Anda di halaman 1dari 2

FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PANDUAN MENULIS LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

1. Kandungan Laporan

Penghargaan - Ucapan terima kasih kepada individu atau pihak – pihak yang membantu
menjayakan latihan praktikal termasuk penyelia di organisasi dan pensyarah
penyelia yang tidak melebihi dua halaman.

BAB 1 : Pengenalan Kepada Organisasi


Nyatakan latar belakang, objektif syarikat, polisi syarikat, kemudahan/perkhidmatan,
carta organisasi.

Struktur Organisasi
Carta organisasi dan fungsi setiap bahagian.

BAB 2 : Rancangan Latihan


Nyatakan kerja/projek yang dilaksanakan atau jadual kerja yang diikuti sepanjang
latihan (mengikut jenis projek).

Minit-minit mesyuarat berkaitan dengan perancangan dan progres projek WAJIB


dijadikan lampiran.

BAB 3 : Laporan Projek


Laporan terhadap kerja/projek yang telah dilaksanakan. Setiap kerja/projek yang
berlainan hendaklah menggunakan tajuk yang berbeza.

BAB 4 : Komen dan Cadangan


Komen dan cadangan untuk memperbaiki latihan/projek/kerja yang dilakukan,
khususnya kepada organisasi penganjur.

BAB 5 : Kesimpulan
Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dari latihan praktikal.

Lampiran - Borang – borang, jadual kertas kerja, senarai aturcara dan output (jika perlu)

(NOTA: Jika hanya melibatkan satu (1) organisasi penganjur, pelatih hanya perlu membahagikan Bab 2
dan Bab 3 mengikut projek-projek yang dilaksanakan. Contoh; Bab 2: 2.1 Projek A; 2.2 Projek B; 2.3
Projek C.)
2. Susunan Laporan

a) Kulit depan – Universiti, Fakulti, tajuk (Laporan Latihan Praktikal), nama organisasi,
bulan/tahun, nama siswa/siswi, no. K/P UiTM dan kursus.

b) Semakan oleh pensyarah penyelia.

c) Penghargaan yang diberikan nombor halaman (i) dan (ii) (jika perlu).

d) Kandungan yang diberikan nombor halaman (ii) atau (iii) (jika penghargaan
menggunakan 2 halaman) dan seterusnya.

e) Teks laporan yang dibahagikan kepada bab-bab bermula dengan BAB 1 – Pengenalan
kepada organisasi pada halaman 1 sehingga BAB 5 – Kesimpulan. Jika tajuk bab
menggunakan halaman sendiri, ia dikira sebagai satu halaman tetapi nombor
halamannya tidak perlu ditulis. Dengan kata lain, setiap helai kertas yang digunakan,
walaupun kertas kosong, harus dikira sebagai satu halaman.

f) Lampiran 1 dan seterusnya hendaklah diberi tajuk yang sesuai.

3. Penyediaan Laporan

a) Gunakan kerta saiz A4 berwarna putih sahaja.

b) Ditaip atau dicetak langkau sebaris (double spacing) dengan menggunakan huruf Arial
font 11 atau Times New Roman font 12.

c) Jidar (margin) adalah seperti berikut:

Atas : 4sm

Kiri : 4sm Kanan : 2.5sm

Bawah : 2.5sm

d) Nombor halaman ditaip di bawah (tengah).

e) Laporan hendaklah tidak kurang daripada 30 halaman dan tidak melebihi daripada 60
halaman tidak termasuk lampiran.

f) Laporan mestilah dijilid dengan kemas menggunakan soft cover (plastic cover) dan
menggunakan comb-binding.

Anda mungkin juga menyukai