Anda di halaman 1dari 24

BAB 1

Konsep Asas dan


Tujuan Pentaksiran
Bilik Darjah
Hasil Pembelajaran

❑ Menjelaskan konsep asas pengujian, pengukuran,


penilaian dan pentaksiran dalam pendidikan
❑ Membezakan pengujian, pengukuran, penilaian dan
pentaksiran
❑ Membincangkan peranan dan tujuan pentaksiran dalam
pendidikan
❑ Membezakan pentaksiran tentang pembelajaran,
pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran
sebagai pembelajaran

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 3
Pengujian

❑ Pengujian merujuk prosedur sistematik untuk


mengumpulkan maklumat mengenai prestasi murid.
❑ Menjawab soalan “Betapa baik pencapaian seseorang
individu sama ada secara perbandingan dengan yang
lain atau dengan satu domain tugasan pencapaian”.
❑ Ujian digunakan untuk mengukur satu sampel tingkah
laku seperti kemahiran murid dari segi lisan, bertulis dan
saintifik atau matematik, pencapaian keseluruhan dan
prestasi murid.
❑ Cara: Ujian seperti ujian pensel dan kertas, ujian lisan,
portfolio dan ujian prestasi.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 4
Pengukuran

❑ Pengukuran didefinisikan sebagai proses menetapkan


nombor kepada pencapaian murid mengikut peraturan
yang spesifik.
❑ Menjawab soalan “Berapa banyakkah?”
❑ Deskripsi numeral terhadap pencapaian digunakan untuk
mengukur ciri-ciri dan tingkah laku murid.
❑ Cara: Ujian kertas dan pensel, ujian lisan, ujian prestasi,
soal selidik, temu bual, pemerhatian, skala kadar,
latihan, lembaran kerja dan penyoalan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 5
Penilaian

❑ Penilaian merupakan proses pengumpulan dan


interpretasi maklumat untuk membuat keputusan
terhadap tindakan yang seterusnya boleh diambil.
❑ Hal ini melibatkan penghakiman dan keputusan yang
dibuat tentang kualiti terhadap sesuatu aspek sama ada
pencapaian murid, pengajaran guru atau aktiviti
pengajaran.
❑ Penilaian pada umumnya memerlukan maklumat tentang
sesuatu situasi dan akhirnya satu keputusan dibuat
terhadapnya.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 6
Penilaian (sambung…)

❑ Contoh: Sabrina mendapat 45 markah untuk ujian Sains.


Jika guru menetapkan markah lulus sebagai 40 markah
(kriteria ditetapkan awal), maka Sabrina lulus ujian
tersebut (penghakiman nilai). Jika markah lulus
ditetapkan sebagai 50 markah, Sabrina gagal ujian
tersebut.
❑ Keputusan yang dibuat bergantung pada kriteria yang
ditetapkan awal.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 7
Pentaksiran

❑ Pentaksiran ialah proses yang berterusan untuk memperoleh


maklumat, menginterpretasi, merekod dan melapor prestasi murid
untuk membantu guru membuat keputusan dan mengambil
tindakan.
❑ Dalam kebanyakan penulisan, kedua-dua istilah penilaian dan
pentaksiran digunakan secara “saling bertukar”.
❑ Maklumat yang dikumpulkan akan menyediakan maklum balas
untuk membantu menambah baik aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (Arends, 2004).

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 8
Perbezaan antara Pengujian,
Pengukuran, Penilaian dan
Pentaksiran di dalam Bilik Darjah

Aspek Pengujian Pengukuran Penilaian Pentaksiran


Perbandingan
Definisi Alat untuk Satu proses Proses untuk Proses
mengukur untuk menentukan menentukan
perubahan menentukan perubahan tingkah laku pencapaian dan
tingkah laku tahap dan membuat membuat
murid pencapaian pertimbangan keputusan untuk
murid nilai/penghakiman tindakan
selanjutan
Tujuan utama Menentukan Membuat Memberikan maklumat Memperoleh dan
pencapaian pengelasan bagi tentang pencapaian memberikan
sesuatu kedudukan hasil pembelajaran, maklumat yang
pembelajaran dalam kaedah mengajar dan berterusan untuk
pembelajaran kurikulum untuk menambah baik
membuat keputusan pembelajaran

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 9
Perbezaan antara Pengujian,
Penilaian dan Pentaksiran di dalam
Bilik Darjah (sambung…)

Aspek Pengujian Pengukuran Penilaian Pentaksiran


Perbandingan
Orientasi/Fokus Terhad pada Berfokuskan pada Berorientasikan Berorientasikan
sesuatu sesuatu peringkat produk/hasil proses mengenai
kemahiran pembelajaran mengenai apa-apa perkembangan
atau unit yang telah dipelajari pembelajaran
pembelajaran

Kaedah/Bentuk Pemerhatian Pelbagai cara Pelbagai kaedah Pelbagai kaedah


temu bual, soal mengumpulkan kuantitatif dan kuantitatif dan
selidik atau data kuantitatif huraian kualitatif huraian kualitatif
soalan-soalan
ujian

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 10
Perbezaan antara Pengujian,
Penilaian dan Pentaksiran di dalam
Bilik Darjah (sambung…)

Aspek Pengujian Pengukuran Penilaian Pentaksiran


Perbandingan
Kegunaan Untuk mengesan Untuk pengelasan Untuk memperbaik Untuk menambah
pengetahuan dan penempatan kurikulum, cara baik pengajaran dan
sedia ada murid murid dalam pengajaran dan pembelajaran dari
dan pencapaian jurusan tertentu membuat ramalan segi mengesan
selepas suatu punca kelemahan
kemahiran/unit
pembelajaran
Keputusan Pencapaian suatu Pencapaian dalam Penghakiman untuk Pengesan/
kemahiran atau bentuk kuantitatif mencapai gred/skor pengenalpastian
penguasaan keseluruhan aspek-aspek
pembelajaran pembelajaran untuk
yang spesifik penambahbaikan

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 11
Tujuan Pentaksiran

❑ Keputusan instruktional:
Keputusan dibuat sebelum instruksi berdasarkan aspek
pengetahuan yang sedia ada, tahap dan pencapaian
murid sebelum ini.
Semasa instruksi, keputusan dibuat tentang sistem
penyampaian, maklum balas, pembelajaran dan
kawalan bilik darjah.
Keputusan selepas instruksi adalah berdasarkan
pencapaian murid untuk penambahbaikan pengajaran.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 12
Tujuan Pentaksiran (sambung...)

❑ Keputusan bimbingan:
Data pentaksiran membantu guru membuat keputusan
bimbingan dari segi perkembangan akademik dan
peribadi murid/kerjaya murid.
❑ Keputusan pentadbiran:
Pentaksiran bertujuan membuat keputusan pentadbiran
dari aspek pemilihan, pengelasan dan penempatan
pelajaran ke bidang yang relevan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 13
Tujuan Pentaksiran (sambung...)

❑ Keputusan penyelidikan:
Data pentaksiran mencetuskan pelbagai jenis
penyelidikan dalam aspek pencapaian murid dan
sistem penyampaian demi penambahbaikan
pembelajaran murid.
❑ Sebagai motivator pembelajaran:
Pentaksiran merupakan motivator kepada murid untuk
terus belajar demi mencapai prestasi yang tinggi.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 14
Pentaksiran tentang Pembelajaran

❑ Jenis pentaksiran ini merujuk strategi yang dibina untuk


mengukur sesuatu yang murid tahu, menunjukkan sama
ada mereka memenuhi hasil kurikulum atau hasil
pembelajaran suatu program.
❑ Ia merupakan pentaksiran berbentuk sumatif dan
dilaksanakan pada hujung sesuatu unit atau program.
❑ Keberkesanannya bergantung pada kesahan dan
kebolehpercayaan aktiviti/tugasan, serta keadaan dan
kualiti maklum balas yang diberikan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 15
Pentaksiran untuk Pembelajaran

❑ Jenis pentaksiran ini membantu murid mengenal pasti


kekuatan dan kelemahan dalam prestasi mereka supaya
dapat menambah baik pencapaian mereka.
❑ Ia dilaksanakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
❑ Maklum balas berterusan secara deskriptif membantu
guru menambah baik proses pengajaran manakala murid
membaiki prestasi pembelajaran.
❑ Guru memberikan keputusan dan maklum balas cepat,
spesifik dan bertumpukan kepada tingkah laku murid.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 16
Pentaksiran sebagai Pembelajaran

❑ Jenis pentaksiran ini menekankan penilaian kendiri,


penilaian rakan sebaya dan membuat refleksi sebagai
pendorong pembelajaran.
❑ Ia menggalakkan murid bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri, memerlukan murid untuk bersoal
jawab tentang pembelajaran mereka, serta melibatkan
guru dan murid untuk merancang hala tuju pembelajaran
bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 17
Perbandingan antara Ketiga-tiga
Jenis Pentaksiran

Pentaksiran untuk Pentaksiran tentang Pentaksiran sebagai


Ciri Utama
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran

Tujuan Menggalakkan Mendokumentasikan Meningkatkan rasa


peningkatan dalam pencapaian murid serta tanggungjawab murid
pencapaian untuk penguasaan standard; atas pembelajaran
membantu murid mengukur kedudukan sendiri; menggalakkan
menepati standard; pencapaian pada penilaian kendiri untuk
menyokong sesuatu ketika untuk perkembangan diri
perkembangan murid tujuan pelaporan. murid.
secara berterusan;
Penambahbaikan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 18
Perbandingan antara Ketiga-tiga
Jenis Pentaksiran (sambung…)

Pentaksiran untuk Pentaksiran tentang Pentaksiran sebagai


Ciri Utama
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran
Fokus Sasaran pencapaian Akauntabiliti terhadap Standard pencapaian
Pentaksiran spesifi k yang ditentukan standard pencapaian Dipertanggungjawabkan
oleh guru untuk Dipertanggungjawabkan kepada murid sendiri
membolehkan murid kepada sekolah, guru dan
mencapai standard murid

Masa/Tempoh Semasa pembelajaran Selepas pembelajaran Secara berterusan


pelaksanaan dalam
pembelajaran

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 19
Perbandingan antara Ketiga-tiga
Jenis Pentaksiran (sambung…)

Pentaksiran untuk Pentaksiran tentang Pentaksiran sebagai


Ciri Utama
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran

Kegunaan Memberikan maklum Memberikan pensijilan Memberikan maklum


balas kepada murid kepada murid mengenai balas terhadap kemajuan
untuk menambah baik pencapaian, menyaring berdasarkan penilaian
pembelajaran, membantu murid berdasarkan kendiri, penilaian rakan
guru menganalisis kelemahan keputusan pencapaian, sebaya; menambah baik
dan keperluan murid, penempatan, kenaikan pembelajaran secara
membantu ibu bapa/ penjaga dan graduasi kendiri dan menggariskan
memantau perkembangan diri dalam
Kemajuan pembelajaran pembelajaran
anak serta memberikan
sokongan/bimbingan
kepada murid

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 20
Perbandingan antara Ketiga-tiga
Jenis Pentaksiran (sambung…)

Pentaksiran untuk Pentaksiran tentang Pentaksiran sebagai


Ciri Utama
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran

Peranan Guru Mentransformasi standard ke Mentadbir ujian Menetapkan sasaran


dalam sasaran bilik darjah yang dengan baik untuk pencapaian bersama-sama
ingin dicapai; memberitahu memastikan kejituan murid; menggalakkan
murid tentang sasaran dan kebolehbandingan murid bertanggungjawab
pencapaian; membina alat dalam keputusan; terhadap pembelajaran
pentaksiran; modifikasi menggunakan keputusan sendiri; menyediakan cara
pengajaran berdasarkan untuk membantu murid untuk menggunakan
keputusan; memberikan menepati standard; maklum balas formal atau
maklum balas kepada murid menginterpretasikan tidak formal serta penilaian
dan melibatkan murid dalam keputusan untuk ibu kendiri untuk memahami
pentaksiran bapa/penjaga; menggubal langkah pembelajaran
alat pentaksiran untuk selanjutnya; membantu
penggredan dalam kad murid menyoal tentang
pelaporan pembelajaran sendiri

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 21
Perbandingan antara Ketiga-tiga
Jenis Pentaksiran (sambung…)

Pentaksiran untuk Pentaksiran tentang Pentaksiran sebagai


Ciri Utama
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran
Peranan Sentiasa mengikuti Belajar untuk memenuhi Memantau kemajuan
Murid kemajuan sendiri; standard; mengambil diri supaya mencapai
menyumbang kepada ujian yang ditadbir sasaran; membuat
pencapaian matlamat; dan berusaha untuk penilaian kendiri untuk
mengambil tindakan mendapat skor tertinggi; menambah baik prestasi
terhadap keputusan mengelakkan kegagalan
pentaksiran supaya
beransur dalam
menambah baik prestasi

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 22
Perbandingan antara Ketiga-tiga
Jenis Pentaksiran (sambung…)

Pentaksiran untuk Pentaksiran tentang Pentaksiran sebagai


Ciri Utama
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran
Contoh Pelbagai alat Ujian pencapaian; Penilaian Kendiri;
Instrumen pengukuran sama ada peperiksaan akhir; Penilaian Rakan
Pentaksiran tradisional atau ujian sumatif; ujian Sebaya
autentik; rubrik penempatan
pemarkahan; maklum
balas kualitatif kepada
murid

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 23
Rumusan

❑ Pentaksiran bilik darjah merangkumi pengujian, pengukuran


dan penilaian.
❑ Pentaksiran bilik darjah bertujuan untuk membuat keputusan
dalam pengajaran dan pembelajaran, bimbingan pembelajaran
dan kerjaya, penyelidikan berasaskan data, menentukan aspek
pentadbiran dan memberikan motivasi kepada murid.
❑ Pentaksiran bilik darjah terdiri daripada pentaksiran untuk
pembelajaran, pentaksiran tentang pembelajaran dan
pentaksiran sebagai pembelajaran.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 24

Anda mungkin juga menyukai