Anda di halaman 1dari 1

NOTIS KELUAR RUMAH

G-xx-xx,

Pangsapuri Baiduri

Bandar Tasik Kesuma, 43700

Beranang, Selangor. 12 April 2022

Saya Mohammad bin Ahmad, pemilik rumah seperti alamat di atas meminta agar penyewa
rumah saya segera mengosongkan rumah ini sebelum 16 April 2022 atas beberapa sebab:

1. Tidak membayar sewa rumah sejak Disember 2021hingga April 2022 berjumlah
RM3,000.
2. Terdapat tunggakan bil elektrik sebanyak RM1,800
3. Ahli keluarga yang terlalu ramai di rumah ini. Dinasihatkan mencari rumah yang lebih
besar dan sesuai
4. Memelihara haiwan di dalam rumah menyebabkan bau yang kurang menyenangkan
di dalam rumah.

Sila jelaskan bayaran tunggakan sewaan sebelum 15 April 2022 jika mahu terus menyewa di
rumah ini.

Laporan polis akan di buat pada 16 April 2022 jam 10.00 pagi di Balai Polis Beranang jika
masih belum membuat bayaran tunggakan sewaan dan masih belum keluar dari rumah ini.

Mohon kerjasama untuk membayar sewaan tunggakan agar tindakan undang – undang
dapat dielak.

Terima kasih

Mohammad bin Ahmad

Anda mungkin juga menyukai