Anda di halaman 1dari 2

Raja Salman isytihar cuti selepas

kemenangan ke atas Argentina


November 23, 2022 @ 1:32am
23
Pemain Arab Saudi, Abdulelha Al-Malki meraikan kejayaan selepas pasukannya menang ke
atas Argentina 2-1 dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Qatar. - Foto

AP
RIYADH, 23 Julai- Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud,
mengumumkan cuti umum selepas pasukan bola sepak negara itu mengejutkan
Argentina 2-1 di Piala Dunia Qatar.

"Esok, Rabu adalah cuti umum untuk semua pekerja di sektor awam dan swasta.

"Begitu juga pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di semua peringkat," lapor Al-
Ekhbariya berhubung arahan Raja Salman.

Ketika ini pelajar di Arab Saudi sedang menduduki peperiksaan akhir tahun dan ia
terpaksa dijadualkan semula.

Pasukan Arab Saudi ketinggalan selepas jaringan penalti Lionel Messi di awal babak
permainan, namun mereka bangkit menyamakan kedudukan menerusi Saleh Al-
Shehri dan Salem Al-Dawsari yang meledak gol kemenangan di Stadium Lusail,
Doha.

Semua taman tema utama dan pusat hiburan di Riyadh juga tidak akan dikenakan
yuran kemasukan sepanjang hari bersempena kemenangan itu.

Arab Saudi kendalian Herve Renard berada di ranking ke-51 dunia, manakala
Argentina, hadir dengan reputasi sebagai juara dua kali dan dibarisi pemenang tujuh
kali Ballon d'Or, Messi.

Anak buah Renard akan bertemu Poland Sabtu ini. - AFP

Anda mungkin juga menyukai