Anda di halaman 1dari 1

Pilih SATU soalan sahaja.

1. Hasilkan satu lukisan abstrak pensel yang menarik. Anda hendaklah mengaplikasikan
pelbagai jenis garisan yang sesuai. Bahan media kering sahaja.

2. Reka bentukkan pelan hiasan dalaman rumah idaman anda berkonsepkan


kontemporari. Tunjukkan simbol dalam petunjuk pelan anda. Warnakan rekaan anda
menggunakan media kering.

3. Berdasarkan idea anda sendiri, hasilkan satu produk reka tas tangan wanita . Anda
diminta membuat lukisan lakaran perincian. Bahan yang digunakan adalah media
kering.

4. Hasilkan logo bertemakan “Covid-19”.

5. Gambarkan suasana pada waktu malam. Gunakan bahan yang sesuai untuk
mewarnakan karya anda.

6. Berdasarkan idea anda sendiri, hasilkan konotasi taip yang kreatif SATU daripada
rangkai kata berikut:
i. Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan
ii. Hidup Biarlah Ikut Resmi Padi
iii. Tangan Yang Memberi Lebih Mulia Daripada Yang Menerima

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai