Anda di halaman 1dari 2

MAKLUMAN UNTUK IBU BAPA ATAU PENJAGA

TAHUN 1/2021

1. REHAT
 Murid Tahun 1 akan rehat 10 minit lebih awal (9.20 pagi) pada bulan transisi
(01-31 Mac 2021) untuk memberi peluang murid membeli makanan di kantin
lebih awal iaitu sebelum murid Tahun 2 dan 3 turun ke kantin pada jam 9.30
pagi.

2. BUKU TEKS, BUKU AKTIVITI & BUKU TULIS


 Sila TULIS NAMA ANAK anda pada Buku Teks, Buku Aktiviti dan Buku Tulis
anak masing-masing.
 Buku Teks (gambar yang berwarna) hendaklah DIBALUT dengan plastic jernih.
 Buku Aktiviti (gambar tidak berwarna) boleh dibalut atau tidak dibalut.
 Buku Aktiviti biasanya akan dikumpulkan oleh guru mata pelajaran dan di
simpan di atas rak di kelas masing-masing (setelah ditulis nama oleh ibu
bapa)
 Buku tulis juga akan dikumpul oleh guru mata pelajaran dan disimpan di rak
buku kelas masing-masing.

3. ALAT TULIS (PENSEL,PENSEL WARNA, PEMADAM DLL)


 Sila tulis nama pada SETIAP batang pensel dan warna anak anda untuk
menggelakkan tertukar dengan rakan lain. Lebih mudah untuk guru
membantu mengenalpasti barangan murid.

4. BEG SEKOLAH
 Sila tulis NAMA ANAK dan NO TELEFON IBU/BAPA pada key chain dan
gantung pada beg sekolah anak anda. Ini untuk memudahkan guru mata
pelajaran menghubungi anda sekiranya ada masalah.
Contoh: kencing dalam kelas, demam dll.

5. KASUT SEKOLAH
 Sila pastikan anak anda kenal kasut sendiri. Ini untuk mengelakkan
pertukaran kasut sewaktu murid dibawa masuk ke bilik -bilik khas. Sebaik-
baiknya tulis nama atau buat tanda pada kasut tersebut.

6. PENEMPATAN MURID MENGIKUT KELAS


 Pada tahun ini, terdapat 2 kelas. Tiada pengasingan murid mengikut
kepandaian. Anak-anak ditempatkan secara rawak mengikut kelas dan guru
kelas adalah seperti berikut :
 1 Al Farabi – En.Mohd Yusmawi bin Zainal
 1 Ibnu Batutah - Pn. Nornin Fariha Binti Ramli
7. PERHIASAN DIRI
 Semua murid dilarang memakai perhiasan diri (subang, rantai) dan lain -lain
perhiasan diri ke sekolah.

8. DUIT BELANJA
 Pastikan duit belanja disimpan dengan elok. Sebaik-baiknya disimpan di
dalam poket baju/seluar.
 Jangan bekalkan terlalu banyak duit belanja ke sekolah
 Pesan supaya jangan beri duit kepada kawan-kawan

9. PERMAINAN
 Murid -murid dilarang membawa permainan ke sekolah.

10. BAJU UNTUK PENDIDIKAN JASMANI (PJ)


 Semua murid diminta memakai baju PJ (warna hitam oren – dijual di koperasi
sekolah) mengikut jadual waktu kelas masing-masing.
 Seluar track berwarna hitam/biru gelap dibenarkan
 Kasut sukan atau kasut sekolah
 Tudung berwarna hitam (murid perempuan)

11. TALI LEHER


 Semua murid lelaki diwajibkan memakai tali leher berlogo sekolah.

12. FAIL PERIBADI MURID ( WARNA PINK)


 Sila tulis nama dan serahkan Fail Peribadi Murid kepada guru kelas anak
masing masing.(kepada yang masih belum hantar)

13. TANDA NAMA GANTUNG


 Pada 1 Mac 2021, murid akan di berikan tanda nama gantung. Tanda nama
tersebut memudahkan guru untuk mengenalpasti kelas murid. Mohon ibu
bapa untuk memastikan anak memakai tanda nama gantung setiap hari ke
sekolah terutamanya sepanjang bulan Transisi.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai