menjadi hiasan.


Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera


Apa khabar semua?
Nama saya _________________________. Saya berumur 11 tahun.
Dari SK Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor

Hari ini saya berasa gembira untuk berkongsi dengan anda semua sebuah buku
yang sangat menarik dan seronok untuk dibaca.

Buku ini berjudul Pengajaran buat Sang Rusa.


Buku ini dikarang oleh Kenny Kee dan diterbitkan oleh Pustaka Cergas Jaya
Untuk makluman rakan-rakan, buku ini mempunyai 30 muka surat.

Baiklah, buku ini mengisahkan Sang rusa yang bersikap tamak apabila melihat
banyak buah-buahan bertaburan di atas tanah. Kemudian, datang Sang monyet
membawa khabar berita tentang kedatangan pemburu di hutan. Sang rusa tidak
mempedulikan kata-kata rakannya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia
menyangka Sang monyet ingin mengambil makanannya. Akhirnya, Sang rusa
ditangkap dan dibawa ke pekan.

Rakan-rakan sekalian,

Terdapat __________ pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah ini.

1. Jangan bersikap tamak seperti sang rusa apabila melihat buah-buahan yang
bertaburan.
2. Jangan menjadi sombong dan angkuh seperti sang rusa yang tidak
mendengar kata-kata sang monyet.

Sesungguhnya, sikap tamak akan membawa kerugian dalam kehidupan bak kata
pepatah orang tamak selalu rugi.
Dewasa ini, permainan tradisional seperti congkak telah dipinggirkan oleh
generasi muda kerana penggunaan gajet secara berleluasa.

Seterusnya, untuk bahagian ketiga, saya memilih soalan no 5. Berdasarkan Kamus


Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang diamalkan oleh
masyarakat seperti permainan gasing dan congkak. Manakala, gajet bermaksud
peranti atau peralatan elektronik.

Saya bersetuju bahawa penggunaan gajet telah menyebabkan permainan


tradisional semakin dipinggirkan. Kini, pelbagai peranti moden seperti telefon pintar
mudah untuk didapati dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, generasi muda
begitu taksub dengan permainan video seperti Mobile Legend dan PUBG Mobile
sehingga mengabaikan permainan tradisional.

Selain itu, generasi muda beranggapan bahawa permainan ini sudah lapuk
dek zaman. Malah, ada juga yang berpandangan bahawa permainan ini layak
berada di muzium sebagai pameran. Mentaliti sebeginilah yang akan menyebabkan
permainan tradisional makin dilupakan.

Di samping itu, pertandingan permainan tradisional kurang dianjurkan.


Generasi muda tidak didedahkan dengan permainan tradisional semasa di peringkat
sekolah. Misalnya, permainan galah panjang boleh dijalankan sewaktu menjalani
aktiviti pendidikan jasmani. Secara tidak langsung, generasi muda telah didedahkan
dengan permainan tradisional.

Permainan tradisional merupakan khazanah warisan berharga yang


diwariskan untuk generasi muda. Oleh itu, kita hendaklah mempopularkan dan
memartabatkan permainan tradisional ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai