Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 23 November 2021

(Balai Bomba dan Penyelamat Paka)


Jalan Santong, Kampung Kolam
23100 Kuala Dungun, Terengganu

JEMPUTAN PROGRAM LATIHAN KECEMASAN JALANRAYA SEBAGAI PEMERHATI (OBSERVER)

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa syarikat kami, ZHA Pengangkutan Sdn Bhd akan mengadakan
Program Latihan Kecemasan Jalanraya dengan kerjasama Pihak Lebuhraya Pantai Timur 2 bagi Tahun
2021. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput hadir untuk bersama-sama dalam pogram ini sebagai
PEMERHATI (Observer). Program latihan ini akan diadakan seperti mana butiran berikut di bawah :-

Tarikh : 29 Nov 2021


Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Plaza Tol Paka 22300 Ketengah Jaya, Terengganu

3. Bersama-sama ini disertakan aturcara dan senario latihan kecemasan jalanraya untuk
rujukan tuan.

4. Sokongan dan kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

Yang benar,
ZHA PENGANGKUTAN SDN BHD

ZUHARINI BINTI AHMAD ZUBIR


PENGURUS BESAR

Anda mungkin juga menyukai