Anda di halaman 1dari 24

00074263

43
DOKUMEN SEBUT HARGA

MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG


Menara Aqabah,Jalan Pusat Bandar 81700
Pasir Gudang, Johor
No. Tel : 07-2547777
No. Faks : 07-2515260

TARIKH JUAL : 26 OKTOBER 2023 HINGGA 31 OKTOBER 2023


TARIKH DITUTUP : 02 NOVEMBER 2023 (12.00 TENGAH HARI)

SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MENAIKTARAF BUMBUNG RUMAH


PANGSA BLOK 26,33,34 DAN 42, TAMAN AIR BIRU,
PASIR GUDANG, JOHOR

BIL. SEBUT HARGA : MBPG/Q201/2023/UPK/JPHK


MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
PEMBERITAHUAN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MENAIKTARAF BUMBUNG RUMAH PANGSA


BLOK 26,33,34 DAN 42, TAMAN AIR BIRU, PASIR GUDANG,
JOHOR

BIL. SEBUT HARGA : MBPG/Q201/2023/UPK/JPHK

Sebut harga daripada Pemborong yang berdaftar dengan pihak yang berkaitan yang
berpengalaman untuk kerja yang tersebut di atas akan diterima di Pejabat Majlis Bandaraya
Pasir Gudang, Aras 13 Menara Aqabah, Jalan Pusat Bandar 81700 Pasir Gudang, Johor pada
jam 12.00 tengahari pada 02 NOVEMBER 2023 (KHAMIS)

Segala butir-butir boleh didapati di masa kerja daripada Pejabat Majlis Bandaraya Pasir
Gudang sebagaimana alamat di atas.

Sampul surat sebut harga mestilah diwujudkan seperti yang ditetapkan di atas dan sebut
harga hendaklah dibuat atas borang sebut harga daripada Pejabat Majlis Bandaraya Pasir
Gudang.

Pemborong diminta menghantar dokumen-dokumen wajib di bawah bersama borang sebut


harga. Sekiranya pemborong tidak atau gagal untuk mengemukakan dokumen wajib seperti di
bawah, sebut harga pemborong akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

a) Penyata bank untuk tempoh 3 bulan. (Hendaklah diperakui sah oleh pihak Pegawai Bank)

Sebut harga yang dihantar tidak melalui pos hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga
yang dikhaskan di Pejabat Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Majlis Bandaraya Pasir Gudang
tidak semestinya menerima sebut harga yang terendah sekali atau sebarang sebut harga.

Dikeluarkan Oleh

Bahagian Pengurusan Kontrak


SURAT AKUAN PEMBIDA
KERJA-KERJA MENAIKTARAF BUMBUNG RUMAH PANGSA BLOK 26,33,34
DAN 42, TAMAN AIR BIRU, PASIR GUDANG, JOHOR

MBPG/Q201/2023/UPK/JPHK

Saya, ..................................................................................... (nama pemegang lesen)


nombor K.P ……………………………………… yang mewakili ………………………………………..……
(nama syarikat) Nombor Pendaftaran ……………………………………. (MOF/PKK) dengan ini
mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Majlis Bandaraya Pasir
Gudang atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti
di atas.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Majlis Bandaraya Pasir
Gudang atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga
seperti di atas, makasaya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

i) Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau


ii) Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
iii) Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuatkuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana- mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan
tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis
yang berhampiran.

Yang Benar,

…………………………………………………
Nama : No. K/P :
Cop Syarikat :

No Operasi : BPK/MO/01 Tarikh Kuatkuasa :01.11.2010


ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA

1.1 Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-
mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut
harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyediaan Sebut Harga

Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut dengan
sepenuhnya;
a) Harga dan tandatangan kontraktor di ringkasan sebut harga.
b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam borang-borang dalam dokumen
sebutharga.
c) Senarai kerja dalam tangan.
d) Jadual Kadar Harga (jika ada)
e) Butir-butir spesifikasi (jika ada)
f) Borang butir-butir kontraktor
g) Pelan Lukisan (jika ada)
h) Penyata Bank 3 Bulan terkini yang disahkan oleh pihak Bank dan di cap asal (perlu
dinyatakan nama pegawai dan no pekerja yang mengesahkan) dan semua dokumen
hendaklah melengkapi antara satu sama lain.

Pembayaran untuk dokumen sebut harga ini boleh di buat di pejabat Majlis Bandaraya Pasir Gudang
(Kaunter Pembayaran), Aras 1 Menara Aqabah, 81700 Pasir Gudang, Johor apabila harga
Dokumen Sebut harga dijelaskan pada waktu pejabat seperti berikut ;-

Hari/Masa : Ahad hingga Rabu - 8.00pg – 1.00tgh


2.00ptg – 5.00ptg
Khamis - 8.00pg – 3.30ptg

Semua pembayaran boleh dibuat dalam bentuk Draft Bank, Kiriman Pos Berpalang, Kiriman Wang
Pos atau Bayaran Secara Online atas nama MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG.

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, Kontraktor hendaklah


menandatangani ringkas untuk semua pembetulan.
2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga

a) Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap


hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan
dengan bilangan sebut harga serta tajuk sebut harga dan hendaklah
dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada masa dan tempat yang
ditetepkan iaitu tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari dalam Notis Sebut
Harga.

b) Jika dokumen sebut harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut


Harga hendaklah menghantar dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada
atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.

c) Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan,


berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.

2.3 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau
bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pegawai Penguasa atau wakilnya di talian 07-
2547777 untuk penjelasan lanjut.

3. TEMPOH SIAP KERJA

Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi sepertimana yang dinyatakan pada
ringkasan Sebutharga.

4. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebut
harga sendiri.

5. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut harga ini sah selama Sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga
tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh tamat sah sebut harga. Tindakan
tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat
tempoh sah sebut harga.
6. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN
PEROLEHAN KERAJAAN

Kontraktor yang terlibat dalam perolehan Kerajaan perlu dingatkan mengenai kesalahan rasuah.
Antaranya :

a) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawarkan atau memberi,


meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-
mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah
Akta Pencegahan Rasuah 1997.

b) Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada
mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi
suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah
Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah
merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

c) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota


perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh
diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta
Pencegahan Rasuah 1997.

d) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan


perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut
spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota
perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan
kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA

1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA

1.1 Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti tapak bina
dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan
barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan
masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang
perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan
menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan
Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

2. INSURAN

2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan
Kontraktor mengambil insurans seperti berikut:-

a) Insurans Pampasan Pekerja (Workmen's Compensation) bagi tempoh


pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan
Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO bagi kesemua pekerjanya;

b) Contractor All Risk berdasarkan harga Kerja ini bagi tempoh pelaksanaan Kerja
ini.

2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang,


semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang
tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan
memulakan Kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium
adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi
insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang
munasabah, Majlis Bandaraya Pasir Gudang berhak mengambil tindakan seperti
fasal 10(d).

3. BON PELAKSANAAN

3.1 Bon Pelaksanaan sebanyak lima peratus (5%) dari harga kontrak hanya dikenakan
bagi kerja yang bernilai melebihi RM200,000.00 dan sekiranya gagal mengemukakan
Bon Pelaksanaan, pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang berhak untuk melaksanakan
kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan (bagi kontrak kerja sahaja, pilihan Wang
Jaminan Pelaksanaan tidak terpakai bagi kontrak perkhidmatan).
Bahagian Pengurusan Kontrak
Majlis Bandaraya Pasir Gudang
2020
3.2 Manakala bagi kerja yang bernilai sehingga RM200,000.00 Bon Pelaksanaan adalah
dikecualikan.

4. KEBERSIHAN TAPAK

Pihak kontraktor dikehendaki menjaga kebersihan di tapak bina dari masa ke semasa di dalam
tempoh kerja sedang dijalankan dan setelah siap kerja dibuat.

5. PERATURAN PELAKSANAAN KERJA

5.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir-


butir kerja, Senarai Kuantiti Sebutharga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam
Dokumen Sebutharga ini dan juga arahan Pegawai Penguasa Majlis Bandaraya
Pasir Gudang atau wakilnya.

5.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak diperenggan


5 .1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling, undang-
undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh:

a. Suruhanjaya Tenaga
b. Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
c. Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
d. Jabatan Bomba dan Penyelamat

6. ARAHAN PEGAWAI PENGUASA

6.1 Pegawai Penguasa boleh menurut budi bicaranya yang mutlak, dan dari
semasa, mengeluarkan pelan-pelan, butir-butir, dan/atau arahan-arahan bertulis
selanjutnya (yang kesemuanya sekali kemudian dari ini disebut “arahan P.P”
berkenaan dengan:

a. Perubahan sebagaimana disebutkan dalam Fasal 16 Syarat-Syarat ini;


b. Pemindahan dan pembaikan apa-apa jua kecacatan di bawah Fasal 17;
c. Apa-apa perkara yang perlu dan bersampingan dengan pelaksanaan dan
penyiapan kerja di bawah kontrak ini;
d. Apa-apa perkara mengenainya Pegawi Penguasa diberi kuasa secara
nyata oleh Kontrak ini untuk mengeluarkan arahan.

6.2 Kontraktor hendaklah (tertakluk kepada subfasal (c) Syarat ini) dengan serta
merta mematuhi semua arahan yang dikeluarkan kepadanya oleh P.P. Jika dalam

Bahagian Pengurusan Kontrak


Majlis Bandaraya Pasir Gudang
2020
tempoh tujuh (7) hari setelah menerima notis bertulis daripada P.P yang mengkehendaki
pematuhan sesuatu arahan itu, maka P.P tanpa menjejaskan apa- apa hak dan remedi lain
yang ada pada Majlis Bandaraya Pasir Gudang di bawah kontrak ini, boleh mengambil
pekerja dan membayar orang-orang lain untuk melaksanakan apa-apa jua kerja yang perlu
untuk menyempurnakan arahan itu dan semua kos yang ditanggung berhubungan dengan
pengambilan kerja itu hendaklah dituntut daripada pihak Kontraktor oleh Majlis Bandaraya
Pasir Gudang atau P.P bagi pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang sebagai suatu hutang atau
pun boleh dipotong oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang daripada mana- mana wang yang
kena dibayar atau genap masanya dibayar kepada pihak Kontraktor di bawah Kontrak ini.

6.3 Semua arahan yang dikeluarkan oleh P.P hendaklah secara bertulis. Apa-apa
arahan yang dikeluarkan secara lisan tidak boleh terus berkuatkuasa, tetapi
hendaklah disahkan secara bertulis oleh pihak Kontraktor kepada P.P dalam tempoh
tujuh (7) hari selepas penerimaan arahan lisan seperti tersebut di atas, dan jika
tidak dibantah secara bertulis oleh P.P kepada Kontraktor itu, maka arahan itu
hendaklah berkuatkuasa mulai dari tamatnya tempoh tujuh (7) hari yang disebut
kemudian itu dengan syarat sentiasanya bahawa jika P.P dalam tempoh tujuh (7)
hari selepas memberi arahan secara lisan itu dengan sendiri mengesahkannya
secara bertulis, maka Kontraktor tidaklah diwajibkan memberi pengesahan seperti
tersebut di atas dan arahan tersebut hendaklah berkuatkuasa mulai dari
tarikh pengesahan P.P itu.

6.4 Jika pematuhan kepada arahan P.P sebagaimana tersebut di atas


melibatkan perbelanjaan atau kerugian lebih daripada yang dijangka munasabahnya
oleh Kontraktor yang mana Kontraktor tidak akan dibayar ganti melalui bayaran
yang dibuat di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Kontrak ini, maka
melainkan jika arahan itu, memberi notis secara bertulis tentang cadangan hendak
menuntut perbelanjaan atau kerugian itu kepada P.P beserta anggaran amaun
perbelanjaan dan/atau kerugian tersebut.

7. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA

7.1 Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh
akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa sebab-sebab yang
munasabah, Surat Setuju Terima dan Inden akan dibatalkan oleh Majlis Bandaraya
Pasir Gudang dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor

Bahagian Pengurusan Kontrak


Majlis Bandaraya Pasir Gudang
2020
8. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA

8.1 Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor


lain. Kontraktor tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah dibawah Inden ini
tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Majlis Bandaraya
Pasir Gudang.

9. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI


PENGUASA

9.1 Majlis Bandaraya Pasir Gudang atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan
mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam
spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Majlis Bandaraya Pasir
Gudang, memberi kepadanya Baucer-baucer dan/atau perakuan ujian
pengilang untuk membuktikan bahawa Bahan-bahan dan barang- barang itu
mematuhi spesifikasi. Bahan, barang dan kerjakerja yang ditolak hendaklah
diganti dan sebarang Kos tambahan yang terlibat hendaklah
ditanggung oleh Kontraktor sendiri.

9.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri


menyediakan sample bahan dan barang-barang untuk ujian.

9.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan kaedah kerja yang telah
ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan
kecuali mendapat persetujuan daripada Majlis Bandaraya Pasir Gudang secara
bertulis.

10. SENARAI KUANTITI SEBUTHARGA , JADUAL KADAR HARGA DAN LUKISAN KERJA

10.1 Senarai Kuantiti Sebutharga, Jadual Kadar Harga serta Lukisan Kerja (jika ada)
hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah
menjadi asas Jumlah Harga Sebutharga.

10.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga, Jadual Kadar Harga dan Lukisan Kerja
(jika ada) hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai,
duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan
sempurnanya.

10.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada
perubahan kos buruh, bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam
tempoh sah sebutharga atau dalam tempoh Kerja

Bahagian Pengurusan Kontrak


Majlis Bandaraya Pasir Gudang
2020
10.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang dikemukakan oleh Kontraktor
hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya dari Majlis Bandaraya Pasir
Gudang tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa
pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga
hendaklah dibuat sebelum Inden dikeluarkan.

10.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebutharga menurut perenggan


10.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan pengiraan dalam ringkasan Sebutharga
hendaklah dilaraskan dan diperbetulkan sebelum Inden dikeluarkan. Pelarasan harga
hendaklah sama seperti amaun dalam Borang Sebutharga. Amaun dalam Borang
Sebutharga hendaklah tetap dan tidak berubah.

10.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran


semula hendaklah dibuat dan harga sebutharga diselaraskan.

11. PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA

11.1 Dokumen Sebutharga dan Lukisan Kerja adalah dikira sebagai saling jelas-
menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang
perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut
tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebutharga pada keseluruhannya samaada
atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus,
dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan
munasabahnya dari Dokumen Sebutharga itu.

11.2 Jika kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebutharga


Kontraktor hendaklah hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada Pegawai
Penguasa atau wakilnya (dalam tempoh kontrak) untuk disemak dan diputuskan.

12. KELAMBATAN DAN LANJUTAN MASA

12.1 Apabila didapati dengan munasabahnya jelas bahawa kemajuan kerja telah
terlambat, pihak Kontraktor hendaklah dengan serta merta memberi notis
bertulis menyatakan sebab-sebab kelambatan kepada Pegawai Penguasa
penyiapan kerja itu mungkin dilambatkan atau telah terlambat SEBELUM tarikh
siap yang dinyatakan dalam Inden atau melebihi mana-mana tarikh siap lanjutan
yang telah ditetapkan dahulunya di bawah syarat ini :

a) Oleh kerana Force Majeure, atau


b) Oleh sebab apa-apa keburukan cuaca yang luar biasa, atau
c) Oleh sebab-sebab arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai
Penguasa, berbangkit dari pertikaian dengan tuan-tuan punya berjiran dengan
Bahagian Pengurusan Kontrak
Majlis Bandaraya Pasir Gudang
2020
syarat ianya tidak disebabkan oleh apa-apa perbuatan kecuaian atau kemungkinan di
pihak Kontraktor.
d) Oleh sebab kerugian atau kerosakkan yang disebabkan oleh mana-mana satu
atau lebih dari perkara luar jangka, atau
e) Oleh sebab arahan-arahan Pegawai Penguasa, atau
f) Oleh sebab pihak Kontraktor telah tidak menerima maklumat yang lengkap
dalam masa yang wajar daripada Pegawai Penguasa, atau
g) Oleh sebab kelambatan memberi milik, atau
h) Oleh sebab apa-apa tindakan yang berpunca dari penyatuan pekerja-
pekerja setempat, mogok atau tutup-pintu yang melibatkan mana-mana trend
yang diguna khidmat atas kerja, dengan syarat ianya bukan
disebabkan oleh apa-apa perbuatan, kecuaian atau kemungkinan yang
tidak menjadi sebahagian dari Sebutharga ini, atau
i) Oleh sebab pihak Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak
dapat dikawal olehnya dan yang tidak dapat diramalkan olehnya dengan
munasabahnya pada tarikh penutupan sebutharga bagi sebutharga ini untuk
mendapatkan apa-apa barang dan/atau bahan yang diperlukan untuk
menjalankan kerja dengan sewajarnya.

Maka Pegawai Penguasa hendaklah, sebaik sahaja memberi satu tempoh lanjutan masa
yang munasabah dan pihak Kontraktor hendaklah sentiasa berusaha sedaya upaya
menyiapkan kerja dengan memuaskan hati Pegawai Penguasa. Perakuan yang
dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa di bawah syarat ini hendaklah disebut “Perakuan
Kelambatan dan Lanjutan Masa. Pelanjutan masa bagi kontrak kerja bernilai melebihi
RM200,000 hingga RM500,000 dibenarkan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa
Sebut Harga terlebih dahulu.

13. GANTI RUGI KERANA TAK SIAP

13.1 Sekiranya pihak Kontraktor gagal menyiapkan kerja pada tarikh siap dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan atau tempoh lanjutan masa yang diberikan,
denda sebagai gantirugi kerana tidak siap kerja akan dikenakan sebagaimana
amaun yang dinyatakan didalam Surat Setuju Terima.

13.2 Gantirugi akan dikenakan sehingga semua kerja disiapkan atau Sijil Perakuan
Siap Kerja dikeluarkan. Pegawai Penguasa atau wakilnya berhak memotong denda
gantirugi ini dari apa-apa wang akan dibayar kepada pihak Kontraktor. Pegawai
Penguasa memperakui secara bertulis jika kontraktor tidak menyiapkan kerja pada
tarikh siap ataupun sesuatu lanjutan masa iaitu perakuan “Perakuan Tidak
Siap Kerja‟, kontraktor hendaklah membayar dan memberi kepada kerajaan
suatu jumlah yang dikira mengikut kadar yang dinyatakan dan ditetapkan.

Bahagian Pengurusan Kontrak


Majlis Bandaraya Pasir Gudang
2020
14. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN
PERLANTIKAN KONTRAKTOR

14.1 Majlis Bandaraya Pasir Gudang berhak membatalkan Inden sekiranya kontraktor
berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Majlis
Bandaraya Pasir Gudang:-
a) Sekiranya kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan;
b) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
c) Penggantungan pelaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa
sebab yang munasabah;
d) Tidak mematuhi arahan Majlis Bandaraya Pasir Gudang atau wakilnya tanpa
apa-apa alasan yang munasabah; dan
e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

14.2 Sekiranya pihak Kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan, maka Pegawai Penguasa boleh memberi kepadanya suatu notis
yang dihantar dengan pos berdaftar atau dengan serah hantaran yang direkodkan
menyatakan kemungkinan itu, dan jika pihak Kontraktor samada meneruskan
kemungkinan itu selama empat belas (14) hari selepas penerimaan notis itu atau
pada bila-bila masa selepas itu mengulangi kemungkinan itu (samada pernah
diulangi dahulunya atau tidak), maka Majlis Bandaraya Pasir Gudang boleh dengan
demikian melalui suatu notis yang dihantar dengan pos berdaftar atau dengan serah
hantar yang direkodkan menamatkan pengambilan kerja pihak Kontraktor di bawah
Sebutharga ini.

15. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR

15.1 Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang kecil dan


Undang- undang berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor
tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya
dengan syarat-syarat ini

16. PERUBAHAN KERJA

16.1 Majlis Bandaraya Pasir Gudang boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan
arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara
bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Pasir
Gudang atau yang disahkan kemudian oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang boleh
membatalkan sebutharga ini.

Bahagian Pengurusan Kontrak


Majlis Bandaraya Pasir Gudang
2020
16.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Majlis Bandaraya
Pasir Gudang akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada
dalam Senarai Kuantiti Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang
bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan
kontraktor hendaklah digunakan.

16.3 Istilah “perubahan” ertinya perubahan atau ubahsuai tentang rekabentuk, kualiti atau
kuantiti kerja sebagaimana ditunjukkan dalam Pelan, Senarai Kuantiti dan/atau
Spesifikasi dan termasuklah tambahan, peninggalan atau penggantian apa-apa kerja,
perubahan tentang jenis atau piawaian apa-apa bahan atau barang-barang yang
hendak digunakan dalam kerja itu dan pengalihan dari tapak bina itu apa-apa kerja,
bahan atau barang-barang yang dilaksanakan atau dibawa ke atasnya oleh pihak
Kontraktor bagi maksud kerja itu selain dari kerja, bahan atau barang-barang yang
tidak mematuhi Sebutharga ini.

16.4 Jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan termasuk pengukuran


semula kuantiti sementara tidak melebihi 20% daripada nilai kontrak dan
perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Sebutharga.

17. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)

17.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah sepertimana yang
dinyatakan didalam Surat Setuju Terima.

17.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan,


kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang
disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut
harga ini apabila diarahkan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan dalam masa
yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan,
kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.

17.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan


atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Majlis Bandaraya Pasir
Gudang berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar
kepada Kontraktor atau, jika baki itu tidak mencukupi, mengeluarkan surat
pengesyoran kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor.

Bahagian Pengurusan Kontrak


Majlis Bandaraya Pasir Gudang
2020
18. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

18.1 Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja
dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah
mengembalikan Inden Asal kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

19. PERAKUAN SIAP KERJA

19.1. Majlis Bandaraya Pasir Gudang hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja
kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermakna
bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.

20. PERAKUAN SIAP MEMBAIKI KECACATAN

20.1 Majlis Bandaraya Pasir Gudang hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki
Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan,
kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.

21. KESAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

21.1 Dalam hal sekiranya pengambilan kerja kontraktor dibawah sebut harga ini
ditamatkan, maka pihak Kerajaan pada tarikh sebut harga ditamatkan akan
membuat pengukuran dan penilaian untuk tujuan pembayaran kepada kontraktor ke
atas kerja setakat yang telah disiapkan mengikut peraturan pelaksanaan kerja fasal
3 syarat-syarat ini sahaja.

22. KEROSAKAN HARTA BENDA

22.1 Kontraktor dikehendaki mengenalpasti segala kerosakan


kepada kemudahan-kemudahan yang berhampiran yang telah berlaku dan
memaklumkan kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Jika sekiranya ada
kerosakan dan kontraktor gagal memaklumkan kepada Pegawai Penguasa,
kontraktor akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan untuk memperbaiki
semula ke keadaan asal segala kerosakan tersebut dengan segala kosnya
ditanggung oleh kontraktor sendiri.

Bahagian Pengurusan Kontrak


Majlis Bandaraya Pasir Gudang
2020
23. TINDAKAN TATATERTIB

23.1 Apabila pihak Kontraktor enggan menerima sebutharga setelah ditawarkan


kepadanya, selaras dengan keputusan yang telah dibuat, ataupun menarik diri dalam
tempoh sah laku tawaran, atau mengemukakan maklumat palsu, pendaftaran
Kontraktor akan digantung selama tiga (3) bulan untuk sebarang penyertaan
sebutharga di Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi kesalahan pertama dan enam
(6) bulan bagi kesalahan kedua kalinya dan bagi ketiga dan seterusnya selama satu
(1) tahun.

23.2 Bagi Kontraktor yang ditamatkan pengambilan kerjanya, pendaftaran akan digantung
selama satu (1) tahun untuk sebarang penyertaan sebutharga di Majlis Bandaraya
Pasir Gudang atau suatu tempoh yang ditetapkan oleh Agensi Pusat seperti
Kementerian Kewangan Malaysia.

24. KONTRAK BERPENGGAL

24.1 Pihak kontraktor adalah terikat dengan nilai kontrak atau jangkamasa tempoh
kontrak dikira mana yang dahulu. Pegawai Penguasa berhak menamatkan kontrak
setelah mencapai nilai kontrak maksimum.

Bahagian Pengurusan Kontrak


Majlis Bandaraya Pasir Gudang
2020
SENARAI SEMAKAN
(BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA)

Sila tandakan / bagi dokumen-dokumen yang disertakan.

Untuk Ditanda
Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa
Bil Perkara / Dokumen
Oleh Syarikat Pembuka Sebut
Harga
1. Salinan sijil Perakuan Pendaftaran CIDB

2. Salinan sijil Perolehan Kerja Kerajaan CIDB

3. Salinan Sijil Taraf Bumiputera Dari Pusat


Khidmat Kontraktor (Kerja)

4. Salinan Sijil Akuan pendaftaran syarikat


bumiputera Kementerian Kewangan Malaysia

5. Salinan Sijil akuan pendaftaran syarikat


Kementerian Kewangan Malaysia

6. Salinan Senarai kod bidang Kementerian


Kewangan Malaysia

7. Salinan Sijil Pendaftaran SPAN

8. Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan


Lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh
siap) dan Ditandatangani

9. Borang Maklumat Penyebut Harga

10. Pematuhan Kepada Spesifikasi

11. Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog


(jika berkaitan)

12. Cadangan Penyelenggaraan /


Penyenggaraan (jika perlu)

SS - 1 -
BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
2020
Untuk Ditanda
Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa
Bil Perkara / Dokumen
Oleh Syarikat Pembuka Sebut
Harga
13. Senarai Kakitangan Teknikal (jika berkaitan)

14. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi


Tiga (3) Bulan Terakhir dan disahkan oleh
pihak bank dan nama pegawai bank

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
telah membaca dan memahami semua syarat- mengesahkan penerimaan dokumen bertanda
syarat dan terma yang dinyatakan di dalam kecuali bagi perkara bil.
dokumen sebut harga. Semua maklumat yang ............................................. (jika ada)
dikemukakan adalah benar.

Tandatangan :

Nama :
Tandatangan :
Jawatan :
Nama :
Tarikh :

Jawatan :

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

SS - 2 -
BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
2020
MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG PEMBORONG

A. NAMA : ……………………………………………………………………

B. ALAMAT : ……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

C. PENDAFTARAN DENGAN CIDB (Sertakan salinan pendaftaran)

i. No Pendaftaran : ……………………………………………………………………

ii. Tarikh daftar : …………………………………………………………………..

iii. Tarikh tamat : …………………………………………………………………..

D. AHLI-AHLI SYARIKAT

i. Ahli-ahli Lembaga Pengarah

NAMA JAWATAN % MODAL

MP - 1 -
BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
2020
ii. Ahli-ahli Pengurusan

KELULUSAN
NAMA JAWATAN
AKEDEMIK

E. DATA KEWANGAN

**Peringatan Penting
Sila sertakan salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir bersama-sama
dengan dokumen sebut harga. Penyata Kewangan hendaklah diakui sah oleh pihak
Bank. Sebut Harga yang tidak disertakan dengan penyata ini akan ditolak.

F. REKOD PENGALAMAN KERJA

HARGA TAWARAN TARIKH MULA/SIAP


BIL PROJEK
(RM) KERJA

MP - 2 -
BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
2020
G. KAKITANGAN TEKNIKAL

BIL NAMA DAN NO. K/P JAWATAN KELULUSAN

Sila sertakan salinan sijil kelulusan atau sijil keahlian Badan-badan professional.

H. KEEMPUNYAAN LOJI DAN PERALATAN PEMBINAAN UTAMA

BIL BUTIRAN DIMILIKI/DISEWA BILANGAN


(Jenis, model, buatan, dan
keupayaan/saiz)

Salinan kad pendaftaran dan /atau dokumen-dokumen lain bukti keempunyaan hak milik
petender atau perjanjian sewa beli/sewa pajak atas setiap loji dan peralatan yang
disenaraikan hendaklah disertakan.

MP - 3 -
BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
2020
Majlis Bandaraya Pasir Gudang
ARAS 19, MENARA AQABAH,
JALAN BANDAR,
81700 PASIR GUDANG
NO. TEL: 07-7547777 NO. FAX: 07-2515260

BORANG SEBUT HARGA

KEPADA :
DATUK BANDAR,
Majlis Bandaraya Pasir Gudang,
ARAS 19, MENARA AQABAH,
JALAN BANDAR,
81700 PASIR GUDANG, JOHOR.

TAWARAN KERJA :

KERJA-KERJA MENAIKTARAF BUMBUNG RUMAH PANGSA BLOK 26,33,34 DAN 42, TAMAN AIR BIRU, PASIR
GUDANG, JOHOR

BIL. SEBUT HARGA : MBPG/Q201/2023/UPK/JPHK

KADAR JUMLAH
BIL BUTIRAN KERJA UNIT KUANTITI HARGA HARGA
(RM) (RM)

A KERJA-KERJA AWALAN

1 Menyediakan Insuran Public Liability, Workmen LUMP 1.00 0.00 0.00


Compensation dan lain-lain arahan oleh Pegawai SUM
Penguasa atau wakilnya. ( Disediakan oleh
MBPG)

2 Menyediakan laporan beserta gambar yang NOS 3.00 50.00 150.00


tercatit tarikh sebelum kerja dilaksanakan,
semasa dan selepas siap kerja dan dibukukan
dan dimajukan bersama semasa membuat
tuntutan bayaran.

JUMLAH DIBAWA KE RINGKASAN SEBUT HARGA (A) 150.00


BIL. SEBUT HARGA : MBPG/Q201/2023/UPK/JPHK

KADAR JUMLAH
BIL BUTIRAN KERJA UNIT KUANTITI HARGA HARGA
(RM) (RM)

B KERJA-KERJA BUMBUNG
(KUANTITI SEMENTARA)

Menyediakan pekerja, peralatan dan


pengangkutan dan lain-lain keperluan bagi
menjalankan kerja-kerja seperti berikut:-

1 Kerja-kerja membuka penutup bumbung sediada M2 3,280.00 19.00 62,320.00


dan membuang ditempat yang dipersetujui oleh
Pegawai Penguasa atau wakilnya.

2 Kerja-kerja membekal dan memasang penutup M2 3,280.00 109.00 357,520.00


bumbung yang baru dari jenis metal deck dengan
ketebalan 0.47mm termasuk memasang
perabung,G.I flashing ,mengganti kayu bumbung
sekiranya rosak dan papan manis bersaiz 200mm
serta kerja-kerja yang berkaitan sepertimana
arahan Pegawai Penguasa atau wakilnya.

3 Kerja-kerja memasang siling dari jenis gypsum M2 700.00 84.00 58,800.00


board bersaiz 4' x 4' termasuk rangka kayu
bersaiz 2" x 2" dan kerja-kerja mengecat siling
serta kerja-kerja yang berkaitan.

JUMLAH DIBAWA KE RINGKASAN SEBUT HARGA (B) 478,640.00


KERJA-KERJA MENAIKTARAF BUMBUNG RUMAH PANGSA BLOK 26,33,34 DAN 42, TAMAN AIR BIRU, PASIR
GUDANG, JOHOR

BIL. SEBUT HARGA : MBPG/Q201/2023/UPK/JPHK

RINGKASAN SEBUT HARGA

BIL PERKARA ITEM JUMLAH


(RM)

1 KERJA-KERJA AWALAN A 150.00

2 KERJA-KERJA BUMBUNG B 478,640.00

JUMLAH KESELURUHAN 478,790.00

RINGGIT MALAYSIA : Empat Ratus Tujuh Puluh Lapan Ribu Tujuh Ratus Sembilan Puluh Sahaja .

Tempoh Siap Kerja : 10 No. Pendaftaran GST : -

(Jika berkaitan)

Tandatangan Pemborong : Tandatangan Saksi :

Nama Pemborong : Nama Saksi :

Jawatan : Jawatan :

Alamat : Alamat :

No. Telefon : No. Telefon :

Cop Syarikat :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai