Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PENASIHAT LATIHAN PERTANIAN KEBANGSAAN (MPLPK)

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

MPLPK ditubuhkan sebagai sebuah badan penasihat di peringkat kementerian ke atas


perkara-perkara yang berkaitan pembangunan, penyelarasan, perlaksanaan dan
penilaian semua program latihan pertanian, agro makanan dan pembangunan modal
insan yang dikendalikan oleh Kementerian dan jabatan/agensi di bawahnya.

Penubuhan majlis ini adalah berasaskan kepada keperluan Kementerian untuk


menyelaras secara bersepadu, efektif dan bersistematik kepelbagaian keperluan dan
kehendak pembangunan modal insan melalui latihan. Justeru, majlis ini akan
memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju dan dasar-dasar program
latihan pertanian, di samping mengiktiraf dan memperakukan program latihan yang
dibangunkan di dalam industri pertanian khususnya di bawah kendalian
Kementerian/Jabatn/Agensi.

Keanggotaan MPLPK adalah dilantik oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Majlis ini adalah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan
Asas Tani dan terdiri daripada 28 Ahli Tetap serta 22 Ahli Ganti. Kesemua ahli majlis
merupakan mereka yang amat berpengalaman dan ada kepakaran khusus dalam
sektor pertanian. Keanggotaannya adalah terdiri daripada pengurusan tertinggi
Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan/Agensi, Unit Perancang Ekonomi, Unit
Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), wakil-wakil persatuan peladang, penternak dan
nelayan, ahli-ahli korporat serta individu-individu yang berpengalaman dan
berkepakaran dalam industri pertanian.

Majlis ini akan disokong oleh 3 jawatankuasa dengan fungsi masing-masing seperti
berikut:
1. Jawatankuasa Pembangunan NOSS dan Manual Latihan Pertanian
• Mencadang dan membangunkan NOSS (National Occupational Skill
Standard) dan Manual Latihan bidang pertanian bagi memantapkan
standard latihan kemahiran bidang pertanian dan industri asas tani
selaras dengan kehendak dan keperluan industri semasa

2. Jawatankuasa Penyelarasan Program Latihan Pertanian Dan Pembangunan


Modal Insan Antara Kementerian Dengan Jabatan/Agensi
• Bertujuan merancang, menyelaras dan menyusun semula pelaksanaan
semua jenis program latihan pertanian dan modal insan agar sejajar
dengan halatuju latihan pertanian Kementerian dan memenuhi standard
serta spesifikasi latihan yang diputuskan oleh Jawatankuasa ini

3. Jawatankuasa Pembangunan Dan Keperluan Latihan Pusat Bertauliah


• Bertujuan mengenalpasti keperluan pembangunan dan latihan di Pusat
Bertauliah Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan dan
institusi latihan pertanian

3 jawatankuasa ini akan bermesyuarat secara berkala dan memberi laporan/input


kepada kepada majlis berkenaan pelaksanaan latihan pertanian di dalam industri
pertanian. Laporan/input tersebut menjadi asas kepada pembangunan dan
pelaksanaan program latihan pertanian di peringkat negara.

Majlis juga akan memantau secara dekat keperluan fizikal program latihan pertanian
supaya pelaksanaan latihan adalah mematuhi standard yang telah ditetapkan. Ini
termasuklah pembangunan Kolej Pertanian Malaysia yang telah disalurkan peruntukan
berjumlah RM70 juta pada tahun 2011. KPM diharap akan menjadi model terbaik dan
benchmark sebagai pusat latihan pertanian di dalam negara dengan keperluan
pembelajaran dan pengajaran yang serba lengkap dan moden.

KESIMPULAN
Penubuhan MPLPK ini akan dapat meningkatkan keupayaan dan keberkesanan
Kementerian dalam menyelaras pelbagai aktiviti latihan berkaitan pertanian, agro
makanan dan pembangunan modal insan di dalam kementerian, jabatan dan agensi
serta Persijilan Kemahiran Malaysia bidang pertanian.

1
2

Anda mungkin juga menyukai