Anda di halaman 1dari 1

Puan Anita Mahmud (penyewa)

No 1, Jln 1,
Rumah Rakyat Peringkat 1,
72200, Batu Kikir,
Negeri Sembilan.

Perkara: Notis Arahan Keluar Daripada Rumah Sewa.

Merujuk kepada perkara diatas, saya Puan Basiah Bt Abu selaku Pemilik rumah No. 1, Jalan
1, Rumah Rakyat Peringkat 1, Persetujuan dan Perjanjian Sewa Rumah pada awal
kemasukan adalah dirujuk.

Berdasarkan Perjanjian dan Persetujuan Rumah Sewa, sekiranya sewa bulanan tidak
dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka penyewa bertanggungjawab
membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya
tiada bayaran diterima pada tarikh yang telah dipersetujui, penyewa wajib untuk membayar
tunggakan tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan ini
dan boleh mengarahkan penyewa untuk keluar dalam tempoh yang ditentukan oleh tuan
rumah.

Dengan ini saya memberi 1 minggu notis untuk mengosongkan rumah ini mulai 23 April
2021 dan tuan diminta keluar pada 24 April 2021. Tuan juga dikehendaki membayar sewa
yang bertangguh sebanyak RM1050.00 iaitu sewa untuk bulan Februari, Mac dan April
sebelum 31 April 2021.

Kegagalan pihak tuan bertindak bagi menyelesaikan urusan Penyewaan ini, pihak saya
akan membuat laporan pada pihak polis.

Sekian .Terimakasih

………………………
Basiah Binti Abu

Anda mungkin juga menyukai