Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami : SKTK/600/4/2 ( )
Tarikh : 22 Disember 2022

Ibu bapa / Penjaga Murid


SK Taman Kepong
Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN WAKTU PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN (UJIAN AKHIR)


MURID TAHAP 2 SESI 2022/2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kekal


dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPSi) dan
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Bermula Sesi Akademik
2022/2023 Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Ujian Akhir) yang merupakan sebahagaian
komponen PBD akan dilaksanakan untuk murid Tahap 2.

3. Sehubungan itu, Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Ujian Akhir) untuk murid-murid


Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 hingga 13 Januari 2023


Mata Pelajaran : Semua mata pelajaran Tahap 2
Murid Terlibat : Murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja

4. Bersama-sama ini dilampirkan Jadual Ujian Akhir (Lampiran A) untuk makluman dan
tindakan pihak tuan/puan. Pihak tuan/puan dimohon memastikan kehadiran anak-anak ke
sekolah bagi melancarkan urusan pentadbiran Ujian Akhir murid Tahap 2.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

(HALIMI BIN MD RASIP)


Guru Besar
SK Taman Kepong, Kuala Lumpur
Lampiran A

MAKLUMAN WAKTU PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN (UJIAN AKHIR)


MURID TAHAP 2 SESI 2022/2023

Tarikh : 9 hingga 13 Januari 2023


Mata Pelajaran : Semua mata pelajaran Tahap 2
Murid Terlibat : Murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja

TARIKH MATA PELAJARAN MASA


9 Januari 2023 Bahasa Melayu 8.00 pagi – 9.15 pagi
(Isnin) Pendidikan Jasmani & 10.40 pagi – 11.40 pagi
Pendidikan Kesihatan

10 Januari 2023 Bahasa Inggeris 8.00 pagi – 9.15 pagi


(Selasa) Pendidikan Muzik 10.40 pagi – 11.40 pagi
Pendidikan Seni Visual 12.00 tengah hari – 1.00 petang

11 Januari 2023 Matematik 8.00 pagi – 9.15 pagi


(Rabu) Pendidikan Islam & 10.40 pagi – 11.40 pagi
Pendidikan Moral

12 Januari 2023 Sains 8.00 pagi – 9.15 pagi


(Khamis) Bahasa Arab/Cina/Tamil 10.40 pagi – 11.40 pagi

13 Januari 2023 Sejarah 8.00 pagi – 9.15 pagi


(Jumaat) Reka Bentuk Teknologi 10.40 pagi – 11.40 pagi

Nota
1. Waktu persekolahan berjalan seperti biasa untuk murid Tahap 1 dan Tahap 2.
2. Murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) mengikut PdPc seperti jadual waktu biasa.
3. Waktu Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Ujian Akhir) tertakluk kepada perubahan.

Anda mungkin juga menyukai