Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN

INDUSTRI ASAS TANI

KENYATAAN TAWARAN eBIDDING

Tawaran eBIDDING ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang


berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di
bawah kod bidang 010201 (Alat Tulis) serta pendaftarannya masih lagi berkuat
kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh eBidding ini diiklankan dan telah
ePerolehan enabled dalam bidang yang berkaitan bagi menyertai eBidding
seperti berikut :

PEMBEKALAN KERTAS SAIZ A4 DAN A3 UNTUK KEGUNAAN


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI BAGI TEMPOH
SATU (1) TAHUN

1. Penyediaan perkhidmatan adalah tertakluk kepada Syarat dan Terma


yang ditetapkan. Syarikat yang menyertai eBidding tetapi didapati tidak
mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan akan
disenaraihitamkan.
2. Syarikat yang berminat untuk menyertai eBidding ini adalah
DIWAJIBKAN menghadiri Sesi Taklimat pada tarikh, masa dan tempat
seperti berikut :

TARIKH : 30 Mac 2011 (Rabu)


MASA : 10.00 Pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat
Cawangan Kewangan
Aras 5, Lot 4G1, Wisma Tani

PEGAWAI PERHUBUNGAN :
i) Cik Nor Diana binti Ismail - 03-88701548
ii) Cik Norkhalida binti Mat Jam - 03-88701568
iii) Cik Aidah Sapili - 03-88701565

3. Kehadiran wakil syarikat ke taklimat adalah wajib dan dihadkan kepada


dua (2) orang wakil sahaja. Cadangan dari syarikat yang tidak
menghadiri taklimat tidak akan diproses dan dipertimbangkan.
4. Syarikat DIWAJIBKAN membawa bersama Sijil Pendaftaran Syarikat
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia ASAL serta satu
(1) salinannya yang masih sah tempohnya.

Anda mungkin juga menyukai