Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KOTA BHARU


PENGKALAN CHEPA
16109 KOTA BHARU Telefon : 09-7717700
KELANTAN Fax : 09-7738488

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ruj Kami : IPGKKB: 100-12/51 Jld.4 ( 125 )
Tarikh : 12 Ogos 2016
PISMP Ambilan Januari 2012
PPG Ambilan Februari 2012
PPG Ambilan Khas Februari 2013
KDPM-KDC-SABK Ambilan Jun 2012
KDPM-KDC-KEMAS/JPNIN Ambilan Nov. 2012
Tuan/puan,
Jemputan ke Majlis Konvokesyen November 2016
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia
Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, Pengarah dan seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus
Kota Bharu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan/puan yang telah berjaya
menamatkan pengajian dan akan menerima ijazah pada majlis konvokesyen yang akan diadakan
seperti berikut:
Tarikh : 6 hingga 12 November 2016
Tempat : Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
Serdang, Selangor.
(Jadual Taklimat, Pendaftaran dan Sidang Konvokesyen: sila rujuk portal konvokesyen IPGM)

3. Sehubungan dengan itu, pihak IPG Kampus Kota Bharu dengan berbesar hati menjemput
dan mempersilakan tuan/puan ke majlis konvokesyen tersebut.
4. Tuan/puan diwajibkan membuat daftar kehadiran graduan pada Portal Konvokesyen,
http://konvo.ipg.edu.my bermula pada 15 Ogos 2016 hingga 10 Oktober 2016. Sila muat turun
borang-borang yang berkaitan serta semak jadual taklimat, pendaftaran dan sidang masing-
masing.
5. Bayaran Konvokesyen bagi pelajar yang hadir sebanyak Dua Ratus Lima Puluh Ringgit
(RM250), manakala bagi yang tidak hadir sebanyak Seratus Dua Puluh Ringgit (RM120). Bayaran
tersebut hendaklah dibuat melalui kiriman wang (money order) sahaja atas nama PENGARAH
IPG KAMPUS KOTA BHARU. Kiriman wang ini hendaklah diserahkan/diposkan bersama borang
Maklumat Graduan (Lampiran 4) yang berkaitan ke institut ini sebelum atau pada 10 Oktober
2016. Bayaran secara tunai adalah tidak dibenarkan.
Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke majlis
Konvokesyen berkenaan. Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(HJ. HASHIM BIN DERAMAN)


Pengarah,
IPG Kampus Kota Bharu.
mlm/FRD..jhep
LAMPIRAN A

JADUAL BAYARAN KONVOKESYEN BAGI IPG KAMPUS KOTA BHARU

Berikut adalah perincian bayaran yang perlu di buat oleh PELAJAR YANG MENGHADIRI
MAJLIS KONVOKESYEN tersebut.

BIL PROGRAM BAYARAN BAYARAN CATATAN


(HADIR) (TIDAK HADIR)
1 Yuran Konvo PPG/KDPM RM250.00 RM120.00
2 Yuran Konvo PISMP RM30.00 - RM100.00 * Bayaran telah
diterima
sebanyak
RM220

* Tertakluk kepada perubahan.

PERINGATAN :

1. Bayaran di atas hendaklah dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang money order
kepada PENGARAH IPG KAMPUS KOTA BHARU.
2. Sila lengkapkan borang MAKLUMAT GRADUAN (Lampiran 4) dan hantarkan bersama
money order ke IPGKKB sebelum 10 Oktober 2016.
3. Sebarang pertanyaan sila rujuk :
En. Abd. Khabir bin Mat Dahang (KJ HEP/ SU Konvo) 09-7717716 @ 019-9836300,
En. Mohamed Lazim bin Mansor (SU Konvo 1) 019-9853103
Dr. Hjh. Faridah binti Darus (SU Konvo 2) 019-9316418
4. Contoh Money Order :

Kepada :
Tuliskan alamat, tujuan
PENGARAH IPG
kiriman dan no. telefon
KAMPUS KOTA BHARU
untuk rujukan IPG.

Anda mungkin juga menyukai