Anda di halaman 1dari 1

TIPS DAN PANDUAN DALAM MENYIAPKAN PENULISAN TUGASAN

Fahami soalan tugasan dengan menitik beratkan akan keperluan dan kehendak soalan. Highlight
pada "Power Word" kepada keperluan dan kehendak soalan tadi. Rujuk kepada rubrik tugasan yang
disertakan bersama-sama dengan soalan. Anda perlu fokus kepada kolum "CEMERLANG", dimana
kolum ini menerangkan kriteria atau keperluan yang anda perlu penuhi.

Mulakan penulisan tugasan dengan sertakan sumber-sumber rujukan yang berkaitan. Jika soalan
perlukan latar belakang topik seperti definisi dan latar belakang komunikasi korporat, anda perlu
rujuk kepada kajian lepas (jurnal dan artikel akademik. Adalah lebih baik jika anda biasakan untuk
menulis nota kaki (footnote) iaitu sumber rujukan yang dirujuk. Ini juga memudahkan anda untuk
menyenaraikan rujukan anda pada akhir tugasan (APA Styles 7 ed.)

Penulisan tugasan hendaklah mengikut kesemua kriteria yang telah disediakan dalam rubrik agar
lebih tersusun dan berstruktur. Elak daripada memasukkan isi-isi yang tidak berkaitan. Anda juga
perlu melihat akan keperluan patah perkataan yang telah ditetapkan. Jika melebihi jumlah patah
perkataan dalam penulisan tugasan anda, mohon untuk revise tugasan anda dan memadam isi-isi
yang tidak berkaitan. Penulisan hendaklah padat dan tepat. Harus diingat bahawa tiada markah akan
diberi jika anda telah melebihi maksimum patah perkataan dan berkemungkinan pemeriksa akan
mengabai dari memeriksa bahagian tersebut.

Paraphrase atau parafrasa mana-mana perkataan yang dipetik dari mana-mana sumber bagi
mengelakkan anda melakukan plagiat. Gunakan ayat atau perkataan yang lebih segar dan anda perlu
bijak mengolah perkataan. Ini akan menarik minat pemeriksa (egrader) untuk membaca penulisan
tugasan anda.

Kesesuaian format laporan (Muka hadapan, Isi Kandungan, penomboran halaman, format rujukan
APA dsbnya) perlu diambil berat. Biasakan penulisan tugasan anda dengan memandang serius akan
keperluan dan kesesuaian format laporan tugasan anda. Selain itu juga, anda perlu akur akan
ketetapan oleh pihak OUM seperti dalam arahan kursus.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ketidakpastian mengenai tugasan, anda perlu hubungi
individu yang betul iaitu etutor anda sendiri. Gunakan saluran platform forum dan message untuk
berkomunikasi dengan etutor anda. Lebih baik bertanya, malu bertanya akan sesat jalan.

Cara setiap individu/pelajar mungkin sama atau berbeza, namun inilah yang saya telah
implementasikan sepanjang saya bergelar pelajar OUM dalam menyempurnakan tugasan saya. Anda
juga perlu bijak menguruskan masa dan elakkan sikap suka menangguh. Saya doakan anda semua
dipermudah urusan dan lulus dengan cemerlang pada peperiksaan yang bakal tiba.

MOHD HAFIZ AZUAN BIN SALLEH

Bachelor of Management (Major in Human Resource Management)

Kota Kinabalu Learning Centre

Anda mungkin juga menyukai