Anda di halaman 1dari 2

KENYATAAN TENDER

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI


(KHAS BUMIPUTRA)

1.0 Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan


Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat
Kontraktor dalam kelas G3 Kategori C Pengkhususan CE08 dan CE21 dimiliki
100% oleh rakyat tempatan dan yang masih dibenarkan untuk membuat tawaran
masa ini bagi projek berikut:
CADANGAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN CERUN DAN KERJA-
KERJA BERKAITAN DI KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT,
PERAK

2.0 Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 14/09/2017 hingga 28/09/2017
semasa waktu pejabat seperti berikut

HARI
Isnin hingga Khamis - 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.30 petang hingga 4.00 petang

Jumaat - 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari


3.00 petang hingga 4.00 petang

Di Kementerian Pendidikan Tinggi, Bahagian Perolehan dan Pengurusan


Aset, Aras 12 No.2 Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya.

3.0 PETENDER yang ingin memasuki tender di atas adalah dikehendaki


mengeluarkan Wang Pos / Bank Draf berharga RM150.00 (Ringgit Malaysia
SERATUS LIMA PULUH SAHAJA) yang dibuat atas nama KETUA
AKAUNTAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI dan dipalang
sebagai bayaran Dokumen Tender. Cek persendirian tidak diterima.

* Potong jika Tender Terbuka


4.0 Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada kontraktor dan wakil-wakil
kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor dan wakil-wakil
hendaklah membawa perakuan/sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor
dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf
Bumiputra yang dikeluarkan oleh (Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) beserta
satu Salinan sijil-sijil tersebut.

5.0 TENDER ini mensyaratkan bahawa hanya penama di dalam Perakuan


Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
(SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan
oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sahaja DIWAJIBKAN menghadiri
sesi taklimat dan lawatan tapak bina pada 13/09/2017 jam 12.00 Tengah
Hari. Tender ini mensyaratkan bahawa kontraktor/syarikat tidak boleh
mewakilkan pegawai lain selain daripada penama dalam PKK, SPKK atau
Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. (Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia Pindaan 23/12/2014). Taklimat akan hanya
diadakan sekali sahaja. Kontraktor dikehendaki berkumpul di
PERKARANGAN KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT, PERAK

6.0 Tender akan ditutup pada 05/10/2017. Dokumen Tender hendaklah


dimasukkan ke dalam Peti Tender di:-

PETI TENDER, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI,


BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET,
ARAS 12 NO.2 MENARA 2,
JALAN P5/6 PRESINT 5,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62200 PUTRAJAYA

Sebelum pukul 12.00 tengahari pada hari tersebut

* Batalkan yang mana tidak berkenaan

Anda mungkin juga menyukai