Anda di halaman 1dari 2

NOTIS SEBUT HARGA

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMBEKALAN, PENERBITAN PROGRAM USHAUSAHAWAN PERAK 2023

(NO. SEBUT HARGA: STeP/64/1/29-1)

1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berpengalaman dan berdaftar
dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN
dari tarikh tutup sebut harga di bawah salah satu kod bidang seperti berikut:

BIL KOD BIDANG JENIS BEKALAN / PERKHIDMATAN

1. 010103 Penerbitan Elektronik Atas Talian

2. 010303 Peralatan/Perkakasan Penyuntingan/Persembahan

3. 010502 Peralatan Pemprosesan Fotografi, Mikrofilem

2. Dokumen sebut harga boleh diambil bermula pada 09 FEBRUARI 2024 (JUMAAT) hingga 23
FEBRUARI 2024 (JUMAAT) di SEKRETARIAT USAHAWAN NEGERI PERAK (STeP)
beralamat PLOT 19678, BANDAR MERU RAYA, OFF JALAN JELAPANG, 30020 IPOH,
PERAK. Tarikh tutup sebut harga adalah pada 23 FEBRUARI 2024 (JUMAAT). Dokumen sebut
harga adalah percuma.

3. Taklimat bagi sebut harga DIWAJIBKAN. Sekiranya terdapat keperluan untuk maklumat lanjut,
taklimat akan diadakan pada 14 FEBRUARI 2024 (RABU) PADA JAM 10.00 PAGI di
SEKRETARIAT USAHAWAN NEGERI PERAK beralamat PLOT 19678, BANDAR MERU
RAYA, OFF JALAN JELAPANG, 30020 IPOH, PERAK.

4. Dokumen tawaran sebut harga yang telah siap diisi HENDAKLAH DIMASUKKAN KE DALAM
PETI SEBUT HARGA yang ditetapkan di SEKRETARIAT USAHAWAN NEGERI PERAK (STeP)
PLOT 19678, BANDAR MERU RAYA, OFF JALAN JELAPANG, 30020 IPOH, PERAK. TIDAK
LEWAT DARI JAM 12.00 TENGAH HARI pada 23 FEBRUARI 2024 (JUMAAT). SEBUT
HARGA YANG LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
5. Senarai Dokumen dan peralatan yang wajib dibawa untuk pengambilan dokumen Sebutharga:-
i. Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Kod Pendaftaran Bidang Berkaitan
(Asal)
ii. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (diserahkan kepada pentadbiran)
iii. Cop rasmi syarikat

6. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi
kedudukan Lembaga Sebut Harga akan menyebabkan sebutharga tersebut ditolak serta merta.
Sebarang perbuatan atau percubaan untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima
apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini
merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
(Akta 694).

7. Sekretariat Usahawan Negeri Perak tidak terikat kepada mana-mana tawaran yang tertinggi atau
mana-mana tawaran sekalipun. Sebutharga yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas tidak
akan dilayan. Keputusan Sekretariat Usahawan Negeri Perak adalah muktamad.

8. Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai Sebut Harga tersebut, hendaklah
menghubungi pegawai berikut:

BIL NAMA NO.TELEFON


1 Nur Azwin binti Zainal Abidin 012-4618792
2 Mohd Shahzlan bin Noorul Kamal 012-5880244

Anda mungkin juga menyukai