Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

USAHAWAN DAN KOPERASI


(MEDAC)

KENYATAAN TENDER PERUNDING (MEDAC/T/02/2020/RUN1)


Tawaran adalah dipelawa kepada perunding-perunding tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
di bawah kod bidang baharu 340103 mempunyai alamat berdaftar di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Putrajaya atau Selangor serta pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa:

PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI PENYEDIAAN BLUEPRINT PERUSAHAAN


SOSIAL 2021-2025 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Butiran Tender:

Tarikh Iklan : 14 Ogos 2020 (Jumaat)


Tarikh Tutup : 8 September 2020 (Selasa)
Tarikh Taklimat : 19 Ogos 2020 (Rabu)
Masa Taklimat : 12.00 -1.00 Tengah hari
Tempat Taklimat : Bilik Adenium
Palm Garden Hotel
IOI Resort City, 62502 Putrajaya

Syarat-Syarat Wajib Menyertai Tender:

1) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 340103. Sila bawa bersama Sijil Pendaftaran
ASAL dan 1 SALINAN.
2) Kehadiran ke taklimat adalah diwajibkan. Perunding yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak dapat
menyertai Tender ini.
3) Hanya penama yang berdaftar di dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Kementerian Kewangan (Terhad
kepada 2 wakil).
4) Semua kos yang berkaitan dengan tawaran perolehan di atas adalah tanggungjawab perunding. Tawaran yang
lewat diterima tidak akan dipertimbangkan sama sekali.
5) Kerajaan Malaysia tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa
sebab sesuatu tawaran itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas perbelanjaan dengan pelawaan ini.
6) Cadangan Teknikal dan Kos hendaklah dimasukkan ke peti tender yang dialamatkan kepada;

KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (MEDAC)
UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEWANGAN
ARAS 4, BLOK E4/5,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62668 PUTRAJAYA

pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari, 8 September 2020 (Selasa). Dokumen tender yang dikemukakan
lewat dari tarikh dan masa tersebut seperti mana arahan tender tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan mengenai urusan Tender Perunding MEDAC/T/02/2020 boleh dirujuk kepada:

Nama Pegawai Emel Telefon


Puan Sri Derwina binti Shaharuddin sri.shaharuddin@medac.gov.my 03-8883 6017
Puan Khairunnisa binti Hamdan nisa.hamdan@medac.gov.my 03-8883 6431
Puan Aimi binti Mohamed Nasir aimi.nasir@medac.gov.my 03-8883 6178

Anda mungkin juga menyukai