Anda di halaman 1dari 4

SEBUT HARGA LKIM NEGERI SARAWAK (LKIM(QWII):S2/2023

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA


1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-
mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga.
Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI TAWARAN

Hanya kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia


yang pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa di bawah kod bidang 221001
(PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT) & 221002 (MEMBERSIH KAWASAN) dan
berstatus Bumiputera

3. HARGA TAWARAN

Harga yang ditawarkan hendaklah meliputi semua kos seperti cukai, pembungkusan,
penghantaran/pengiriman, pengangkutan dan lain-lain. Harga adalah di dalam Ringgit
Malaysia (RM).

4. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

4.1 Pembekal adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut
dengan sepenuhnya:-

(a) Harga dan tandatangan pembekal di Ringkasan Sebut Harga,


(b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
(c) Senarai Kerja Dalam Tangan,
(d) Jadual Kadar Harga (jika ada),
(e) Butir-butir Spesifikasi (jika ada).

4.2 Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas pembekal


hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.

4.3 Satu (1) penyebut harga hanya dibernarkan mengemukakan satu tawaran sebut
harga sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.

KENYATAAN DAN ARAHAN SEBUTHARGA


SEBUT HARGA LKIM NEGERI SARAWAK (LKIM(QWII):S2/2023
4.3 Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari
sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.

5. PENERIMAAN SEBUT HARGA

LKIM Negeri Sarawak akan mengeluarkan Pesanan Kerajaan (Local Purchase) kepada
pembekal yang berjaya.

6. SENARAI SEMAK DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyebut harga mestilah memastikan dokumen sebut harga yang lengkap berserta
semua dokumen yang diperlukan dan mengisikan Senarai Semak (Bekalan/
perkhidmatan) di Lampiran A.

7. MAKLUMAT PENYEBUT HARGA

Penyebut harga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir yang terdapat di
Lampiran B.

8. SURAT MENYURAT DARI PENYEBUTHARGA

Sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebut harga ini tidak akan dilayan. LKIM
juga tidak akan melayan sebarang surat menyurat daripada penyebut harga mengenai
sebab-sebab sebut harganya tidak berjaya dan sebut harga yang dibuat dengan tidak
mengikut arahan-arahan di atas tidak akan dipertimbangkan.

9. KEPUTUSAN SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD

Sebut Harga yang dibuat dengan tidak mengikut arahan-arahan di atas tidak akan
dipertimbangkan. Pihak LKIM tidak terikat untuk menerima mana-mana sebut harga
yang terendah sekali atau mana-mana tawaran sekalipun. Keputusan mengenai sebut
harga yang dikeluarkan adalah muktamad.

10. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

10.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau


memberi,meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan
daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan
jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia 2009 (Akta 694).

KENYATAAN DAN ARAHAN SEBUTHARGA


SEBUT HARGA LKIM NEGERI SARAWAK (LKIM(QWII):S2/2023
10.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau
dibei suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran.
Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

10.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap


anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau
pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah
di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (akta 694).

10.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran


berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal
mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-
mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan
adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).

11. TEMPOH PENYERAHAN / SIAP KERJA

Bekalan/Perkhidmatan atau kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi
enam (6) bulan.

12. BAYARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Dokumen Sebut Harga ini dijual dengan harga RM10.00 (Ringgit Malaysia:Sepuluh
sahaja)

13. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh
Penyebut harga sendiri.

14. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut Harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga.
Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah
sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik
sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Penyebut harga yang Berjaya
KENYATAAN DAN ARAHAN SEBUTHARGA
SEBUT HARGA LKIM NEGERI SARAWAK (LKIM(QWII):S2/2023
(jika ada) akan diberitahu melalui surat dalam tempoh sembilan puluh (90) hari.
Penyebut harga mestilah menandatangani surat perjanjian dan mengemukakan bon
perlaksanaan dalam masa yang ditetapkan di dalam surat tawaran (jika ada). Tempoh

menandatangani perjanjian ini boleh dilanjutkan jika pegawai yang berkuasa bersetuju
bahawa sebab-sebab yang munasabah untuk berbuat demikian.

15. DENDA

Penyebut harga akan dikenakan denda jika lewat membuat penghantaran


bekalan/perkhidmatan.

Formula seperti berikut

V(T + D)x 5%/T

V = Nilai bekalan yang lewat dibekalkan


T = Tempoh bekalan mengikut kontrak dalam hari
D = Bilangan hari yang lewat

KENYATAAN DAN ARAHAN SEBUTHARGA

Anda mungkin juga menyukai