Anda di halaman 1dari 2

Pengurus Besar PMINT Urus Sdn Bhd,

L4-UTC-04, UTC Terengganu,


Paya Bunga Square,
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu.

Puan Nurul Fazir Amira Binti Mamat,


Penyewa Kiosk PC02-07 dan PC02-10,
Paya Bunga Square,
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu. 01 September 2021

Tuan,

PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN SEWAAN PREMIS AKIBAT


PENDEMIK COVID-19.
Merujuk pekara di atas, saya ingin memohon pengecualian bayaran sewaan Kiosk PC02-7
dan PC02-10 bermula dari Mei 2021 hingga Ogos 2021 kerana Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) 3.0 yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia.
2. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik dan perhatian tuan agar dapat
menerima permohonan saya di atas sebab-sebab berikut:
I. Pengurangan waktu operasi Agensi-agensi Kerajaan. Sepanjang menjalankan
perniagaan di premis tuan, saya mendapati 70% pelanggan saya merupakan dari
kalangan pengunjung yang ingin berurusan di Agensi-agensi Kerajaan yang
berada di UTC Terengganu. Khususnya di Jabatan Pedaftaran Negara yang berada
di aras yang sama dengan kiosk sewaan saya. Manakala hanya 30% di kalangan
pengunjung luar, warga staff yang bertugas di UTC, dan lain-lain. Dukacita, sejak
wabak COVID19 mula melanda negara kita Agensi-agensi kerajaan ini mula
mengurangkan waktu operasi sehingga waktu petang sahaja dan menghadkan
jumlah pengunjung premis mereka. Hal ini memberi impak pada jualan saya yang
berkurangan dengan drastik.

II. Arahan PKP 3.0 yang berkuatkuasa bermula pada 12 Mei 2021. Umum
mengetahui arahan kali ini sekali lagi tidak membenarkan premis peniagaan yang
bukan keperluan utama (Non-essential) untuk beroperasi termasuk perniagaan
saya yang menjual pakaian dan aksesori wanita. Permohonan secara online saya
untuk memperbaharui kebenaran premis beroperasi juga ditolak oleh Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

III. PKP 3.0 dilanjutkan beberapa kali sehingga 16 Ogos 2021 akhirnya pihak
kerajaan telah memutuskan 11 aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi termasuk
perniagaan saya tetapi hanya untuk pelanggan yang cukup 2 atau 1 dos suntikan
vaksin mengikut jenama pengeluar vaksin. Namun, setelah merujuk pihak KKM,
saya disarankan supaya memastikan kakitangan saya juga perlu divaksin sebelum
memulakan perniagaan. Ketika itu, dua kakitangan saya lagi masih menunggu
giliran temujanji di Mysejahtera. Oleh itu, saya berpendapat untuk tidak membuka
premis sehingga kakitangan saya mendapat perlalian vaksin kerana tidak mahu
menanggung risiko berikutan kes harian amat tinggi. Saya hanya memulakan
operasi bermula 1 September 2021.
3. Saya berharap agar pihak tuan prihatin dan bertimbang rasa dengan apa yang telah
berlaku bukanlah disengajakan. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap pihak tuan
dapat meluluskan permohonan ini. Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan dalam hal ini
saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

________________________
Puan Nurul Fazir Amira Binti Mamat
No. Telefon : 010-41 70736

Anda mungkin juga menyukai